Rabu, 10 April 2013

Apa itu KIT?

KIT ialah Kedah Information Technology Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang ditubuhkan kononnya untuk menggantikan KICT atau Kedah ICT Sdn Bhd.

Kita tidak tahu apa tujuan KIT ditubuhkan tetapi dari namanya saja kita boleh mengagak yang ianya adalah bertujuan untuk menjalankan urusan-urusan perniagaan berkaitan IT (Information Technology).

Dulu KICT ditubuhkan dan diterajui oleh  professional ICT, sebaliknya kita tidak tahu siapa yang menerajui KIT. KICT dulu focus kepada membawa teknologi terkini untuk dipadankan di Kedah agar 'digital divide' antara penduduk Kedah dengan negeri lain tidak ketinggalan.

APAKAH MISI dan VISI KIT?

Sebagai sebuah syarikat Sdn Bhd, sudah tentu struktur organisasinya lengkap dan ianya semestinya dimiliki oleh syarikat atau individu yang menubuhkannya. Siapakah pemiliknya? KTPC? MB Incorp? atau mana-mana SLC milik kerajaan negeri?

Disebabkan KIT berada di Kulim Hitech Park, mungkin dia adalah subsidiari kepada KTPC. Tetapi didalam website KTPC, hanya 3 syarikat sahaja yang diumumkan sebagai subsidiari KTPC - KTM, Kulim Golf dan KBioCorp. KIT tidak disebut dibawah KTPC.

Terkini melalui laman Web KIT, ianya adalah subsidari KTPC.

'One of the primary aims of the Kulim Hi-Tech Park is to propel the country towards realizing the goals of the Vision 2020, for Malaysia to be a fully industrialized nation by 2020. The park is envisioned by KTPC to be the ‘Science City of The Future’, an integrated science park targeting technology-related industries primarily in the fields of advanced electronics, mechanical electronics, telecommunications, semiconductors, optoelectronics, biotechnology, advanced materials, research and development and emerging technologies. KTPC has achieve the MS ISO 9001 standard and become as one of the MSC Company in Kedah'

Laman web pun tiada apa maklumat pun yang boleh diperolehi. Laman web dummy ka?

Difahamkan KIT mempunyai hanya 5-6 pekerja sahaja yang dibayar gaji. Dan jika purata gaji seorang ialah RM3000, maka jumlah OPEX dari segi labor bolehlah dianggarkan RMRM100 Ribu setahun termasuk TnT dsbnya. Dan jika dicampur kos lain seperti sewaan boleh lah kita katakan kos untuk uruskan (run) syarikat ini dalam lingkungan RM200-300 Ribu setahun. Inipun jika tiada 'BOARD OF DIRECTORS' yang ramai.

Tetapi jika ada ramai ahli dalam lembaga Pengarah, ianya mungkin memakan belanja yang lebih dari itu. Mungkin boleh memcecah RM500-1 Juta.

Disebabkan masih kurang jelas dengan perniagaan teras KIT, kita tidak dapat mengagak berapa pendapatan yang diperolehi oleh syarikat ini. Dan dimana sebenarnya target market dan siapa pelanggan utama mereka? Adakah semua multinational di KHTP?

Seperti kita maklum kebanyakkan MNCs di KHTP sudah mempunyai kemudah ICT/IT mereka sendiri yang dibantu oleh vendor-vendor terpilih mereka. Bahkan ada vendor dari luar Malaysia.

Jika promosi atau maklumat tentang syarikat pun tiada, macamana mereka menjalankan bisnes mereka? Apa sebenarnya bisness mereka? Siapa dibelakang syarikat ini? 

Ini semua menjadi tandatanya. Dan yang paling menjadi tandatanya terbesar, kenapa ada sebuah syarikat SLC terpaksa menyalurkan dana perbelanjaan kepada akaun KIT yang dikatakan menjangkau jutaan ringgit?

Terkini kerja KIT hanya mengaudit menara telekomunikasi dengan bayaran tertentu. Semua menara yang wujud di Kedah bakal diaudit oleh KIT dan bayaran tertentu ditetapkan.

Benarkah? Jika benar apa yang disebut, maka KIT hanyalah dummy company yang hanya diwujudkan untuk membayar elaun-elaun kepada kroni-kroni parti Pemerintah! Dan bakal jahanamlah SLC yang terpaksa menyalurkan dana tahunan tersebut!

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Tak adakah kakitangan SPRM yang baca artikel ini. Jika dah baca, apa ditunggu lagi silalah buka siasatan. Tak payah ditunggu orang buat lapuran. ///

Syed sp.

zuberkongkang berkata...

KIT ni mungkin macam Platinum Sdn Bhd [PLSB] yang beroperasi di bandar putra kelang lama satu ketika dulu kot......skim cepat kaya...

Tanpa Nama berkata...

Aku bekas pekerja KTPC. Seingat aku KIT ni masa BN pegang tak dak pun. Semasa PAS takeover, baru ada company ni. Sebenarnya masa Dato Shukri pegang dulu, ada satu dormant company yang hendak ditukar status menjadi MSC Status company, tapi belum ada nama lagi dan tak sempat buat, cuma sempat buat meeting sahaja. Bila Hj Sobri masuk, nama ini dicadang oleh Hj Anuar dan semua modus operandi adalah dirancang oleh beliau bukan PAS pun. Tapi yg kerja di KIT ni memang semua mereka ni ahli & penyokong PAS. Isu mengapa mereka ditubuhkan juga adalah meragukan kerana KTPC sudah ada KTMSB sebagai syarikat IT mereka. Inilah leadership yang pelik Hj Sobri Mr President KTPC kita ni, dia habaqnya ada MBA dari USM, mesti tau bab bisnes strategy & management

Nayan berkata...

Yang menjadi tandatanya kenapa ada kedengaran yang satu jumlah yang agak besar terpaksa dimasukkan ke dlm akaun KIT. Kenapa dan untuk apa?

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sebagai manusia ianya harus ingat bahawa Allah SWT menciptakan manusia mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Justeru itu manusia harus ingat bahawa mereka tiada kebal dan hebat dalam semua keadaan dan adakalanya kecundang dan jatuh jua. Hidup ini ibarat roda. Adakalanya ia berada diatas dan adakalan dibawah.

Hakikatnya kini PAS berada diatas dan dulu meraka megah serta terlalu angkuh dan riak bahawa merekalah paling hebat dikalangan kehebatan puak lain. Apabila mereka berkuasa mereka telah mula bekerja untuk membukti kejaguhan mereka. Kini terbukti bahawa selama ini mereka hanya bersendiwara dan membohongi rakyat dan segala amanah yang dipegang dikianati dan janji hanya tinggal serta sumpah hanya jadi sandaran untuk mengerja kemewahan, keseronokan dunia dan kuasa. Kebodohan pemimpin PAS terbukti apabila panglima perang mereka mafuz lari dari mengetuai medan perang dan akibatnya diterjemahkan dengan kemorosotan pendapatan syarikat dan penyelewengan dan persengketaan dalaman berlaku akibat kebodohan serta kecetekan ilmu pucuk tertinggi diangkat sebagai ketua. Tetapi adakalanya harus kita ambil pedoman kata-kata hikmah dan pujangga orang tua2 iaitu masakan kaduk dapat naik junjung.

Buktinya kita telah diterjemahkan para siswa dan siswi membuat protes keatas INSANIAH yang mana gah dizaman BN. Mengapakah mereka ini protes ?. kalau tiada hujan sudah tentu tiada akan basah kerana airnya. Inilah kegagalan pentadbiran dan kepeincangan Kerajaan Kedah kini. Paling mengaibkan dimana janji MB Kedah untuk memberi potongan 30 peratus bil tarif air bagi bulan Disember 2010. Janji hanya janji semuanya palsu, sedangkan bukti yang nyata hampir keseluruhan Kedah bermula dari Jalan Lampu Isyarat Hospital Lama menuju ke Daerah Kubang Pasu ditenggelami banjir. Mengapa harus berpura2 dalam memberi potongan tersebut?

Sedangkan haiwan berpegang pada tali dan manusia berpegang pada janji tetapi semuanya dusta dan penipu. Apakah ini yang dicakap oleh MB Kedah Ustaz Azizan cara pemerintahan Islamnya?. Tepuklah dada tanyalah selera, sedangkan pihak media dan siaran televisyen memaparkan ucapan beliau bagi membuktinya bahawa MB Kedah telah berjanji disaksi berjuta orang dan oleh 2 orang Malaikat yang menulisnya dan disaksikan oleh Allah SWT.

Apapun fikirkanlah apakah ini seorang Pemimpin pilihan bagi akan datang ? Tepuklah dada bukalah minda dan jika mahukan yang lebih bukti lakukanlah sembahyang solat sunat Istikarah untuk petunjukNYA.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates