Ahad, 21 April 2013

Akujanji Tambahan BN Kedah

KedahTimes amat tertarik dengan Manifesto atau akujanji tambahan BN Kedah. InsyaAllah, KedahTimes akan siarkan satu persatu untuk tatapan semua pembaca dan pelawat.

Ianya melingkupi 3 aspek yang amat ketinggalan di Kedah selepas 5 tahun PR yang dikepalai PAS memerintah Kedah. Apa yang mereka tahu buat hanya tebang balak dan korek pasir dan mineral yang lain tanpa memperdulikan kerosakan ekosistem alam sekitar. Duit ... duit ... duit.

Sebab itulah kita lihat mereka asyik kekurangan duit dalam mentadbir negeri.Mungkin disebabkan pendapatan mereka yang tidak barakah. KUIN sehingga ke hari ini asyik menagih duit kerajaan negeri untuk bergerak. Walhal pelbagai anak syarikat ditubuhkan untuk menjana ekonomi KUIN. Sebaliknya syarikat-syarikat ini menagih duit dari kerajaan negeri.

KTPC yang menguruskan KHTP tiadak melakukan aktiviti yang boleh menambah pendapatan mereka sebaliknya geran dipohon setiap tahun kepada kerajaan pusat.

Pelbagai projek yang tidak viable dilaksanakan dan semuanya boleh dikatakan gagal. Bayangkan Kedah yang iklimnya tidak sessuai tetapi kerajaan negeri ingin menjadi pengeluar anggur. Pusat pengumpulan hasil pertanian lembah jerai hanya tinggal bangunan saja. Buah-buahan tidak muncul. Malah projek Keli-K penjana ekonomi Ummah di Sg Pau Sik menghasilkan balak dan pasir, bukan ikan keli yang katanya akan ditinkan dan diekspot.

Kegagalan demi kegagalan dihadapi Kerajaan pimpinan PAS, jadi elok sangatlah kita Tukar.  

Manisfesto BN amat realistik berbanding TAWARAN PR untuk Kedah yang hanya ulangan BUKAN AKUJANJI 2008.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates