Khamis, 18 April 2013

Calon P008 Pokok Sena : Penghapus Calon Pluralisma



Seterusnya KedahTimes perkenalkan calon P008 Pokok Sena. Calon killer yang bakal menghapuskan penyokong kuat fahaman Pluralisma yang dibawa Anwar Ibrahim.

Ayuh Pokok Sena, undia calon ini kerana kerajinan dan keakraban beliau dengan PM DS Najib. InsyaAllah Pokok Sena akan berubah dan pesat membangun. Bandar Bharu Pokok Sena bakal dipercepatkan. 


LATAR BELAKANG 

Datuk Shahlan Ismail dilahirkan di Kampung Sungai Durian, Pokok Sena, Kedah. Berkahwin dengan Datin Dr. Noralaini Binti Ismail seorang Doktor Pergigian dan dikurniakan  7 cahaya mata iaitu Khairul Aiman (30), Zatil Hanan (28), Shahidatul Qistina (21), Muhammad Syamil Faruqi (19), Alya Dalila (16) and Anis Salsabila (13)

PENDIDIKAN

Beliau Menerima Pendidikan awal di Sekolah Kebagsaan Gajah Mati, Pokok Sena (Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad), Sekolah Menengah Pokok Sena Kedah, Sekolah Menengah Sains Pengkalan Chepa Kelantan and Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian Dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Malaya

KERJAYA

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pendidikan di Sekolah Menengah Tunku Putra Baling, Kedah. Selepas itu beliau meneruskan khidmat sebagai pegawai di Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri
Kemudiannya Beliau Berkhidmat dengan penuh dedikasi bersama YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak seperti butiran berikut: 

Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan (1987–1995), 
Pegawai Khas kepada Menteri Pertahanan (1995–2000), 
Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri (2004–2008) 
Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia


.SUMBANGAN YANG DIINGATI
1. Krisis di Mesir

Semasa berlaku pergolakkan di Mesir (Arab Spring ), Shahlan Ismail telah dihantar ke Kaherah untuk menangani keadaan yang dilaksanakan Malaysia di sana. Beliau juga merupakan penyelaras bagi pemindahan pelajar Malaysia di Kaherah. Beliau bertanggungjawab untuk mengatur rancangan penerbangan bagi pelajar Malaysia untuk menyelamatkan mereka dari huru-hara ekonomi Mesir dan pentadbiran kerajaan yang lumpuh.[2].

2. 2010 Banjir Besar Di Kedah

Shahlan Ismail adalah salah seorang individu yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Jitra, Kedah, Malaysia. Di sana, beliau memulakan pengagihan 10,000 dapur untuk mangsa yang terjejas. Dapur itu ditaja oleh Proton Holding Berhad, Bank Muamalat, Bank Rakyat, kerajaan negeri Perak dan Bakti.[3].

3. Projek beras Bagi orang-orang Penan

Pada 16 Disember 2010, tiga paderi Katolik mendapati bahawa jambatan yang menghubungkan orang-orang Penan kepada penduduk utama telah dihanyutkan oleh arus kuat sungai. Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Shahlan Ismail telah dihantar ke tempat kejadian. Mereka membawa bersama mereka 2,000 kg dalam 200 beg beras untuk mangsa-mangsa tersebut.[4].


2 comments:

TMP berkata...

senang lenang dok KL nung, mai pilihanraya balik mari dok hotel jalan rata kampong nak jadi YB, dulu2 balik mari pergi market pakai topi keledar takut orang kenai kena belanja kopi. sekarang balik mari lagi, nak buat markas rumah adiknya pun tak beri. dikatanya juga undi pun takkan diberi. saipudin adiknyer pun hari2 maki umno ini. mak pak adik abang dia ni sumua tak sokong umno. nak suruh kita sokong dia. poorahhh

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ya Rabb…buka lah pintu hati orang-orang Pokok Sena untuk memilih Datuk Shahlan Ismail diPRU13 nanti sebagai wakil mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Mengetahui…ameen.
Datuk Shahlan yang saya kenali ialah seorang yang sentiasa bersedia ikhlas menolong orang-orang yang memerlukan. In sya Allah beliau akan menjadi MP yang terbaik untuk warga Pokok Sena.

Wan Rosli Abdullah

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates