Ahad, 28 April 2013

DAP Parti Pelbagai kaum - Kit Siang

"DAP parti pelbagai kaum, sentiasa membuka pintu dan peluang kepada orang Melayu" Kata Kit Siang.

Tidak seperti parti-parti komponen BN yang mewakili pelbagai kaum dan tidak berselindung disebalik slogan-slogan, DAP hari ini terpaksa berhujah lagi bahawa parti itu bukan parti perkauman.

Hari ini Kit Siang terpaksa berkata sekali lagi bahawa DAP sentiasa memberi peluang kepada orang Melayu.

Macamlah orang Melayu itu dungu sangat, macam lah orang Melayu itu hanya jenis menadah telinga tidak mampu mengkaji segala perbuatan-perbuatan DAP.

Kecuali beberapa kerat Melayu inferior yang asyik menyalahkan bangsanya, perbuatan-perbuatan berikut adalah sebahagian kecil daripada tindak-tanduk DAP yang tidak mungkin menjadikan majoriti Melayu diperbodohkan Kit Siang.
 
 1. Siapakah yang tidak henti-henti menyerang institusi orang Melayu, Polis, Tentera, kehakiman, pegawai kastam, imigresen dan lain-lain dengan tuduhan rasuah, dan dalam masa yang sama mendiamkan perbuatan pemberi rasuah yang majoritinya kaum peniaga, seolah-olah golongan peniaga dari kaum beliau suci dan bersih seperti kain putih. Ini dikatakan keadilan dan keterbukaan kepada orang Melayu?

Sentiasa terbuka dan memberi peluang kepada orang Melayu
2. Parti manakah yang tidak ada satu pun Melayu terpilih kedalam jawatankuasa CEC, malah selepas auta "spreadsheet" pun Melayu yang dipilih adalah tetap Cina. Bertapa terbukanya, satu kerusi hadiah untuk Melayu pun dipastikan dapat kepada Cina juga.

3. Parti pelbagai bangsa apakah DAP, dalam kempen, dalam mesyuarat, dalam rapat umum dan hampir semua aktiviti, bahasa dan tulisan Melayu dianak-tirikan?

4. Parti pelbagai bangsa apakah DAP, apabila Teoh Beng Hock (saksi dan juga mungkin tertuduh jenayah) mati, kematian beliau ditagih setiap hari, setiap pentas, setiap perjumpaan sehingga bertahun-tahun, kononnya mati ditangan pegawai institusi yang dikuasai oleh orang melayu? Tetapi apabila berapa ramai anggota polis  yang mati ditembak penjenayah, tidak sepatah pun perkataan keluar bagi membela kematian mereka.

5. Terbukakah DAP apabila ADUN DAP Komtar, Ng Wei Aik menghina dan menghalau seorang wanita Melayu Islam dengan berkata "Berambus dari sini dan saya akan keluarkan you dari Malaysia,You tidak boleh duduk di Malaysia”, tiada tindakan diambil kepada beliau.

6. Jangan kata Melayu, kaum India pun terpinggir hingga mesyuarat Agung pun tidak dijemput. Lebih malang kaum Cina sendiri pun ditipu, apabila Kit Siang, Karpal dan beberapa kerat tukun yang sudah membentuk DAP menjadi parti anak-beranak. Seolah-olah tiada Melayu, Cina dan India lain yang layak, melainkan ahli keluarga Lim dan rakan-rakan.
 
Tak perlulah kita nyatakan siapa yang membawa penyapu dan menjerit "Malai- si..Malay-sii.." dan menghalau Melayu dari ibukota apabila mendapat sedikit kuasa.

Cuma kita ingin berpesan, kempenlah cara lain, tak perlu lah Kit Siang hendak mendakwa bahawa DAP terbuka kepada kaum Melayu, kerana itu satu penghinaan kepada kebijaksanaan orang Melayu. Kepada kaum India dan Cina pun tak terbuka, apatah lagi Melayu.
 
Papa Lim, We oso can think larr.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates