Selasa, 23 April 2013

Akujanji 03 BN Kedah : Transformasi Sosial

Transformasi sosial secara menyuluruh bakal dilaksanakan BN jika dipilih menerajui Kedah. Ianya mencangkupi kesejahteraan rakyat, hal ehwal belia, pendidikan dan modal insan, pelancongan, pembangunan lestari dan pembangunan prasarana.

Ini bagi memastikan yang Kedah bersedia untuk bersama dengan negara dalam mencapai WAWASAN 2020 dan negara maju. Fokus akan diberikan kepada mensejahterakan rakyat dengan mempunyai tempat tinggal yang selesa, suasana dan servis seharian yang efisien agar kehidupan menjadi selesa dan kondusif.

Ini bakal menghasilkan satu komuniti yang amat produktif dalam memajukan negeri selaras dengan transformasi ekonomi dan agama.

Belia yang menjadi aset penting negeri akan dibangunkan supaya menjadi mereka yang sentiasa aktif dan bersedia memikul tanggungjawab dimasa akan datang.


Malah aktiviti-aktiviti belia bakal dirancakkan supaya mereka menjauhi aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan sebagainya.

Pendidikan dan modal insan merupakan faktor yang menentukan kemajuan sesuatu bangsa. Memperkasakan pendidikan dan modal insan bakal menjadi agenda keutamaan Kerajaan BN. 

Ini bakal dilaksanakan dengan mengadakan lebih banyak pusat-pusat pengajian samada  melalui penudbuhan baru atau pembukaan cawangan-cawangan baru. Jitra yang selama ini menjadi hub pendidikan bakal diperkembangkan selain daerah-daerah lain yang berpotensi.

Pembangunan sebuah universiti berteknologi tinggi bakal melonjakkan KHTP yang malap semasa dibawah pemerintahan PAS. Ini bakal berjaya menjadikan anak-anak tempatan memasuki bidang pekerjaan berteknologi tinggi di KHTP.


'Stay longer and spend More' bakal dipacu dengan pengenalan produk-produk pelancongan baru. Kerancakan ekonomi hospitaliti dan peniaga kecil boleh dirancakkan dengan kedatangan pelancong-pelancong luar dan dalam negara.
Langkawi bakal dibangunkan untuk menjadi sebuah yang berada dalam TOP 10 destinasi pelancongan dan eko-pelancongan di dunia. Ini bakal menggerakkan ekonomi penduduk Langkawi dengan lebih baik lagi. Sektor hospitaliti bakal menerima pelaburan dari operator bertaraf 5 bintang. Hasilnya, peluang pekerjaan baru diwujudkan.

Jika Kerajaan yang dibawah pemerintahan PAS menjadikan kayu hutan atau balak sebagai sumber pendapatan, kerajaan BN akan memperbanyakkan penanaman klon-klon getah berkualiti kayu balak untuk pendapatan baru. Ini selaras dengan pengwujudan bandar getah yang dirancang.

Prasarana jalanraya dan jambatan bakal dibina bagi menyambungkan kawasan-kawasan pembangunan yang telah dikenalpasti. Kota Putera, Sg Petani, Durian Burung, Kuala Jerlun, Yan, Changlun, Kota Perdana, serta Kulim Hitech dan banyak lagi kawasan akan disambungkan bagi merancakkan ekonomi seluruh Kedah.

InsyaAllah, banyak lagi dasar-dasar serta akujanji yang bakal direalisasikan untuk rakyat Kedah. 

Cuma apa yang rakyat perlu lakukan ialah UNDILAH BN pada PRU13 ini. InsyaAllah, dengan izinnya semua ini akan dilaksanakan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates