Ahad, 10 Mac 2013

Relakah kita Melihat Kedah Musnah?

Hari ini KedahTimes ingin mengajak semua rakyat Kedah yang inginkan satu perubahan atau transformasi untuk sama-sama menjadi sukarelawan BN.

Kita sudah merasakan yang Negeri Kedah sudah ketinggalan 5 tahun kebelakang. 
 
Kulim Hitech yang hanya tinggal pada nama kerana tiada pelaburan baru masuk sejak diambilalih oleh bijakpandai PAS yang hanya pandai bercakap. SULIHH yang begitu hebat diperkatakan kerana berjaya membawa pelaburan berbilion ringgit demi untuk menambak laut di Yan kini tinggal nama kerana tiada apa perbincangan atau tindakan susulan dilaksanakan.

Pedu yang diwar-warkan bakal menjadi Agro Pelancongan tetapi sudah menunjukkan hasilnya apabila air sudah berkurangan untuk kegunaan MADA, cuaca semakin panas kerana sudah tiada lagi kawasan tadahan untuk air.

KUIN yang dulunya disasarkan menjadi pusat pengajian Islam serantau, kini tenat kerana kerakusan kroni-kroni merampok perutukan kerajaan atas nama perniagaan.

KedahTimes dapat rasakan sejak 5 tahun memerintah, 1 KM jalan tidak dibina oleh kerajaan PAS. Inikan projek besar-besaran.

Marilah sama-sama kita daftar sebagai sukarelawan BN untuk mengembalikan kegemilangan Kerajaan Negeri Kedah. Ayuhhh semua.


Sudah 5 tahun rakyat Kedah dibohongi kepimpinan Pakatan Pembangkang. Satu persatu skandal penyelewangan, rasuah, penipuan dan penganiayaan didedahkan oleh rakyat yang sebelum ini mengharapkan pembelaan serta kemajuan sebagaimana dijanjikan manifesto mereka.

Kini sudah tiba masanya kuasa di tangan rakyat semula.

Marilah bersama kami bangkit memperbaharui iktikad untuk kembalikan kegemilangan Kedah. Marilah kita sahut cabaran membina semula bangsa Kedah yang merupakan tamadun tertua Asia Tenggara. Marilah kita keluar dari bayangan kezaliman dan menuju kepada pembangunan, kelestarian serta kesejahteraan yang sememangnya adalah hak kita.

Katakanlah cukup kepada 5 tahun kemunduran. Sudah tiba masanya untuk bangkit dan berani berubah.

Jadilah perwira dan serikandi sukalerawan Barisan Nasional Kedah hari ini. Bersama, kita akan dapat melakukan perubahan!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates