Khamis, 25 April 2013

100 Juta SULIIH jadi Ugutan untuk hentikan tebang Balak

Kerajaan pusat sedang hebat mentranformasikan ekonomi Malaysia kepada High Impact dan High Income Economy. Itulah perancangan yang bakal merealisasikan WAWASAN 2020.

Bagaimana dengan kerajaan Negeri Kedah? Apakah masih tidur lagi?

Dulu heboh dengan SULIHH atau ZIPPY (zaman BN) dan NDEC. Apa dah jadi?

Kita sentuh sikit berkenaan SULIHH.  SULIHH pada asalnya adalah ZIPPY telah dimulakan oleh Kerajaan BN dibawah MB Mahathir Khalid yang bakal mentransform 500 ekar tanah di YAN untuk dijadikan pusat penyimpanan serta penapisan minyak mentah yang dibawa dari Timur Tengah. Minyak yang telah diproses akan dijual kepada negara-negara asia pasifik seperti Cina, Jepun, Korea dan lain-lain serta bakal dibawa balik ke Timur Tengah serta Asia Selatan (India, Pakistan).

Selain pusat penapisan dan penyimpanan minyak, kawasan ini juga bakal menempatkan pusat tenaga, komersial dan perumahan yang bakal menjana ekonomi penduduk tempatan dan pendapatan kepada negeri Kedah. Penduduk tempatan bakal ditempatkan dikawasan yang lebih baik dan tersusun.

Anak-anak penduduk tempatan (Yan) bakal dipilih dan dilatih untuk bekerja di loji-loji serta pusat penyimpanan minyak disamping pusat-pusat sokongan yang lain yang bakal wujud hasil dari kemunculan Industri Minyak ini.

Penglibatan beberapa syarikat serta pelabur utama seperti Al Huraish dari Arab bakal merealisasikan pusat ini. Merapoh, Pristine Oil, Trans Venture dan beberapa syarikat lagi yang berminat untuk membuka industri masing-masing sudah diperingkat untuk mejadikan pusat ini kenyataan.
Perancangan asal untuk mengambilalih 500 ekar lebih kawasan di Yan telah dipersetujui kerana kos menjadi lebih murah. Tetapi pihak PAS yang menjadi pembangkang telah bermati-matian menentang pengambilalihan tanah-tanah di Yan ini. Mereka menjadikan modal politik besar pada PRU12 lalu. Sehingga menjanjikan yang ZIPPY atau SULIIH tidak akan mengambil walau seinci pun tanah milik rakyat YAN.

Allah Maha Berkuasa, PAS menang dan mereka terpaksa mengotakan janji-janji untuk tidak melaksanakan SULIH di atas tanah rakyat YAN sebaliknya menukar untuk melaksanakan dengan tambakan laut. Inilah akibatnya berjanji tanpa tahu apa-apa akibatnya.

Sudah tentu KOS tambakan laut amat tinggi. Al Huraish pelabur Arab utama telah menarik diri kerana peningkatan Kos. Pristine menangguh perancangan mereka. Syarikat berkaitan dengan Albukhary membuat keputusan untuk berpindah ke Kota Perdana Bukit Kayu Hitam dan Kuala Jerlun.

Yang tinggal hanyalah Merapoh dan satu syarikat baru yang sehingga kini tidak nampak apa-apa kemajuannya.

Apakah signifikannya 500 Ekar tanah di Yan kepada kerajaan negeri Kedah?

Jika kita lihat dari segi pendapatan, kerajaan negeri hanya bergantung kepada beberapa sumber sahaja. Cukai, balak, tanah, hiburan, cukai dibayar oleh kerajaan persekutuan serta keuntungan GLC. Maka dengan menyewa atau memajak tanah di Yan kepada pelabur-pelabur tersebut, kerajaan negeri berkemungkinan memperolehi RM100 juta lebih setahun dan ini merupakan satu amaun yang agak banyak bagi negeri pertanian seperti Kedah.
ZIPPY telah berubah kepada SULIHH, atas daratan kepada tambakan laut. Dan sehingga hari tiada apa-apa kemajuan yang nampak secara fizikal dan sudah tentu RM100 juta lebih bakal tidak menjadi kenyataan.

Inilah kerajaan PAS, kerajaan yang suka bagi janji, kerajaan yang bercakap sesesuka hati, keluar dari mulut tanpa berfikir baik dan buruknya.

Dan kini mereka gelabah apabila diberitahu Kedah bakal menjadi bankrup jika beberapa tindakan dastik dilakukan. Mereka naik marah kerana cadangan itu bukannya datang dari exco-exco atau MB sendiri tetapi dari pegawai kerajaan.

Maka sebab itulah kawasan simpanan tadahan air habis ditebang untuk kayu kayan. Malah mengugut kerajaan persekutuan pulak tu. Kalau nak kami hentikan penebangan, bayar RM100 juta. 

Wahai kerajaan negeri RM100 Juta lebih tu adalah banyak untuk negeri miskin seperti Kedah. Kenapa masih tiada apa-apa tanda perlaksanaannya?

Atau Kerajaan Negeri masih merasakan yang mereka masih menjadi pembangkang! 

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

tang cakap memang depa pandai. sebab tu ceramah siang malam. tang buat............mintak maaf la.cakap tarak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

BN perintah UMNO 50 taun lebih tak maju2 pon. Tinggai taik utang 1 billion lagi.

anak kedah di kl berkata...

memang dah jadi tabiat penyokong PAS suka mengeluarkan komen yang tak masuk akal tanpa menyelidik dulu sesuatu perkara.....

tanpa nama 2:32,
lu memang bengong tahap gaban......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates