Jumaat, 15 Mac 2013

Urusan atas meja - maksudnya


"Keyakinan pelabur ini adalah berdasarkan kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri. Polisi pentadbiran yang di perkenalkan iaitu pengurusan atau urusan diatas meja dan tidak dibawah meja semasa YAB Menteri Besar merasmikan pembukaan kilang baru Fuji Elektrik pada tahun 2008 sangat di puji oleh pelabur. 

Urusan diatas meja dan bukan di bawah meja menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Kedah tidak mengamalkan rasuah dalam menjalankan urusan dan ini menjadikan urusan pentadbiran semakin cekap dan mengurangkan kerenah birokrasi. Ini memudahkan banyak pihak termasuk urusan-urusan yang berkaitan kerajaan.
 
Pelabur sedia ada yang mula meningkatkan pelaburan dalam kategori pembesaran keluasan kawasan operasi turut menarik minat pelabur baru untuk mencuba perniagaan di Negeri Kedah. Pelabur baru yang berminat melabur di KHTP turut merasa selesa dengan suasana dan kestabilan serta jaminan yang di tawarkan oleh Kerajaan Negeri."

Lagi Kedah Times paparkan betapa cara mereka paparkan seolah-olah memang pengurusan KHTP dan kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa dalam memajukan KHTP.

Perasmian pembukaan kilang baru Fuji Elektrik dilakukan pada tahun 2008. Sudah tentu segala urusan promosi kepada pihak Fuji dibuat lebih awal kerana kilang dibuka pada 2008. Malah kelulusan permohonan  melabur dan sebagainya memakan masa untuk pihak Fuji mengkaji dan menilai dari segi komersialnya.

Ini bermakna kelulusan dan sebagainya berlaku semasa pemerintahan sebelumnya. Pihak PAS Kedah hanya sekali lagi datang dengan berbaju Melayu dan songkok untuk merasmikan sahaja. Dan mengaku ini adalah usaha mereka sehingga berjaya kilang ini dibuka.

Disebabkan urusan atas mejalah, berbilion-bilion pelaburan baru menerjah masuk ke KHTP sehinggakan tiada lagi tanah untuk dipajak atau disewa. Fuji, Infineon, Intel, Entegris, Celestica, Siltera, dan lain-lain datang kerana urusan atas meja kerajaan PAS sekarang.

Amat malanglah orang Kedah mendapat kerajaan seperti ini yang hanya bijak berkata-kata ... malah berkata bohong kepada rakyatnya. Walhal urusan atas meja membawa makna letak kaki atas meja dan makan gaji buta.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates