Isnin, 18 Mac 2013

Perlembagaan Akan ditukar Serta merta


1. Mendengar ceramah penerangan oleh Saudara Razali Rahman bekas ahli DAP JELUTONG dan merupakan salah seorang bangsa melayu yang dipilih dan dilatih oleh Israel untuk memusnahkan bangsa melayu dan agama Islam amat menggerunkan .

2. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh DAP memenangi Pilihan Raya ke 13 nanti perkara utama yang akan dilakukan ialah meminda Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara yang paling DAP benci sekali ialah Perkara yang melibatkan Raja-raja Melayu dan Hak-Hak orang Melayu. Perkara-Perkara berikut akan dipinda serta merta:

A. Perkara 3 : Agama bagi Persekutuan. Agama Islam ialah Agama bagi Persekutuan. 
     Perkara ini akan diganti dengan Agama Kristian  dan agama lain adalah samarata.

B. Perkara 32 : Ketua utama Negara bagi Persekutuan. Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara  bagi Persekutuan yang digelarkan Yang di-Pertuan Agong. 
   Perkara ini akan dimansuhkan dan tiada lagi Yang di-Pertuan Agong dan ianya akan diganti dengan seorang Presiden serta Negara dijadikan sebuah Negara Republik.

C. Perkara 89 : Tanah rizab orang Melayu. 
   Semua tanah yang diisthirarkan tanah rizab melayu  akan digugur statusnya dan dijadikan tanah milik msemua bangsa.

D. Perkara 152 : Bahasa Kebangsaan. Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
   Bahasa Melayu akan dihapuskan dan digantikan dengan bahasa Inggeris dan Bahasa Mandrin sebagai bahasa kedua.

E. Perkara 152 : Perizapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dsbnya untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak.
    Perkara ini akan dihapus serta-merta dan Melayu tidak akan mempunyai sebarang kedudukan istimewa didalam negaranya.

F. Perkara 160 : Tafsiran. "Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu.

Tafsiran ini akan dihapuskan sama sekali dan Melayu bebas untuk memilih apa-apa agama mengikut kehendaknya.

3. Sanggupkah kita orang orang Melayu yang memiliki Tanah Melayu diperlakukan sedemekian rupa? Jika ini yang berlaku maka kita telah hilang segala-galanya, kita hilang TANAH, kita hilang BAHASA, kita hilang AGAMA dan kita menjadi BANGSA yang tidak mempunyai apa-apa lagi dibumi  TANAH MELAYU ini!  Kalau kita tidak sanggup hilang semua ini, ayuh jangan beri satu UNDI pun kepada Pakatan Rakyat. 

UNDI PAS = UNDI DAP, UNDI PKR = UNDI DAP dan UNDI DAP = TOLAK ISLAM, TOLAK BANGSA, TOLAK NEGARA.

1 Melayu





1 comments:

1 Melayu berkata...

Malangnya masih terdapat Melayu yang cukup gila,Melayu Melayu ini akan lakukan apa saja asalkan mereka boleh mendapat kuasa,mereka sanggup bunuh bangsa mereka,jual negara dan agama demi mendapat undi bangsa CINA dan India.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates