Khamis, 7 Mac 2013

Seorang 'Pakar Sejarah' Sedang Diam Dalami Sejarah Sabah

Pakar sejarah tegaskan Sabah hak Malaysia berdasarkan bukti sejarah dan diikhtiraf PBB. CheNed rasa kita kena rujuk kat Mat Sabu sebab dia lebih pakar sejarah. Dan CheNed rasa kepakaran Mat Sabu yang sebelum ini telah 'memperbetulkan' sejarah Malaysia dengan mengatakan komunis adalah wira negara kali ini kita mungkin akan diperbetulkan lagi sekali oleh Mat Sabu tentang kedudukan sebenar negeri Sabah.

PR sememangnya parti yang tidak akan merugikan rakyat Malaysia. Mereka akan boleh hadir di semua tempat di kala apa jua situasi tetapi buat masa sekarang kehadiran PR lebih ternampak seperti kera menghancurkan bunga seperti ayam menguis sampah yang dilonggokan. Sampah disapu bersih kembali berselerak dengan kuisan-kuisan cari makan. Setakat inilah..Tak nampak lagilah yang betul-betul menguntungkan rakyat.

Kini, di kala rakyat sedang mengikuti rapat dan penuh doa untuk keselamatan negara dan juga anggota keselamatannya, Anwar ajak Datuk Najib berdebat lagi untuk yang dikatakan Manifesto Rakyat. Pada CheNed, manifesto PR ni tak pernah penting mana pun dan tak pernah dilaksanakan pun. Contoh di Kedah. Yang dilaksanakan adalah aktiviti menghampar bendera hijau untuk menggantikan balak-balak yang ditebang. Kedah tetap hijau. Tapi hijau kain saja. Tapi bagi CheNed, kira kain pun kainlah sebab warna hijau warna syurga. Pokok yang kehijauan ditebang itu boleh diganti hijaukan dengan kain. Bolehlah...

Jadi rasanya baiklah TV3, RTM serta Utusan dapatkan pengesahan sebenar kedudukan Sabah dari 'pakar sejarah' yang PR miliki. Selain suara-suara sendawa buang angin ibarat mati segan hidup tak mahu sepanjang tragedi pencerobohan di Lahad Datu oleh pihak PR, mungkin kali ini PR dapat membantu pemahaman rakyat sementelaah banyak pula berita dan khabar tentang penglibatan Anwar dalam pencerobohan ini.

Yang terbaru, Kerajaan Filipina sendiri sahkan Kiram tak berduit malah nak jalani rawatan untuk dirinya pun perlu bantuan. Timbul tanda tanya, mana datangnya ongkos? Dan kalau kita tanya dari mana Anwar Ibrahim dapat duit sebab nampak macam tak kerja maka begitulah juga pertanyaan tentang duit yang biayai pencerobohan Lahad Datu? 

Kesimpulan yang dapat kita buat ialah jika PR perintah negara selepas PRU13, maka jabatan-jabatan yang tugasnya menyediakan angka-angka dan sumber-sumber yang diperolehi akan termansuh dengan sendirinya kerana apa jua pertanyaan rakyat akan dijawab dengan nada kosong...Tak perlu jawab. Mudah bukan..

Sebab kalau tanya lagi, ulang tanya lagi...seperti pernah diucapkan oleh bintang porno sepanjang zaman..U ulang, I saman u..

p/s: Bintang porno? Silap kot...:)

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates