Isnin, 8 April 2013

Adakah Ekonomi Kedah berkembang

Kulim Hitech Park merupakan salah satu kawasan perindustrian yang paling unik di Malaysia dan di Asia. Dan ianya terletak di Kedah.

Kenapa? Kerana ianya mengandungi kilang-kilang High Technology seperti Infineon, Silterra, First Solar, Fuji Electric, Entegris, Celestica dan lain-lain kilang hi-tech. Maka kemudahan infrastruktur perlulah yang terbaik di dunia kerana semua kilang-kilang ini adalah beroperasi dalam satu environment yang terlalu hi-tech.

Kemasukkan semua pelabur-pelabur Hi-tech ini adalah diwaktu pemerintahan BN dahulu. Dan yang terakhir melabur dengan jumlah berbilion ringgit adalah First Solar. Itupun semua keputusan dibuat pada zaman pemerintahan BN.

Apakah yang sudah berlaku dalam masa 4 tahun semasa pemerintahan Pakatan Rakyat? Setakat ini tiada satupun syarikat multi bilion membuat keputusan untuk melabur di Kulim Hitech.

Ya, kita mengaku ada pelabur baru, tapi adakah mereka memberi impak yang besar kepada Kulim Hitech Park. Impak dari segi perolehi KTPC, ekonomi serta peluang pekerjaan!

Apa sudah jadi sebenarnya kepada pengurusan KTPC, sebagai pengurus Kulim Hitech Park? Kita tidak pernah mendengar pihak KTPC membuat pameran atau lawatan ke luar negara bersama MITI untuk mempromosi KHTP.

Kita merasakan inilah masanya pemerintahan PAS dan PR membuktikan kebolehan mereka dalam mencari pelaburan dan mengembangkan ekonomi negeri Kedah. Tidak perlulah kita menjadi jaguh ke atas program-program yang dulunya dimulakan oleh kerajaan sebelum ini.

Idea baru perlu dihasilkan untuk memajukan program yang telah ada agar ianya berkembang lebih besar, jika pun tidak boleh menghasilkan program-program baru untuk negeri Kedah.

Kita dapat melihat hasil dari ketidak bolehan kerajaan sekarang memajukan ekonomi Kedah. 'Brain Drain' sedang berlaku dimana anak-anak muda terpaksa berhijrah untuk mencari kerja.

Kepada pemerintahan, lakukanlah sesuatu untuk mengukuhkan ekonomi rakyat, dan jangan asyik untuk mengukuhkan ekonomi masing-masing. PRU12 semakin dekat. Buatlah sesuatu yang memberi impak kepada rakyat Kedah.

21 comments:

sarjanamuda berkata...

walau apa pun kemajuan dihitech kulim janganlah melayu sekadar jadi operator dan kuli bawahan.yang atas dapat kat orang lain.cuba turun tengok dari dekat.ada juga indah khabar dari rupa.jangan menang sorak .lebai malang.adakah kita sudah puas hati anak kita jadi begini.aku tak kisah bn ke pas ke.disini juga kena laksana kan 1 malaysia seperti dasar lain.

Tanpa Nama berkata...

sape kate melayu jd operator je kat c2???
kalu melayu yg jd operator adalah sbb pendidikan mereka yg xseberapa....
First Solar melaburkan berbillion ringgit utk kilangnye di kulim...barang yg mereka buat bukan utk local market...

group pertama yg dpt kerja kat c2 semua di hantar ke German utk latihan..kebanyakkan nye melayu kot...termasuk la kawan aku...kawan aku belajar ilp je, tp dah leh g jerman, aku bljar pon smpi sane lg...

kantoi berkata...

hang ingat semua kerja situ pi jermanke.berpuluh kilang yg ada disitu.tapi hang tak payah lah sokong umno.

nayan berkata...

Pertama: bila pelabur buka kilang, peluang pekerjaan diwujudkan dari operator sampai ke CEO atau MD atau PResiden. Jadi sapa yg berkebolehan rebutlah peluang ini.
Dua: Mentaliti orang Melayu selalu ingat level kita setakat operator saja. Sebab itulah kita syok jadi operator. Kita tak pernah nak fikir jadi lebih pada tu.
tiga: Apakah operator bukan pekerjaan? Operator ni masing2 mempunyai kemahiran tersendiri dlm production line tersebut, jgn memperlecehkan mereka.
empat: Kalau kita tak mampu nak wujudkan peluang pekerjaan sebegini, saya rasa tak payah la memerintah. Zaman BN dulu banyak peluang pekerjaan, dan yg dok rebut gilllaaaa pun banyak anak org PAS.

sarjanamuda berkata...

nayan.sebenarnya yang dok jadi operatot tu anak orang umno laa.anak pas,pkr hebat,.gaji lumayan.orang umno makan kuah.isi orang lain makan.apa umno buat sejak dari dulu.anak umno naik bas pi kerja.puak pas pkr naik kereta sendiri pi kerja.

Tanpa Nama berkata...

kalau kerajaan pusat diperintah oleh pas nanti insyaallah hitech akan lebih banyak pelabur mai.apa nak buat semua pelabur luar negara disekat oleh kerajaan persekutuan untuk mai kat kedah.

nayan berkata...

Sarjanamuda: Kira UMNO ni bagus la. Pergi cari pelabur untuk beri kerja hebat2 kepada orang PAS. Tapi dalam masa yag sama dok kecam dan kutuk org mebawa peluang ini kepada mereka. Tak ka itu dipanggil kufur nikmat atau munafik!

Lagi satu, kalau kita rajin buat promosi, InsyaAllah Allah akan tolong. Ini kita hanya dok ternganga mcm ikan keli lapar. Tunggu org tabur pellet. heheh ini la yg PAS sedang buat sekarang!
Eosk bila perintah pusat, PAS kata tunggu kita perinta dunia atau Amerika pula, baru kita bawa masuk pelabur. hahah

Tanpa Nama berkata...

Ingat aku dulu masa BN memerintah Kedah, PAS kata tunggu kami perintah Kedah;hudud, negeri islam, pelabur bertambah, tiada rasuah dan pelbagai lagi. Heheh bila jadi pemerintah kedah, tunggu jadi pemerintah Msia plak. Lepas tu perintah dunia pleak. Bila dah printah dunia, pakat tunggu mati jer la. PAS tak buat apa jugak, asyik kutip derma dan ceramah.hahah takkan nak perintah malaysia dgn kutip derma rakyat jer. Belaja la cari duit sendiri

Anak Kedah berkata...

Menteri Besar Kedah Al Ustz Azizan Al Tiduri lebih teruk dari Al Ustz Abdullah Al Badawi,tapi UMNO bertindak pantas dan bijak dengan menarik turun PM yang kaki tidur,tapi ahli PAS masih dok seronok dengan MB Kedah yang kerjanya ashik tidur, tidur dan tidur macam lagu P Ramlee Tidurlah wahai Permaisuri ku.

Sebenarnya ada juga pemimpin PAS yang dah mula sedar akan tingkah laku MB yang kaki tidur ni dan dah ada gerakan bawah tanah yang diketuai oleh Al Ustz Mahfuz dan Al Ustz Amiruddin untuk merentap turun MB Al Tiduri ni .

Al Ustz Mahfuz diberitakan akan bertanding di DUN dalam Parlimen Pokok Sena pada PRU 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

masa bn/umno perintah kedah dulu pun serupa tu jugalah.sapa jadi kerajaan pun itu dia punya tanbggung jawab.apa ingat umno saja ke yang mampu perintah msia.parti lain pun boleh juga.sudahlah 50 tahun umno banyak masaalah.

Tanpa Nama berkata...

tok sah dok perasan laa.sapa jadi gomen pun boleh buat lebih dari itu.

SHAM berkata...

sebenarnya kerajaan persekutuan pun dah tak ada duit.orang umno bukan tau apa.

Tanpa Nama berkata...

betoi.dok harap elaun jkkkp ja.

Tanpa Nama berkata...

semua komen-komen di atas adalah minda kelas ketiga saja.boleh masuk tong sampah.Idea macam budak tadika.kalau macam ni sampai bila pun kedah tak maju......

Tanpa Nama berkata...

kedah maju...nak tergelak,orang meluat kat pemimpin umno bukan umno.sedar laaa

Tanpa Nama berkata...

cuba tengok afrika nuuuu. sapa perintah. dok mcm tu juga. Afrika selatan dulu diperintah oleh org yag berkebolehan, sebab tu maju. heheh pemimpin pas mcm pemerintah congo, ghana tuuuu. asyik dok galak pasal bola saja

nayan berkata...

Heran juga aku, Kulim Hitech tu sapa bangunkan ye? haha

Tanpa Nama berkata...

aku sikit tak risau.dalam pas pun ramai cerdik pandai dan profesional .depa ditolak oleh umno untuk jadi ahli suatu masa dulu.yang nak buat kerja pegawai kerajaan.bukan ketua cawangan yang haprak elaun jkkk sahaja.

Nayan berkata...

sebab tu Intel nak tutup R&D di Kulim Hitech sbb PAS banyak cerdik pandai hasil dasar UMNO. Apa dasar PAS? Maki hamun dan mengkafir org Islam saja.

Nak heran apa ye?

ahmadihusin berkata...

baru perintah 2 tahun mana nak sama dengan 5o tahun.cukuplah 50 tahun.nampak pun dah makin karut.pemimpin umno pun rasuah politik banyak sangat.intel tu kalau bn perintah pun dia tutop juga.masa zaman bn pun ada juga kilang yang tutop pi singapura cina dan vietnam.betoi tak.

anak kupang berkata...

zaman maki hamun,kafir mengkafir sudah tak ada lagi dalam pas hari.itu zaman dulu.sekarang cerdik pandai yang tawar hati kerana ego umno beri sokongan pada pas.marilah kita orang melayu memberi sokongan dan membuat perubahan iklim politik negara kita.insyaallah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates