Isnin, 22 April 2013

5 Tahun memerintah, Inilah jawapannya

SOALAN: Terdapat rungutan bahawa kerajaan negeri ‘tidak berbuat apa-apa’ sepanjang lima tahun pemerintahan di Kedah? Apa komen Datuk Seri?

AZIZAN: Nak komen apa. Depa (rakyat) yang nilai saya. Saya buat kerja, orang luar yang perhati. Saya macam pemain bola sepak, depa perhati saya, tengok saya main bagus ke tak bagus? Ikut depalah, yang kata saya bagus pun ada, yang kata saya tak bagus pun ada. Tak ada apa-apa.

KedahTimes: Benar yang MB buat kerja bagus sehingga rakyat tidak nampak apa-apa. Kalau dah tak nampak apa-apa tu bermaksud tiada apa-apa lah yang dibuat.

Sebabnya ialah tak nampak?

Nak nampak pergilah ke Kuala Ketil, perembang-perembang (intai-intai) apa yang ada di sana (ambil contoh projek pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil). Kalau dekat Alor Setar tak nampak apa.

Insaniah tu hasil kerja siapa? Pembinaan kampus tu sudah lama diluluskan cuma mencari tempat yang strategik dan sesuai saja. Kerja MB hanya lulus dimana nak bina saja. Yang lain tu semua dah disediakan oleh orang sebelum MB!

Habis, Datuk Seri puas hati?

Tak puas hati apa, tak pening kepala. Saya seronok, berasa ceria. Yang berubah ialah Perak, jatuh kerajaan negeri yang itu berubahlah

Kenapa nak pening kepala kerana tak buat apa-apa. Bila ditanya sesuatu isu MB tak tahu. Sebab tak tahu apalah yang MB hanya dok saja. Tak pening kepala. Puas hati sebab duduk saja. Pengikut tidak kisah semua tu asalkan PAS memerintah saja. Tak buat apapun tidak apa.

Apakah semua perancangan berjalan lancar setakat ini?

Ya, macam tanam pokok ada dua jenis, satu pokok durian, satu tanam sayur. Sayur enam bulan dah boleh ambil hasil, durian enam tahun baru boleh, kena tunggu buah luruh. Kena tunggulah.

Mungkin sejak kebelakangan ini ada isu timbul seperti gangguan bekalan air, biasalah kali pertama (pakatan pembangkang hadapi). Isu air sebenarnya dah lama, dah air tak ada, di Kedah setahun sekali akan datang kemarau, biasalah, cuma ia jadi isu sahaja.

Yang jenis tanam sayur tu macam buka pusat karaoke dan pub tu la. Yang jenis tanam durian tu macam Kampus Insaniah, loji air yang telah dilulus dan dilaksanakan pada zaman sebelum MB sekarang. Apa nak susah-susah, dah terlalu banyak pokok durian yang ditanam oleh pemerintah dahulu. Sekarang cuma duduk lihat dan sekali sekala jirus air saja. Sekarang ini  banyak tanam sayur macam seperti projek ikan keli kat sg Pau Sik yang diketuai oleh Setpol MB, tebang semua balak yang ada, buka rumah urut di sg petani, buka ladang babi secara komersial, bagi lesen arak di Langkawi, dan banyak lagi yang boleh dilihat. Sebab tu MB puashati.

Masalah air tu nak buat macamana sebab Allah bagi Kedah kemarau setahun sekali, rakyat terima sajalah. Dulu masa  jadi pembangkang pun masalah ini dah ada, dan PAS bising macam UMNO dok bising juga. Biasalah tu.

Manifesto Pas pula macam mana? Dah laksanakan atau belum?

Kita (kerajaan negeri) dah buat lebih daripada manifesto. Ada yang praktikal, kita praktikkan, yang tak boleh buat tak bolehlah, nak  buat macam mana? Kena buat berperingkat-peringkat dan ada yang sebelum ini kita tak tahu boleh ke tidak, bila dah jadi kerajaan baru kita tahu ia tak boleh buat, kita ubahlah buat yang boleh, ini biasalah.

Secara keseluruhannya Alhamdulillah tak siapa kacau saya, orang yang tunjuk perasaan tu mereka yang tak mau bayar hutang rumah, yang lain sokong saya.

Biasa la manifesto ni. Ianya hanya janji pilihanraya. Khalid Selangor kata manifesto bukan janji. Elok sangatlah tu sebab yang mana kita janji takleh buat, maka tak payah buat. PAS tak pernah konfiden pun boleh buat. Semua perkara dalam manifesto tu hanya untuk pilihanraya saja. Dari semua tu cuma satu saja yang nampak berjaya iaitu Slogan Kedah Sejahtera berada di merata-rata.

Tiada yang kacau MB sebab MB asyik tidur saja. Apa yang berlaku diluar sana mana MB tak tahu.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

MB kita niii... bukan dia dia nak pikiaq banyak sangat. Apa yang dia buat dia kata dia puaih hati. Orang kacau dia hanya orang UMNO jeeerr... orang lain tak kacau dia.

Yang dok kacau dalam PKR, ADUN PKR Bakar Arang bergaduh dengan Johari Abdul, dia tak payah ambil tahu laaahhh.. Itu masaalah dalam PKR. Macam tu juga masaalah Ahli Majlis Daerah (anggota parti PAS/PKR/DAP) seluruh Kedah nak tuntut kuasa lebih dari YDP MDKT, MB nak ambik kesah buat apa?.

Lepas tu, rakyat di Yan dok bising persoal pasai SULIHH tak jadi dibina, kerana Kerajaan Negeri kena tipu, MB tak ambik kesah juga.

MB Kedah niiii.... mai lah isu apa pun, dia tak perlu ambik kesah lah. Yang penting dia duduk rilek. Jadi, dia bolehlah selesaikan kes bini nombor 2 dia yang mengamok tak leh pi acara resmi di istana.

Masaalah rakyat, dia selesai gitu gitu jeeerr...

Ismail Daut berkata...

Salam Hormat,
Mohon link kan blog Calun P14 Parlimen Merbok:- http://drismaildaut.blogspot.com

Terima kasih.

DID

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates