Rabu, 6 Mac 2013

Lahad Datu - Perancangan Sehebat 9/11..

Hanya kerana berkeinginan menjadi PM, nyawa rakyat Malaysia terutamanya Sabah adalah perkara nombor berapa? Mari kita tanya Anwar. Para balu yang kehilangan suami akibat pencerobohan ini akan hanya mengingati saat-saat dan kenangan pahit manis suami tercinta manakala anak-anak berendam air mata. Tetapi Anwar masih ada keluarga dan ke sana ke mari menjaja cerita bagi mendapat undi untuk mengejar kerusi Perdana Menteri.

Mengapa lagu ini dinyanyikan berulang-ulang? Anwar...Allah tu Maha Sempurna. Kita yang tak sempurna. Walaupun mungkin kita menanggap diri kita yang paling hebat tetapi Allah Lagi Maha Hebat.

Hari ini setelah apa yang berlaku di Lahad Datu, apakah reaksi Anwar? Kedahtimes sangat berbesar hati sekiranya Anwar masih sudi menyanyikan lagu ini pada masa ini.

Silakan Anwar Ibrahim. Masakan kau yakin jika tiada apa-apa..Malaysia mencatat sejarah dunia mempunyai ahli politik yang benar-benar gilakan kuasa.


2 comments:

Tanpa Nama berkata...

pegi mampos Anuwar aljuburi.... ni Mat sabu yg cakap... saya ulang ja...

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita semua berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan perajurit dan polis kita. Mereka masih berjuang.
khabar angin dan cerita karut yang disebut oleh KPN sebenarnya bermula dari akhbar pinoy sebagai taktik psywar (perang saraf) semata2 untuk melemahkan semangat perwira kita. Mereka tahu dari segi kelengkapan perang, kekuatan dan teknik peperangan kita sangat canggih dan antara terbaik di dunia. Mereka tak akan dapat lawan, kekuatan kita boleh buat depa macam flush taik dlm jamban je. Jadi satu2 cara mereka nak lunturkan semangat perajurit kita (apatah lagi sekarang kita berpecah sebab politik) ialah psywar. Ingat orang tua2 kate bersatu teguh bercerai roboh. Bulat air kerana pembentung. Ini ujian kita yang tak pernah berperang di zaman moden ni.

Komen2 dalam akhbat pinoy umpamanya semasa hari pertama masa dua polis kita terkorban (moga Allah tempatkan mereka disyuga AlJannah), akhbar depa tulis depa dah bunuh 38 orang polis kita. Kita kat dlm negara pun tak tau sedangkan mungkin masa tu polis tengah berjuang dlm operasi menyelamat anggota yang terperangkap atau diculik. Jadi macamana depa tau dan masuk akhbar lagi?. Anggota kita yang kena sembelih, yang kena culik, atau depa tengah relak dengar serangan besar2an jet pejuang kita , sambil bercakap telefon dan boleh sebut lagi terdengar dentuman bom dan jet kita masa bercakap telefon tengah interview akhbar. Semua laporan ni bermula dari pinoy semasa kejadian tengah berlaku, kemudian dipetik oleh orang2 kita masuk media sosial. Lagi satu, hari ni 6hb pukul 12.07 hari rabu 6 march, depa tulis kita lancarkan serangan dan ‘’they are alive and kicking’’. Sedangkan ini berita semalam 5 march. Tapi diulang untuk bagi gambaran kepada dunia yang kita gagal lagi. Psywar mereka berjaya!

Ketika semboyan telah berbunyi, anggota polis dan perajurit sedang berjuang dimedan perang, kita sebagai rakyat harus lancarkan psywar juga untuk membakar semangat mereka – anjurkan sembahyang hajat disemua masjid seluruh negara – buat demo dan sepanduk macam bersih beramai2 dijalanraya-wanita BN, PR dan NGO kerahkan ahli bangkit tunjukkan pada dunia yang kita bersatu mempertahankan kedaulatan tanahair kita. Kibarkan bendera kita dijalanraya. Kita jangan hanya tunggu anggota keselamatan kita sahaja buat kerja dan bertarung nyawa. Kita harus berada dibelakang mereka. Dalam perang saraf ini kita harus menang!. Perjuangan ini kita semua yang tentukan kalah atau menang!.
Rakyat semua – tak kira melayu, cina, india, kadazan dsb bangkitlah, berdiri dibelakang perwira negara untuk mempertahankan tanahair tercinta ini. Kita tidak ada lagi tempat lain nak pergi, keliling kita semuanya boleh menjadi musuh kita dan pernah ada sejarah pahit dahulu. Dirantau ini kitalah satu2nya negara yang kaya dan harum di mata dunia. Percayalah! Mereka cemburu dan ingin merampas hak kita. Haruskan kita biarkan hak kita dirampas? Hanya kitalah yang dapat mempertahankan tanahair kita untuk masa depan anak2 kita. Gerakkan gelombang merah! Bangunlah Malaysia!!!.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates