Selasa, 2 April 2013

Apa Kata Ulama Tentang PAS

Hasan Ali yakin ulama pondok buat kajian sebelum putus undi Pas haram

25 Mac 2013

MUAR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali yakin kumpulan ulama muda dan pondok di Kelantan telah membuat kajian sebelum memutuskan mengundi Pas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Beliau percaya mereka membuat keputusan itu setelah merujuk kepada kitab-kitab dan menghubungi ulama-ulama besar termasuk dari luar negara.

"Selain itu, mereka juga (mungkin) telah menilai apa yang dilakukan pimpinan Pas sekarang jauh menyimpang berbanding semasa (di bawah pimpinan) Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Yusuf Rawa serta Ustaz Fadzil Noor.  

"Kalau mereka berada pada zaman itu, saya percaya ulama-ulama pondok dan ulama muda ini tidak akan membuat kenyataan seperti itu," katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis anjuran Gerakan Belia 4B kawasan Parlimen Ledang di Dataran Stulang, Tanjung Agas di sini.

Beliau mendakwa Pas kini terlalu tunduk pada tekanan DAP dan menjadi alat kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikan hasrat beliau untuk menjadi perdana menteri.

"Ini menyebabkan Pas bukan lagi meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka, jadi lebih eloklah orang Melayu dan umat Islam memastikan mereka tidak memberi undi kepada pembangkang pada PRU-13 nanti," katanya.

Dalam ceramahnya itu  beliau turut menggesa orang Melayu dan umat Islam di Johor supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk memenangi sebarang kerusi di kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor itu yang dipecat kerana ketegasannya menangani isu murtad itu berkata, umat Islam Malaysia akan berhadapan dengan masalah jika membenarkan pembangkang berkuasa.

"Ini kerana pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim memperjuangkan Islam liberal. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat mempertahankan kerajaan sedia ada bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara selama ini. - Bernama

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

apa nak jadi la puak2 PAS ni nama Allah pon nak di jual dgn kristian...siann

Tanpa Nama berkata...

pas sejak berkiblatkan cina dap.. pas semakin sesatttt....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates