Jumaat, 15 Mac 2013

Pemimpin

'Leaders always do the right thing'. Inilah kata-kata yang sering dilontar oleh bijakpandai tentang seseorang pemimpin yang benar-benar layak memimpin.

Tidak pernah disebut pemimpin mesti datang dari hanya golongan tertentu. 

Pemimpin dilantik dan diangkat oleh rakyat.

Jika kita rujuk disini, pemimpin-pemimpin negara besar seperti Arab Saudi, Brunei, Britain, USA, China, Rusia dan banyak lagi pemimpin negara Arab adalah berasal dari mereka yang berada.

Malah Nabi Sulaiman adalah nabi terkaya yang menjadi pemimpin besar pada zaman beliau. 

Adalah terlalu dangkal dan tidak tepat jika kita mengaitkan kekayaan yang sudah dimiliki tidak melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin. Malah seorang pemimpin yang baik lebih banyak menghabiskan kekayaannya untuk membantu rakyat.

Sebagai seorang Islam kita patut bersyukur dengan kekayaan dan kebolehan yang dimilik oleh saudara Islam kita yang lain. Bukan menjadikannya sebagai isu untuk kita menjatuhkkan mereka.

Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala perancanganNya yang amat hebat. Kita tak perlulah mengkritik apa saja kejadiaan atau pemberian Allah SWT kepada umatNya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates