Jumaat, 26 April 2013

Benarkah Mat Sabu Akan Menang Mudah di Pendang?

Keputusan Mat Sabu pelopor syiah bertanding di Pendang merupakan satu kesilapan strategi terbesar, walaupun Pendang dikatakan sebagai kerusi selamat PAS.

Walaupun memegang jawatan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu bukanlah pemimpin yang digemari oleh penyokong PAS dari golongan ulama. Penyokong tradisi PAS di Kedah lebih melihat Mat Sabu sebagai tukang pukul dan tidak  lebih dari itu, maka meletak Mat sabu sebagai calon di Perlimen Pendang merupakan satu penghinaan kepada  orang Pendang.

Bukanlah sentimen tidak suka Mat Sabu ini hanya  diperingkat  akar umbi PAS yang pro ulama sahaja, malah bukan rahsia Ustaz Azizan sendiri sangat sangat tidak suka Mat Sabu. Kalau  ada Mat Sabu, disitu pasti tidak ada Ustaz Azizan, itulah ayat ayat yang keluar dikalangan PAS Kedah.

Sokongan di Pendang semenjak dahulu adalah untuk Islam, dan Mat sabu diketahui tidak ada sijil habuk apa pun dalam bidang agama, melainkan sedikit pengetahuan tentang prosedur khalwat.

Dato' Othman Abdul
Berbanding dengan pencabarnya, Dato' Othman Abdul yang tidak berlagak ulama, tapi punya pengetahuan mendalam dalam dalam agama dan cekap dalam pentadbiran, pencalonan Mat Sabu bakal merugikan PAS satu kerusi Parlimen.

Apatah lagi, kerusi itu dirampas dari Dr. Mohd Hayati yang lebih merendah diri dan rapat dengan penduduk Pendang. Dengan hanya baru dua bulan menyewa rumah di Pendang, penduduk setempat tahu bahawa Mat sabu  akan terbang lagi sebaik saja menang kerusi P011 Pendang, dan mereka akan hanya mampu melihat ahli Parlimen mereka dari jauh sahaja. Itu saja sudah cukup untuk mereka berfikir 3 kali untuk mengundi Mat sabu.

Rakyat Pendang mungkin keluar mendengar ceramah Mat sabu, tetapi untuk memberi undi, agak sukar dan satu dilema kerana musuh Ustaz Azizan ini akan berganding dengan Mahfuz bagi menolak golongan ulama dalam PAS di Kedah.

Apatah lagi, pencabar Mat Sabu, Dato' Man adalah pemimpin yang ultra mesra dengan penduduk Pendang, mana ada orang PAS yang tak kenal dan melawak dengan Dato' Man. Dato' Man pun kenal depa.

Itulah yang dikatakan pemimpin tempatan. 

Mat sabu? Memang la semua kenal Mat Sabu, tapi Mat Sabu tak kenal pun orang Pendang!

Sebenarnya, pencalonan Mat Sabu tidak menguntungkan PAS Kedah yang mana rata-rata ahlinya adalah pro ulama.

Mat Sabu tidak mungkin menang mudah di Pendang, malah kemungkinan besar tewas ditangan orang-orang Pendang.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates