Khamis, 21 Mac 2013

Program Berebut Kuasa PAS Kedah


Kedah Times jarang menukilkan perihal pergaduhan sesama pemimpin PAS. Lain kata jarang sangat ingin mengorek isu dalaman PAS.

Tetapi sejak dua menjak ini, krisi dalaman PAS semakin teruk terutama diantara MB Azizan dengan Duo- Dri Ismail dan Phahrolrazi. Krisis ini adalah krisis dalam merebut jawatan.

Seorang kata MB yang ada hanya 3 selenden sahaja walhal untuk memerintah kita perlu 6 selenden. Sebaliknya MB mengatakan yang masih belum ada yang layak menggantikannya. Maknanya dia masih 6 selenden dan tiada siapa yang layak mengambilalih tempatnya.

Selain krisis antara dua kumpulan ini, ada satu lagi kumpulan yang boleh dikatakan mereka yang tunggu dan lihat. Ada peluang kami akan masuk atau tikam dari belakang. Mereka ini pun bercita-cita juga untuk menjadi MB. Kumpulan ini ialah kumpulan Dato Amirudin. 

Group ini agak bijak bersandiwara. Mereka melihat akat kekuatan kedua-dua pihak di atas. Jika pihak satu lagi kuat, maka nada mereka condong kepada pihak itu. Begitulah sebaliknya. Mereka berlakon ibarat lalang tetapi sebenarnya duri tambun taik. Ada peluang mereka akan bunuh puak-puak yang kelihatan lemah demi mendapat kuasa.

Disamping itu ada lagi kumpulan yang melihat dari jauh dan sekali sekala bersuara. Keinginan mereka juga tinggi. Ini adalah kumpulan Mahfuz yang keadaan mereka seperti helang yang beterbangan di awan melihat keadaan mangsa mereka dibawah. Ketiga-tiga kumpulan di atas adalah mangsa mereka, cuma masa dan tempat yang sesuai saja mereka itu bakal menjadi mangsa.

Melihat semua ini, PAS Kedah ada 4 pecahan yang sentiasa ingin menikam pihak masing-masing. Matlamat utama mereka ialah MB Kedah.  Ini belum kita sebut berkenaan dengan kumpulan Syiah yang mula bertapak di Pendang yang diketuai Mat Sabu.

Benarlah apa yang dilaungkan sebagai PAS4All - PAS untuk semua, Negara Berkebajikan dan sebagainya. PAS sudah menjadi satu parti sampah sarap yang didalam berhimpun segala jenis sampah yang busuk lagi jijik.

Kalau dulu kita dengar satu lagu iaitu Islam dan UMNO kadir, tapi kini segala jenis lagu dihasilkan PAS pada waktu yang sama. Lagu caca merba, lagu jiwa kacau, lagu rosak mental dan sebagainya.

Jadi apa yang semua perlu ingat 1UNDI PAS = 1 UNDI DAP.

Khabar Dari Alor Setar

SEMANGAT juang politik dalam kalangan ahli Pas Kedah ketika ini dikatakan berada di paras paling rendah akibat masalah dalaman parti itu.

Pergeseran antara penyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi semakin sukar dibendung biarpun pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-12 boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ketika Barisan Nasional (BN) semakin mengukuhkan jenteranya, ahli dan pemimpin Pas Kedah yang ‘tak sebulu’ pula bercakaran sesama sendiri seolah-olah Pas Kedah sudah tewas sebelum ia dikalahkan dalam pilihan raya.

Azizan pula cuba dijatuhkan oleh ahli Pas sendiri sebelum ia dijatuhkan oleh tangan-tangan pengundi PRU-13.
  
Desas-desus pula kuat mengatakan Pas negeri akan meletakkan Phahrolrazi di kerusi kubu kuat UMNO seperti Jerlun bagi memastikan beliau dikalahkan dan seterusnya pengaruh politiknya dilemahkan atau kerjaya politiknya dikuburkan.

Bagi mengekang pengaruh Phahrolrazi, beberapa penyokong Azizan cuba menghalang Phahrolrazi daripada menyampaikan ucapan di Yan beberapa hari lalu dengan cara membawa Yang Dipertua Pas Kuala Kedah itu melawat orang sakit hingga rancangan asal berucap dibatalkan.

Phahrolrazi ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu walaupun mengakui ketika ini sering diburu wartawan untuk mencari berita panas sejak mengeluarkan kenyataan berani menyifatkan Azizan seperti kenderaan yang memerlukan enjin enam silinder dan bukan tiga silinder jika tidak mahu ketinggalan.

Dalam kenyataan itu, Phahrolrazi secara terbuka mengaku bersedia menggalas jawatan menteri besar sekiranya Pas berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan.

Momentum penentangan terhadap Azizan bertambah kuat apabila ahli-ahli Pas di Jerlun dan Jerai termasuk penyokong-penyokong kuat Azizan di Sungai Limau secara terbuka mendesak Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Limau itu meletakkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.

“Kesombongan dan keangkuhan Azizan ketara bila menjadi Menteri Besar sedangkan kami dahulu menatang beliau seperti minyak yang penuh.

“Saya pernah berkhidmat dengan beliau selama empat penggal. Saya macam keldainya. Tetapi Azizan hina saya, kata saya orang gila," kata ahli Pas seumur hidup, Mohd. Salleh Mohd. Abu, 61.

Azizan pula menempelak kumpulan tersebut yang disifatkan sebagai musuh dalaman kerana cuba mencetuskan huru-hara ketika tumpuan sepatutnya diberi kepada persediaan menghadapi PRU-13.

Keretakan antara Azizan dan Phahrolrazi bukan perkara baharu sejak exco itu enggan menerima lantikan semula jawatan exco pada Mac tahun lalu hingga Pas Pusat terpaksa campur tangan dengan mengemukakan langkah-langkah penyelesaian yang hakikatnya hingga hari ini tidak membawa apa-apa erti.

Antara tuntutan Phahrolrazi ialah agar diberi tanggungjawab sebagai pengarah jentera pilihan raya Pas tetapi baru-baru ini Azizan menegaskan beliau akan bertindak sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Sebagai ahli politik yang lebih awal berkecimpung dalam politik berbanding Azizan, Phahrolrazi ternyata lebih tahu bila waktunya yang sesuai hendak ‘menekan butang’ untuk membuatkan Azizan melompat.

Apa yang pasti, pergeseran dalaman Pas kian parah malah tiada tanda-tanda ia akan sembuh dan tidak mustahil akan membunuh terus semangat juang ahli-ahlinya.

Sekarang pun sudah ramai yang keluar daripada Pas manakala sebahagian ahli mengugut hendak menutup bilik gerakan pilihan raya jika masalah dalaman itu terus berlarutan.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates