Isnin, 15 April 2013

Bodoh sangatkah ahli PAS Kedah?

PKR ialah Pakar Kelentong Rakyat. Full stop.

Kedah Times bukan nak sentuh tentang PKR atau Pakar Kelentong Rakyat tetapi nak sentuh tentang Pengerusi Kelab Golf Kulim yang terletak di KHTP, Kedah.

Yang menjadi Pengerusi Kelab tersebut ialah Saifudin Nasution. Ahli Parlimen Macang, Kelantan.  Apa kejadahnya ahli Parlimen Kelantan dilantik menjadi Pengerusi Kulim Golf Club ni? Kenapa tidak dilantik saja ahli PAS Kedah?

Atau ahli PKR Kedah?

Apakah bodoh sangat kah orang PAS Kedah sehingga nak jadi pengerusi Kulim Golf Club pun tak mampu? Atau sengaja orang PAS Kedah tak mau jadi Pengerusi kerana takut ada benda haram berlaku atau dijual di kelab?

Kalau takut sangat tentang benda haram tu, jangan jadi ahli Majlis Sg Petani atau Alor Setar. Banyak pusat karaoke, kedai arak, Pub dan pusat urut urat dan seks berleluasa. Lebih henat dari Kulim Golf Club!

Tapi pokoknya tak ada yang layakkah untuk menjadi Pengerusi Kulim Golf Club sehingga terpaksa import dari Kelantan? Tak ada anak Kedahkah yang layak sekurang-kurangnya, jika pun PAS tidak mahu terlibat dengan Kelab macam ini?

Takkan orang kuat PAS yang melalak seluruh kampung mengatakan UMNO Zalim, jahat, korup dan sebagainya yang boleh diletakkan sebagai Pengerusi?

Atau kaki-kaki golf dikalangan exco atau orang kuat PAS yang sudah mula berjinak dengan sukan Tiger Wood ini! Bolehlah bermain percuma di Kelab ini.
Tetapi yang sahnya Kedah Times nampak, PAS Kedah telah ditipu dan dikelentong oleh Pakar Kelentong Rakyat. Pakar Kelentong Rakyat ini menganggap PAS hanya orang bodoh yang boleh dibua dengan janji dan duit.

heheh memang itulah yang PAS selalu buaikan penyokongnya .... sokong PAS syurgalah tempatnya ... serah negara kepada orang luarpun  .... syurgalah tempatnya ... itu janji pemimpin PAS kepada pengikutnya ... bukan janji Kedah Times ...

3 comments:

Melayu Kupang berkata...

Itulah janji PAS dulu masa pilihanraya 12.Kalau PAS perintah Kedah Nasution Saifydin akan jadi pengerusi kat Kulim Golf Kelab.Depa dua beradik Melayu ini bijak main politik.Abang dia orang kuat Najib.Nasution kuat Pak Sheh.Macam gaji tarik pun makan.Sorong pun makan.Sapa sapa menang pun depa hidup.Melayu lain ikut loteri lah.

1 Melayu berkata...

Ada seorang Ahli DAP ,nama dia Ganaguru,dia ni towkay kedai tuak,handicap golf 23,duduk di Bedong dan ahli kelab sungai petani telah di lantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kulim Golf Kelab.Biasa bertanding di DUN BUKIT SELAMBAU dan kalah ,inilah manusia yang mentadbir GLC Kedah .Oh ada lagi ,dia pernah dilantik menjadi AHLI MAJLIS MPSP dan dah kena tendang keluar kerana bodoh dan tak tau apa apa pun .Kerajaan PAS memang haprak.

aseri abu bakar berkata...

Pasaipa depa x lantik shli psdpidpus? Kulim quota pkr ko?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates