Isnin, 8 April 2013

Benarkah Kedah dihujani Pelaburan baru yang banyak?

Kini kerajaan pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak merasai satu kejutan apabila pelabur-pelabur asing menunjukkan minat yang luar biasa untuk melabur di negeri ini. Tiada kos 'bawah meja' dikatakan menjadi faktor utamanya.

Dalam perkembangan terbaru Kerajaan Negeri merancang menambah 450 ekar lagi kawasan pelaburan iaitu Fasa IV Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dengan nilai sebanyak RM100 juta, memandangkan fasa sedia ada tidak lagi mampu menampung kehendak pelabur yang membuat permohonan.
Penambahan Fasa IV telah dirancang pada masa pemerintahan BN setelah First Solar telah memenuhi keseluruhan kawasan di Fasa III. Jadi kawasan baru diperlukan. Fasa IV diperlukan untuk pelabur-pelabur baru yang sedang diusahakan oleh kerajaan pimpinan BN

Sebuah syarikat semi konduktor terbesar Fuji Electric Semiconductor (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan akan membuat pelaburan sebanyak kira-kira RM 1.4 Bilion lagi untuk tujuan pembangunan dan memantapkan sistem operasinya di KHTP.

Pengumumnan telah dibuat semasa pembesaran Fuji Electrics semasa pemerintahan BN cuma perlaksanaannya belum bermula lagi. Begitu juga Intel yang memindahkan sebahagian dari operasi (R&D) nya ke KHTP. Keputusan ini dbuat sebelum PR memerintah.

Sebelum itu, First Solar Incorporated mengumumkan pelaburan sebanyak AS$680 juta (RM2.2 Bilion) di kawasan yang sama. Ia dijangka akan mengwujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam bidang pengurusan, perakaunan, kejuruteraan, sumber manusia dan operasi kilang apabila keempat-empat kilangnya beroperasi sepenuhnya menjelang tahun hadapan.

Ini bukan pendatang baru. Semua ini telah diumumkan semasa First Solar membuat keputusan untuk melabur di KHTP pada zaman pemerintahan BN.

Di Langkawi Permata Kedah, sebuah syarikat asing 99' East Langkawi Living menjalin kerja sama dengan Kedah Corporation membangunkan bidang pelancongan di pulau peranginan itu. Projek bernilai RM1.9 billion itu akan dilaksanakan di Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka.

Hal ini berlawanan sama sekali dengan dakwaan sebelum pilihanraya umum ke-12 bahawa industri pelancongan, khususnya bidang perhotelan akan gulung tikar sekiranya Kerajaan Negeri bertukar tangan.

Kata-kata yang Langkawi baru sahaja dibangunkan. Sebenarnya siapa yang bangunkan Langkawi?

Sebuah syarikat swasta EDEN Incorporated Berhad telah membuat pelaburan sebanyak RM100 juta untuk membina tangki tambahan di Under Water World Langkawi.

Eden telah berada disana semenjak kerajaan BN lagi

Di bidang pertanian, sebuah syarikat dari Los Angeles iaitu H&T Seafood Incorporated melabur dalam projek ternakan ikan air tawar di Tasik Pedu. Ia melibatkan 3,000 sangkar ikan berskala besar.

Kajian mendalam perlu dilakukan kerana Tasik Pedu pernah kering sehingga kubur-kubur zaman dahului ditemui. Jangan cadangan tu berkubur di tasik Pedu sudah la.


Sebuah syarikat dari Taiwan Ocean Ranch Limited sedang membuat pelaburan di bidang ternakan ikan dalam sangkar menggunakan teknologi Norway. Projek tersebut dijalankan di Zon Industri Akuakultur di Pulau Simpang Tiga, Langkawi.

Kita tunggu dan lihat.
Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulakan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri yang lalu kini diteruskan dengan versi baru dengan tidak melibatkan pengambilan tanah sawah milik rakyat.

Kita akan lihat kerana peringkat awal cadangan ialah menambak laut tanpa menyentuh tanah rakyat. Tetapi telah ditukar kepada pengambilalihan tanah kerana kos tambakan yang tinggi. Apakah Merapoh, SKS Dev dan Trans-Peninsula bersetuju dengan cadangan baru yang kosnya lebih tinggi. Untuk pengetahuan sebuah syarikat telah memindahkan cadangan mereka ke Kuala Jerlun dan Kota Putra.

Jika dahulu pelaburan untuk ZIPY hanya berjumlah RM53 Billion, kini ianya bertambah kepada RM83 Billion, sekaligus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada sekarang bertambah.

Kos bertambah kerana kena tambak laut. Bukannya penambahan dari segi pembesaran projek atau keluasan kawasan. Bayangkan impak ke atas persekitaran marin kita?

Di samping membuka peluang pekerjaan kepada penduduk, projek mega tersebut dijangka memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM200 juta setahun.

Projek perancangan pemerintahan BN dahulu. Perancangan yang memakan masa bertahun-tahun dengan pelbagai kajian persekitaran, sosial, ekonomi dan sebagainya. Takkan boleh capai dalam amsa setahun dua sahaja!

Pelaburan asing di negeri ini dijangka akan bertambah dengan pesat pada tahun hadapan, ekoran beberapa misi perdagangan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri ke luar negara. Antaranya ke Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Harapan kita agar KHTP akan ada kilang dan kompeni baru. Serta ada pusat-pusat industri serta ekonomi baru muncul. Jangan hanya umumkan titik peluh kerajaan dulu saja.

Sila baca sambungan dibawah. Benarkan apa yang diwar-warkan oleh kerajaan Kedah sekarang?

Oleh OPAT RATTANACHOT

EKONOMI Malaysia kini sudah pulih selepas mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak 4.5 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Namun, di sebalik prestasi memberangsangkan itu, keadaan negeri Kedah pimpinan kerajaan pakatan pembangkang dilihat tidak banyak berubah.

Perbandingan pengembangan ekonomi antara negeri seperti yang didedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung baru-baru ini menunjukkan Kedah antara yang masih tidak cemerlang.

Lebih malang, prestasinya di semua sudut tercorot sehingga mempengaruhi peniaga dan pelabur mengeluh serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk 'angkat kaki' ke negeri lain.

Di kalangan rakyat jelata pula, kedengaran suara-suara merungut bahawa tiada langsung pembangunan baik dari segi fizikal ataupun usaha konkrit menjana projek baru yang menguntungkan.

Projek yang ada pun ialah pembinaan papan tanda slogan 'Kedah Sejahtera' berserta potret wajah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang melatari setiap ceruk bandar dan pekan di negeri Kedah.

Hakikat itu sebenarnya tidak dapat disangkal. Ia bukanlah satu dakwaan bersifat provokatif untuk mengelirukan pandangan rakyat terhadap kerajaan negeri pimpinan Azizan yang genap dua tahun memerintah pada 8 Mac lalu.

Bagi pemerhati ekonomi dan politik, ketidakupayaan kerajaan negeri melonjakkan Kedah benar-benar membimbangkan dan menimbulkan implikasi negatif.

Tambah merunsingkan, sejak kebelakangan ini timbul pula cakap-cakap mengenai keadaan kewangan kerajaan negeri yang tenat.

Sebab itulah, kerajaan negeri nampaknya mengambil beberapa tindakan kelam-kabut dan dalam keadaan paksa bagi mengatasi kemelut berkenaan.

Salah satu bukti terbaru ialah langkah drastik menggunakan bank untuk mengutip hutang dan sewa berjumlah RM23 juta daripada penduduk yang menghuni Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).

Bagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah, kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Pas itu masih belum berupaya melaksanakan projek-projek baru khususnya yang berkaitan pembangunan meskipun sudah dua tahun berada pada puncak pemerintahan.

Beliau berkata, perkara yang dilakukan ialah sekadar menukar nama projek-projek yang digagaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Mereka cuma tukar nama projek dan cuba menyedapkan hati rakyat dengan mengaku bahawa ia usaha kerajaan baru,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dari segi pelaburan baru pula, Ahmad Bashah memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menguruskan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) menyebabkan ia semakin ketinggalan.

Katanya, taman perindustrian yang menjadi kebanggaan Malaysia dan Kedah itu dilihat semakin terpencil, hilang daya saing serta menyumbang kepada kegagalan menarik pelaburan baru.

"Saya melihat pentadbiran KHTP sekarang amat lemah. Dahulu ia ditadbir Datuk Ahmad Shukri Tajuddin (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Technologi Park Corporation Berhad) yang begitu cekap dan mempunyai jaringan perniagaan yang baik dengan pelabur.

"Namun, sekarang KHTP diterajui seseorang yang tiada pengalaman dalam pengurusan taman perindustrian sebesar itu," katanya.

Sekarang diuruskan oleh seorang Presiden yang bernama Haji Sobri. Pengalaman: bekerja kilang Multinational di Penang.

Ahmad Bashah berkata, jarang kedengaran pengumuman oleh kerajaan negeri tentang pelaburan baru yang masuk ke situ.

"Sejak diterajui pengurusan baru, saya kurang mendengar sebarang pelaburan baru yang dibawa masuk ke situ, melainkan pengumuman tentang pelaburan yang telah masuk hasil inisiatif dan perundingan kerajaan BN dahulu," katanya.

Semakan rekod Utusan Malaysia mendapati, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, tiada pelaburan besar dicatatkan di KHTP melainkan pengeluar produk peralatan dan rawatan perubatan, LMA International N.V (LMA) dari Belanda yang bersetuju membina kilang berjumlah RM35 juta (AS $10 juta) pada Februari lalu.

Keadaan berkenaan berbeza dengan zaman pemerintahan kerajaan BN yang berjaya menarik minat para pelabur setiap suku tahun terutama daripada syarikat multinasional seperti Infineon, Intel dan First Solar bernilai berbilion ringgit.

Mengulas isu tersebut, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan kerajaan Kedah supaya mewujudkan kawasan perindustrian baru di samping meningkatkan kecekapan pengurusan kawasan sedia ada bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, langkah berkenaan perlu bagi memastikan ekonomi Kedah berkembang sejajar harapan rakyat yang mahu menikmati kemakmuran seperti yang berlaku di negeri lain.

"Sebagai anak Kedah saya ingin melihat negeri kita terus maju. Saya di kementerian boleh memberi bantuan sewajarnya bagi membolehkan ekonomi negeri terus berkembang.

"Namun, kerajaan negeri juga harus meningkatkan usaha mewujudkan persekitaran dan iklim pelaburan yang baik,'' katanya.

Mukhriz bagaimanapun mengakui, usaha menarik pelabur ke Kedah menghadapi sedikit kesukaran sejak kebelakangan ini memandangkan ia menghadapi persaingan sengit daripada kawasan lain seperti Iskandar Malaysia, Taman Teknologi Tinggi Senai di Johor selain Vietnam dan China.

Apapun, bagi membolehkan rakyat negeri Kedah menikmati kemakuran ekonomi dan taraf hidup yang lebih tinggi, bidang-bidang pembangunan seperti mengusahakan tanah terbiar, rancangan semula bandar dan peningkatan kemudahan pertanian mestilah dipergiatkan.

Usaha ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa penerapan dasar-dasar pembangunan Kerajaan Pusat yang berwawasan.

Kerajaan Kedah mestilah bersedia menghadapi cabaran dan membuktikan keupayaannya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Jika pertumbuhan ekonomi negeri berjalan dengan baik, maka barulah sejahtera rakyat Kedah.

Nota : Rencana ini diterbitkan dalam Utusan Malaysia m/s 11, Jumaat 12 Mac 2010

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kedah catat pelaburan ke-5 tertinggi



Negeri Kedah telah berjaya mencapai pelaburan keseluruhan bagi tempoh Januari hingga September 2009 sebanyak RM839 juta.

Manakala pelaburan tempatan pula berjumlah RM279.4 juta serta pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM559.8 juta.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, sehingga tempoh tersebut juga Kedah berada pada tangga kelima bagi jumlah pelaburan terbanyak dalam negara ini.



"Walaupun jumlah pelaburan bagi tiga bulan terakhir belum dikemaskini oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, namun begitu statistik ini sudah dapat membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ekonomi Kedah tidak memberangsangkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang adalah tidak benar sama sekali.



"Malahan pada bulan Disember 2009, terdapat penambahan pelaburan sebanyak RM1 bilion bagi pembesaran kilang panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada seribu orang.

"Kerajaan negeri juga sedang merangka program ekonomi yang berasaskan pertanian sebagai persediaan untuk menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian utama," katanya lagi.



Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit berkata bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menambahkan pelaburan dalam bidang pembuatan, industri minyak dan juga automotif



Hermmm . cuma umum hasil titik peluh orang saja laa. Hasil usaha sendiri bila pula?

1 comments:

pak tam kobah berkata...

inilah dinama kesinambungan....
mana yg baik kita teruskan mana yg songlap kita lupuskan....

takan naik perintah kita nak kerat rotan semua...
masuk hutan cari rotan baru...alahai pendeknya otak kamu nie.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates