Isnin, 8 April 2013

Akhirnya PAS Berjaya Hancurkan Kulim Hi-Tech Park


Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah.  Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.   

Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia. 

Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS.   Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.  

Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji  Muhammad Sobri Osman, Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru.   Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.  

Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah.   Dan sejak dari zaman BN lagi, Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.   

Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah.   Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.   

Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya.  Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian.   Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.  

Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC juga diambil alih oleh PAS.  Ini menyebabkan ramai  orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.  

Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja.    Pengurusan baru juga mengambil tindakan ‘membuang’ pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN.   Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang pastinya berniat untuk membalas dendam.  

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti.   Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau  meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC.  Namun, khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC.  Membawa sikap biasa seorang ‘lebai PAS’, Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.  
Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat?  

Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan.  Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.  

Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.   

Untuk pengetahuan, pengurusan KTPC terdahulu menghadkan program promosi pelaburan keluar negara paling kerap hanyalah 3 atau 4 kali setahun.  Ini kerana setiap program promosi pelaburan ke luar negara memakan belanja ratusan ribu ringgit dengan hanya membawa 4 – 5 orang delegasi dari KTPC dan kerajaan negeri.   

Oleh itu, adalah lebih praktikal jika program promosi ini diadakan bersama kerajaan pusat agar setiap prosedur, tawaran atau perbincangan khas mengenai cukai dan sebagainya boleh dilakukan terus antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan pihak kerajaan pelabur terbabit tanpa membuang masa.   Pastinya, satu-satu pelaburan yang besar memerlukan komitmen bukan sahaja antara syarikat pelaburan dengan KTPC tetapi juga Duta dan Menteri, malah mungkin Perdana Menteri.  

Dengan sikap Haji Sobri yang menentang pusat, bagaimana rakyat Kedah mampu mengharapkan beliau untuk membawa masuk pelaburan baru?   

Di tambah dengan kemunculan pesaing-pesaing lain di luar dan dalam negara, terutamanya Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin iaitu bekas CEO KTPC yang ‘ditendang’ oleh PAS, bagaimana KHTP mampu terus hidup?  Senai Hi-Tech Park dikatakan giat mendapat pelaburan baru walaupun jumlah kekerapan pegawai-pegawainya keluar negara tidak mampu menyaingi kekerapan pegawai-pegawai KTPC - iaitu berkali-kali setiap bulan.    Bayangkan, jika program promosi pelaburan 3-4 kali setahun juga memakan jumlah ratusan ribu ringgit setahun, berapa agaknya yang dileburkan oleh pihak KTPC untuk keluar negara berkali-kali sebulan?  

Sudahlah kerajaan PAS Kedah langsung tidak mampu menjana wang untuk negeri, kini, pengurusan KTPC pula meleburkan wang sebanyak jutaan ringgit setahun untuk promosi KHTP tanpa membawa sebarang hasil.   Pelaburan sedia ada pula ada yang sudah berkira-kira untuk keluar dari KHTP atas berbagai-bagai alasan seperti rombakan pengurusan serta ketidaktentuan ekonomi dunia.  

Nampaknya, selagi PAS Kedah tidak mampu memisahkan politik dengan pengurusan negeri dan syarikat-syarikat milik negeri, selagi itulah satu projek pun tidak akan mampu membawa hasil kepada negeri, malah projek yang telah berjaya seperti KHTP juga akan turut hancur sekali.  

Apakah nasi telah menjadi bubur bagi KHTP?  Apakah masih ada harapan yang ia akan dipulihkan selagi pengurusan KTPC dan negeri tidak bertukar tangan kembali?  

Apapun,  buat masa ini kita ucapkan setinggi tahniah kepada Haji Sobri, Azizan dan PAS secara keseluruhannya, kerana berjaya dengan cemerlang sekali dalam menjahanamkan KHTP.  



2 comments:

Tanpa Nama berkata...

From: Shaliza
To: Ahmad Mokhtar Azizan ; hod@ktmsb.com.my ; zaidi@ktmsb.com.my ; najmi@ktmsb.com.my ; sab
Cc: hasnah
Sent: Tuesday, November 22, 2005 2:35 PM
Subject: Re: CASH FLOW

All

I am having a BIG problem which I need everybody attention and action. Early of the year En Annuar has pumped in some cash into our account, amounting to RM1.3M to help our daily operations with a guarantee that the RM1.3M will be collected back by year end. But today my problem grows bigger whereby:

1) I only managed to have RM100,000 for the RM1.3M- in terms of fixed deposit which will mature next month.
2) There is one facility of RM90,609 due by 30 Nov 2005
3) I have one PD cheque due on 25 Nov 2005 of RM50,000
4) I don't have ><RM100,000 to pay Nov salary- we might be paying the salary late and what worries me most is En Annuar won't be around until 13 Dec to sign the
salary instruction. Pls inform uyr staff about this.
5) There are POs which need downpayment of about RM50K to proceed
6) En Annuar is leaving the country on 1 Dec 05 and need about RM50,000 which is suppose to come from the RM1.3m
7) Payment from MPSP & NAZA (ICT projects) will be made directly to BCBB to settle our short term advance before the balance transferred to our current
account.
8) KTPC is unable to help us with the cash advance request.
9) Our bank balance is only RM20,000 to pay utilities and etc until I receive payments from you all.

Should anybody needs the detail, feel free to contact me at ext 204 or 019-4737676.

Appreciate your response very very much...

SPRM tolong la mai siasat Annuar Mohd Saffar ni, tapi ingat taw jgn salah eja nama dia, 2 N & 2 F, dia ni sangat particular & bangang habih kalau hangpa silap eja nama dia

Tanpa Nama berkata...

Dia ni THAMS dulu kat Technolgy Park Msia (TPM) pun claim jugak dia yg develop TPM, sebenarnya yg betoi2 buat kerja ialah Nazri Said (skrg WaferGen). Dia ni la dulu dgn Dr Salleh yg develop TPM. THAMS pulak masuk TPM sampai ke la dok claim dia yg jadi org kuat TPM, sama la jugak mcm skrg kat KHTP. Sebenarnya, dia hanya buat duit utk diri sendiri. Dia dah ada geng yg buat tender & set supaya company yg dia control dapat tender. Tanya la kat TeknoLogam dan Topaz Engineering (dkt Secret Recipe), depa ni kroni THAMS dari Petronas, TPM & sambung ke KHTP. Jgn la dok layan usaha dia nak lobi post Hj Sobri. Begitu jugak Hj Fitri yg begitu ghairah nak ambik post, diala jd org 1st yg akan akan cium tangan Datuk Shukri kalau BN menang & Datuk kembali ke KHTP bulan June 2013

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates