Selasa, 5 Mac 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu..1001 Soalan, Jawapannya Tetap Satu

Pada ketika artikel ini ditulis, pada jam 12.50tengahari, dilaporkan bahawa pasukan keselamatan negara telah berjaya menawan semula Kampung Tanduo, Lahad Datu dengan zero kematian dari pihak kita manakala bilangan anggota penceroboh yang bersenjata yang mati masih belum diketahui. Serangan yang dilancarkan oleh Pasukan Keselamatan negara yang bermula 7.00 pagi tadi sehingga kini yang diambil oleh tentera darat diteruskan.

Kedahtimes mendoakan semoga kemenangan berpihak kepada kita iaitu Malaysia, negara kita bersama.

Dalam pada itu semakin banyak blog-blog yang mendedahkan perkaitan antara Anwar Ibrahim dalam serangan yang mengejutkan ini.

Berlaku dalam tempoh masa yang sangat hampir dengan PRU. Dengan pendedahan dari unit media Filipina bahawa pembabitan Anwar dilihat jelas dan langsung tetapi seperti Nurul Izzah yang bertindak menyaman Utusan Malaysia bukannya Malaysikini ekoran sokongan anak perempuannya bahawa orang Islam boleh murtad, Anwar kini kencing berlari sedang anak didiknya kencing berdiri.

Peribahasa Melayu yang dipasifkan.

Berapa banyak kita lihat mainan  politik kotor oleh PKR. Dengan kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Tian Chua. Beginikah seorang pemimpin yang dipilih rakyat? Adakah semua rakyat yang membenci Kerajaan dan ahli atas pagar meredhai dan merestui ejekan dan komentar selambanya iaitu pencerobohan di Sabah adalah gimik politik dan matinya peajurit-perajurit Malaysia sebagai mati katak?

Dimanakah letaknya perikemanusiaan dalam jiwa ahli politik pembangkang? Untuk menjayakan cita-cita yang dulunya berlangusng secara aman kini dilakukan secara kekerasan. Acuh tak acuh bukan cara Anwar Ibrahim mengelak ketika pembabitan dan gambar-gambarnya duduk bersama Nur Misuari tersebar sebelum pencerobohan terjadi.


Kini timbul tanda tanya dimanakah datangnya sumber kewangan kumpulan penceroboh sedangkan sebelum ini uniform perang pun tak mampu dibuat. Kali ini lengkap bersenjata. Canggih.

Politik Malaysia hari ini sudah tidak bersih sejak adanya Anwar Ibrahim. Pelbagai lagi pendedahan yang turut dilakukan oleh beberapa blog di mana kewajaran Anwar mengguna pakai 4 'bodyguard' yang cukup hebat di mana salah seorangnya adalah yang memberi tunjukajar dalam skuad CIA dan sebagainya. 

Mengapakah Anwar begitu 'over' dalam cubaan meletakkan dirinya sebagai seorang yang layak dipilih sebagai pemimpin Malaysia?

Jika sebelum ini pelbagai tuduhan dan kejian kepada PDRM dan juga pasukan keselamatan Malaysia, apabila Anwar dikaitkan cukup pantas sokongan Hadi Awang dan yang lain bergema turut yakin kemampuan pasukan keselamatan negara. Kenapa perlu terhegeh-hegeh jilat balik ludah?

Pada Kedahtimes, pencerobohan yang berlaku di Lahad datu Sabah ini begitu dirancang dengan baik. Sehari selepas Malaysia dinobatkan kejayaannya menjadi orang tengah antara Thailand dan pasukan pemisah Thai, maka kejadian pemberontakan ini dilihat sebagai kejayaan pemerintahan Datuk Najib sebagai Perdana Menteri disindir dengan cara menyerang dan membunuh.

Kedahtimes yakin dengan kemampuan Pasukan Keselamatan negara dan berharap siri pemberontakan ini dapat diselesaikan dan muka-muka pengkhianat negara dibawa ke hadapan dengan segera. Jangan hanya kerana bergelar ahli politik maka jejari dan lidah anda bebas untuk menipu rakyat dan meniup dajal di dalam negara. 



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates