Jumaat, 12 April 2013

Belia dibawa Ke ILBAS untuk ajar skil politik

Kedah Times tertarik dengan membasmi pengangguran dikalangan Belia. Tak boleh nak bayangkan jika Kerajaan negeri hanya ingin membentuk usahawan belia sahaja untuk membasmi pengangguran. Jika semua belia dilatih menjadi usahawan, siapa pulak bakal menjadi pembelinya?

KHTP tidak langsung menarik pelaburan baru. Kawasan industri lain di Sg Petani, Kulim, Kuala Ketil, Bkt Kayu Hitam, Jitra, Alor Setar dan lain-lain tempat tidak menampakkan pertambahan pelaburan baru. Inilah sebenarnya cara terbaik mengurangkan pengangguran disampaing cara-cara yang lain. Dan kebanyakan belia Melayu gemar makan gaji samada disektor awam atau swasta. Tapi Kerajaan negeri ternyata GAGAL dalam cara ini.

Jika kita lihat di Kedah, pertubuhan-pertubuhan belia sudah wujud sebelum ini dengan banyaknya. Apa guna jika lebih banyak pertubuhan baru diwujudkan jika tiada aktiviti dilaksanakan. Tidak pernah kita dengar Exco Belia menyebut agenda sebenar beliau pun.

Kadar pengangguran mungkin turun pada 2008 kerana penghijrahan ke negeri lain yang memberi lebih peluang pekerjaan. Atau mungkin hasil tindakan 2005-2007 yang dilaksanakan menampakkan hasilnya pada 2008. Eloklah kerajaan negeri bandingkan kadar 2008 dengan kadar 2009 atau 2010 atau 2011 atau 2012.

Pengwujudan skim atau pinjaman telah lama wujud dalam pelbagai agensi kerajaan persekutuan. Jangan hanya kerana menubuh satu tabung saja sudah gah menyatakan kejayaan kerajaan negeri. Kejayaan adalah apabila kita melihat hasilnya terhadap belia, bukan kejayaan penubuhan tabung itu sendiri.

Malah ILBAS yang ditubuhkan masih lagi tidak ada yang mengkagumkan kita. Diberitahu ianya dijadikan pusat latihan untuk skil bermain politik ala PAS.

13.BELIA

a)Menyediakan pinjaman modal tanpa riba dan latihan kemahiran secara percuma kepada belia yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Keterangan:

Bagi melahirkan usahawan belia yang lebih mantap dan berdaya saing, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta pada tahun 2010 melalui pembiayaan Dana Usahawan PKNK sebagai pinjaman modal memula dan memperkembangkan perniagaan.

Latihan kemahiran turut diberikan untuk golongan belia yang berminat menceburi bidang perniagaan melalui Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS).

b)Membasmi pengangguran dengan menyediakan dasar yang mengutamakan belia Kedah dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat terpilih.

Keterangan:

Kerajaan negeri telah berusaha mengurang dan membasmi kadar pengangguran di Kedah dengan menetapkan dasar dan syarat kepada pelabur untuk mengutamakan rakyat negeri ini dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat yang melabur di Kedah.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui data yang telah dikeluarkan oleh Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Pedana Menteri iaitu kadar pengangguran di Kedah telah menurun daripada 3.8% pada 2004 kepada 3.3% pada 2008.

c)Mewujudkan Akademi Kepimpinan untuk melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan.

Keterangan:

Bagi melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan dan berkualiti, Sekretariat Belia Sejahtera telah ditubuhkan di peringkat negeri bagi merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan belia.

Selain itu, sebanyak 10 kelab/pertubuhan/NGO belia di peringkat parlimen juga telah ditubuhkan, iaitu:

a)Pertubuhan Belia Sejahtera Sg. Petani (BERANI)

b)Pertubuhan Belia Sejatera Sik (BEST)

c)Pertubuhan Bahtera Prihatin (Kuala Kedah)

d)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Terap

e)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Serai (BESTARI)

f)Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK)

g)Pertubuhan Belia Sejahtera Pokok Sena (PERSONA)

h)Persatuan Belia Fateh Kubang Pasu

i)Kelab Jerai Sejahtera

j)Bahtera Prihatin Kuala Kedah

Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) di Sg. Petani sebagai institusi melatih kepimpinan belia melalui pelbagai modul dan aktiviti sepanjang mengikuti kursus tersebut.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sudah lama berehat dari menyertai ruangan ini dan kesempatan ini diUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR&BATIN dan kepada Al-Fatihah kpd wartawan Bernama yang terbunuh di Somalia semoga ditempatkan ditempat dikalangan golongan Syuhadah dan solihin.

Berpandukan fakta yang kian mantap kini maka hikmah yang tersembunyi akhirnya ditonjolkan oleh Mat Sabu. Apa yang tersirat dan tersurat kini telahpun Allah SWT membuktikan bertapa terpesong dan bertapa jahatnya kalangan PAS. Secara terangan dan tiada beradaban mereka sebenarnya adalah dari kalangan yang terdiri daripada talibarut dan barua golongan Yahudi dan komunisma.

Kita lihat di Penang suara azan dan bacaan ayat2 suci Al-Quran tidak boleh diperkuatkan atau dikumandangkan sebagai seruan Ilahi agar ayat2nya sentiasa diperdengarkan dan diperkumangkan supaya manusia tidak lupa harga diri dan sentiasa taat patuh pada yang Maha Kuasa.

Itu baharu sahaja memerintah negeri belum lagi memerintah negara. Jika memerintah negara bukan sahaja komunis dijadikan pahlawan, malah tak mustahil agama islam digantikan dengan agama kristian sebagai agama rasmi negara. Hakikatnya pemimpin PAS kini pentingkan perut busuk meraka.

Amat berbeza dari langit dan bumi dengan ceramah mereka ini hakikatnya setiap perbuatan mereka kearah kemungkaran. Lihat sahaja bertapa rakusnya Mat Sabu menyamun wang rakyat RM 8000.00 akibat perbuatan pertualang sehingga dimasukkan ke hospital. Apakah pertualang layak mendapat kelayakan bayaran perubatan?. Caj sebenar adalah RM 5000.00 lebih sahaja tetapi yang dituntut oleh Sabu RM 8000.00. Memang jahat sungguh jahat umpama jin kafir perbuatan ini.

Jelaslah PAS sebuah parti pembohongan, pendusta, penyamun, hipokrit, sosialis, pengkianat agama dan negara, sebuah parti yang busuk hati, boneka israel dan amerika sejati serta pengkianat terperinci.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates