Selasa, 2 April 2013

Cerita Pasal Bohong

Oleh: Tok Pauh

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. lama juga tok tak menulis perihal negeri sejahtera kita, Negeri Kedah darulaman ni. Sengaja dok perati kelaku manusia daripada yang jahil, yang alim dan juga yang dok mengaku alim dan ulama..

Dok ingat dah tua tua  ni, nak kurang campur aduk hal politik dengan kerja harian tok. Tapi bila dok tengok ramai sangat dok berbohong pada rakyat Kedah, tok kena tulis juga la.

Kali ni Tok nak cerita pasal pembohong. Sepanjang pengalaman hidup tok, banyak jumpa juga kaki bohong. Ada jenis pembohong tegar  takdak apa yang dicakap melainkan bohong belaka-belakanya. Lagi kuat dia bohong, lagi nampak sahih berita tu.

Tapi takdak satu pun yang  boleh pukui kehebatan Pengarah Penerangan PAS Kedah, kira duduk nombor wahid la dia ni..


Dia punya bohong bukan kecik kecik bohong, bohong pasal Masjid. Dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera yang menyenaraikan antara kejayaan kerajaan PAS Kedah adalah 12 Masjid TELAH DIBINA.

Selidik pi selidik mai, rupanya dalam 12 Masjid tu, semuanya dari duit kerajaan Persekutuan dan juga sumbangan orang ramai, maksudnya Kerajaan Pas Kedah punya sumbangan hanya setakat cetak buku Sayangi Kedah dan dakwa depa yang bina.

Tapi tok hormat PAS Kedah dalam soal bijaksananya depa berbohong. Bila bohong bab masjid ni, biasanya orang tak tanya dua kali dah sebab jahat atau samseng orang melayu ni, bila soal agama tak bohong.

Tapi, nampaknya keterdesakan nak pertahankan kedudukan dalam wisma melepasi jangkauan fikiran orang Kedah.

Pesan Tok: Sudah sudah la, bukan boleh dibawa ke kubur kerusi tu....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates