Isnin, 18 Mac 2013

Sistem Raja Berperlembagaan Yang Berjaya

Seperti yang KedahTimes katakan sebelum ini, jika sistem Raja dihapuskan, maka Kuasa Menteri akan mengecil kerana Kuasa Raja dan Perdana Menteri akan berkumpul sekitar Presiden.

Inilah yang dimahukan oleh DAP dan sekutunya PAS dan PKR. Raja yang menjadi lambang kekuatan dan keteguhan Islam dihapuskan supaya Islam menjadi lemah dan seterusnya agenda Islam disamaratakan dengan agenda agama-agama lain.

Bahkan kuasa ketenteraan, imegresn, Polis dan agensi berkaitan akan diletak di bawah kuasa Presiden. Perdana menteri dipilih oleh Presiden yang hanya menjadi tukang angguk. Dan raja-raja dibiarkan menjadi rakyat biasa atau diberi elaun supaya hidup diam bersama rakyat. Simbol kekuatan Melayu dihapuskan secara TOTAL.

Jika dilihat, kekuatan sistem Raja Berpelembagaan berjaya mengekang gerakan Pelampau samada pelampau yang menggunakan Islam sebagai alat mereka atau pelampau-pelampau lain seperti Komunis atau pelampau agama. Ini telah dibuktikan selama 50 tahun lebih kewujudan Malaysia di bawah sistem ini.

Tetapi DAP dan sekutunya amat suka jika wujud gerakan pelampau yang bakal membawa perpecahan hebat dikalangan umat Islam terutamanya, kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Maka dengan umat Islam dan Melayu berpecah, senanglah mereka menguasai segala bidang di Malaysia.

Inilah taktik 'divide and rule'; bukti terbaik berlaku di Singapura dimana orang Melayu seolah-olah tidak wujud dalam apa jua bidang atau 'say' dalam pemerintahan.

Apakah ini yang rakyat Melayu dan Islam mahukan? Apakah sistem Raja Berperlembagaan kita ini tidak lagi sesuai di Malaysia? Apakah sistem ini membawa keburukan kepada rakyat dan negara?

Jika kita semua masih sayangkan Islam, masih sayangkan bangsa Melayu dan Malaysia, tolaklah kumpulan yang ingin menghapuskan sistem Raja Berperlambagaan ini.  Sistem ini memberi banyak kebaikan dari keburukan.

PRU13, marilah kita mempertahankan Sistem Raja Berpelembagaan ini.

Sistem Raja Berperlembagaan Berjaya Cegah Gerakan Pelampau

KUALA LUMPUR, 26 Feb -- Malaysia adalah antara negara paling beradab dalam kalangan negara Islam berikutan kejayaan sistem Raja Berperlembagaannya dalam membanteras sikap pelampau, kata seorang penyelidik hari ini.

Ketua felo penyelidik Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa Malaysia (IAIS) Dr Cristoph Marcinkowski berkata sikap pelampau boleh dianggap sebagai punca utama lahirnya tindakan ganas dan ancaman ini telah berjaya dibanteras oleh Malaysia melalui peranan Raja Berperlembagaan.

Beliau menyatakan perkara itu semasa menyampaikan syarahan bertajuk "Membanteras Fahaman Pelampau Melalui Pemulihan Kuasa Dalam Islam: Peranan Raja Berperlembagaan" pada Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini, Khamis.

Dalam syarahannya, cendekiawan pengajian Islam yang mendapat pengiktirafan antarabangsa itu berkata Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia mengagumkan kerana ia menjadi faktor penyatu, bukan saja dalam kalangan masyarakat Melayu Islam, tetapi juga dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di seluruh negara.

"Ia merupakan 'wasatiah' (sikap sederhana) yang baik bagi semua orang. Ia contoh yang baik dan sistem Raja Berperlembagaan amat penting kerana ia melampaui parti politik. Oleh kerana ia tidak mempunyai cita-cita politik, maka negara dan rakyat, terutama golongan belia, boleh mendapat manfaat daripada bimbingan dan nasihat Raja," kata beliau.

Bagaimanapun, Marcinkowski berkata beliau dukacita apabila melihat sikap kurang beradab sopan dan tidak menghormati ketua perlembagaan yang semakin meningkat dalam kalangan golongan tertentu di negara ini, termasuk belia.

Cendekiawan yang telah bermastautin di Malaysia sejak 1995 itu berkata beliau mendapati sikap menghormati kerajaan yang dibentuk berasaskan perlembagaan selama ini, telah berubah.


Katanya demonstrasi dan sikap pelampau bukan sebahagian daripada budaya Malaysia dan oleh itu pihak yang terlibat dengannya, perlu kembali kepada kewarasan fikiran.

"Demonstrasi yang dianjurkan pihak tertentu ini lebih mirip kepada apa yang berlaku di negara yang disifatkan sebagai 'republik pisang'," katanya.

Ketika menolak hujah seorang peserta yang mewakili Pemuda PAS semasa sesi soal jawab, Marcinkowski berkata umat Islam perlu kembali kepada asal usul mereka dan adab.

"Semua umat Islam perlu kembali berpegang pada adab dan tidak memanggil perdana menteri anda sebagai seorang kafir. Di manakah adab anda apabila anda berkata mereka yang mengundi Umno adalah kafir?.

Sebagai orang Islam, apabila kita menunaikan solat Jumaat, kita mendoakan kekuatan dan kemakmuran negara, kekuatan pemimpin kita, perdana menteri kita dan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, selagi mereka tidak bersikap zalim, kerana orang Islam perlu mempunyai adab sopan," kata beliau. -- BERNAMA



1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat. Sistem yang kita ada ialah yang paling hampir dengan Kekhalifahan yang boleh kita buat pada hari ini walaupun tak sama. Nak buat khalifah penuh rasanya tak mampu lagi.



Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates