Jumaat, 12 April 2013

Bekerjalah mengikut cara Islam

Jika kita baca disini bagaimana MB Azizan kata yang Kerajaan dia tak perlu berhutang atau bantuan dengan pusat, maka dia berbohong lagi disini. DKS secara terperinci membentang bagaimana KTPC memohon bantuan pusat untuk membangunkan KHTP Fasa 4.  Senarai pelabur yang mereka katakan berminat tetapi telahpun membuat keputusan untuk tidak datang ke KHTP adalah pembohongan anak-anak buah MB.

Tetapi pembohongan MB adalah pasal tak perlu berhutang atau memohon bantuan pusat itu amat memalukan rakyat Kedah.

Ini yang PAS Kedah tentang telah umumkan tentang pelaburan. Dasar Mesra Pelabur yang dilaksanakan telah menarik minat ramai pelabur untuk melabur di Kedah. Pelaburan terkumpul bagi seluruh negeri Kedah dari tahun 2008 sehingga suku pertama 2011 ialah sebanyak RM6.36 Bilion. 2012 hanya dengar satu saja masuk. Itu pun bukan bilion ringgit.

Cuma Kedah Times nak minta pihak kerajaan PAS Kedah perincikan pelabur mana yang datang dan berapa saiz pelaburannya. Jangan masukkan First Solar yang dibawa masuk oleh kerajaan BN dulu yang sudah siap membina 'plant'nya. Lagipun itu bukan initiatif Kerajaan PAS yang baru memerintah.  Satu lagi nak bagitau, agar CEO atau Mr Presiden takpayah dok 'present cumulative investment' kat orang ramai sebab cumulative tidak pernah akan turun jumlahnya. Sentiasa menaik atau 'stay put'.

Mungkin Saint Goben boleh memberi kebanggaan kepada KTPC dan Kerajaan PAS Kedah. Tu pun syarikat yang datang kerana ianya adalah vendor/supplier/supporting industry kepada First Solar.

Kalau sebut pasal Honda yang dulunya Boon Siew Honda yang dulunya berminat untuk datang ke Kedah, itu bukan sesuai untuk KHTP. Boon Siew Honda hanya memasang motor. Jadi eloklah Honda tu buka di Gurun. Itupun mereka belum tentu datang kerana dulu ada CEO Honda Sg Petani yang boleh 'influence' bos-bos  Honda Jepun untuk pindah ke Gurun, tapi sekarang dia sudah tiada lagi di Honda Sg Petani. Kedah Times nak bagitau Anuar Saffar supaya tak payah dok bawak cerita Boon Siew Honda yang kilangnya di Penang berminat nak datang ke KHTP.

EPU, Jabatan Perdana Menteri ada mengeluarkan data yang menyebut bahawa kadar pengangguran di Kedah telah menurun dari 3.8% pada 2004 kepada 3.3% pada 2008. Dan PAS mula menjaja kemerata pelusuk kampung kejayaan ini. 

Bayangkan kadar pengangguran turun sebanyak 0.5% selepas beberapa bulan saja PAS memerintah. Magik ka?

Begitulah betapa muhongnya( kata orang KEdah) kerajaan ini dan mereka anggap kita semua boleh telan apa saja yang mereka cakapkan.

Kedah seru kepada Kerajaan PAS Kedah : Bekerja lah mengikut cara Islam. Bercakap pun biarlah betul.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates