Isnin, 18 Mac 2013

Republik Rakyat Malaysia

DAP memang dari dulu kini dan selamanya ingin menghapuskan Kesultana Melayu yang menjadi tunggak kepada Kerajaan Malaysia. 

Dibawah sistem beraja ini terlatak hal-ehwal Islam, Keselamatan dan Ketenteraan. Jika Malaysia menjadi sebuah republik, maka semua hal-ehwal ini bakal diletakkan dibawah Presiden yang berkuasa penuh dalam menentukan apa saja halatuju negara.

Malah, Sultan dan Raja yang menjadi lambang kekuatan dan perpaduan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya akan dihapuskan secara total. Perkara-perkara berkaitan dengan Kesultanan bakal diletakkan dibawah Presiden yang kuasanya mutlak.
Inilah impian DAP yang sedang dibantu oleh PKR dan PAS. 

Presiden bakal menjadi seorang yang menguruskan Polis, tentera dan semua agensi-agensi berkaitan ketenteraman dan keselamatan yang bakal menjurus kepada apa yang sering berlaku di negara-negara luar yang sering bergolak kerana kuasa PResiden yang berlebihan.

Apakah kita ingin membiarkan ini berlaku? Apakah kita orang Melayu ingin membuang raja-raja kita yang dibawahnya terletak semua urusan berkaitan Islam? Apakah kita ingin membiarkan kuasa berkisar sekitar Presiden? Apakah kita ingin menghapuskan sistem beraja yang ada sekarang yang telah berjaya membentuk sebuah Negara yang aman dan seimbang kuasanya?

Sebab itulah dalam seruan harian mereka, ketuanan rakyat diperbesarkan. Inilah bunga-bunga penghapusan sistem Raja Berpelembagaan. Secara otomatik, Melayu dan Islam ingin mereka hapuskan dari di 'protect' oleh sistem ini.

Ingatlah bahawa DAP tidak akan peduli nasib orang melayu dan Islam. Mereka akan menyisihkan Melayu yang dulunya memiliki tanahair ini dengan sistem 'meritokrasi' ala DAP.

Katakan TIDAK kepada DAP dan sekutunya yang ingin menghancurkan Malaysia pada PRU13 nanti. TIDAK kepada Republik Rakyat Melaysia.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates