Isnin, 8 April 2013

Datuk Amiruddin Berbohong Pasal Pelaburan

YB Datuk Amiruddin Hamzah nyata telah berbohoong apabila membuat kenyataan yang tidak benar, bercanggah dengan fakta dan cuba mengelirukan rakyat. Samada fakta ini adalah berdasarkan rekaan Datuk Amiruddin ataupun disuapkan oleh penasihat berkepentingan, kami di Kedahtimes tidak dapat memastikannya, apa yang kami dapat pastikan ialah kenyataan tersebut dibawah banyak yang tidak benar, dan melibatkan angka yang besar.

1. RM4.5 Billion sejak 2008: Huraiannya ialah RM4.5 Billion itu semuanya adalah pelaburan dari syarikat First Solar yang sudah bertapak di Kulim, cuma dirasmikan oleh PAS saja iaitu beberapa bulan selepas menjadi kerajaan di Kedah, dan kemudian First Solar membesarkan kilang mereka di Kulim. Jadi ini bukan kerja kerajaan PAS, tapi hasil kerja Kerajaan terdahulu. Memang muka tak malu, cuba menggambarkan ini hasil kerja beliau. Semua orang tahu, untuk membawa masuk pelabur mengambil masa lebih setahun, jadi mustahil First Solar dibawa masuk ke Kedah hanya selepas 2 bulan menjadi kerajaan.

2. Pada 2008, Datuk Amiruddin berkata ada LIMA pelaburan baru (Baru maksudnya, tidak termasuk First Solar Company): Jika Datuk Amiruddin tidak menipu, sila namakan syarikat-syarikat tersebut dan nilai pelaburannya. Yang kami pasti, itu bukan data yang diperlolehi dari MIDA, kerana fakta itu tidak benar sama sekali, menurut penyelidikan kami.

3. Pada tahun 2009 pula, ada lagi TUJUH lagi pelabur baru masuk ke KHTP: Pembohongan paling besar. Datuk Amiruddin perlu nyatakan nama-nama pelabur baru yang masuk itu. jangankan TUJUH, kami cabar YB Datuk kemukakan TIGA dari pada TUJUH nama pelabur tersebut.

4. Untuk Tahun 2010, dalam dua bulan pertama sahaja,ada lagi dua pelaburan baru.  Pembohonagn yang mencapai tahap memualkan. Sila namakan Syarikat-syarikat tersebut wahai YB Datuk.
Kesimpulannya, mentadbir negeri bukan setakat baca laporan dari penipu-penipu yang disekeliling Datuk, sila pergi dan lawat lebih kerap ke KHTP dan kawasan-kawasan pelaburan lain di Kedah. Kalau depa bohong kata ada tujuh, Datuk suruh la depa tunjuk mana dia tujuh pelabur tu.

Nasihat kami, jangan percaya sangat orang yang kuat bercakap ni, banyak bohong daripada betul. Adalah lebih elok dirujuk kepada Ketua Pengarah MIDA, Y.Bhg. Dato' Jalilah binti Baba yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kulim Hi-Tech.

**********************************************************************************
KHTP Terima Pelaburan Lebih 4.5 Bilion Sejak 2008



ALOR SETAR, 17 Mei (Bernama) -- Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) menerima pelaburan lebih RM4.5 bilion sejak 2008 sehingga Februari 2010 dengan mewujudkan hampir 3,000 peluang pekerjaan.



Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani dan Bioteknologi Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata dalam tempoh itu, tiada pelabur sedia ada yang menarik diri, menutup operasi atau memindahkan operasi mereka ke tempat lain.

"Berdasarkan fakta MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), pada 2008 KHTP menerima lima pelaburan baru yang mewujudkan 599 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan RM2.075 bilion. Pada 2009, ketika ekonomi dunia gawat, ada tujuh pelabur baru dengan 970 peluang pekerjaan melibatkan nilai pelaburan RM961.4 juta.

"Untuk tahun ini, bagi dua bulan pertama sahaja, ada dua pelaburan baru dengan 1,382 peluang pekerjaan dan nilai pelaburan RM1.529 bilion. Pelaburan itu (2010) turut melibatkan syarikat First Solar yang mahu mengembangkan operasi sedia ada dengan pelaburan tambahan RM1 bilion.



"Ini akan melibatkan pertambahan 1,000 tenaga kerja daripada 1,500 pekerja sedia ada menjadi 2,500 orang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari Isnin.

12 comments:

life is not a fairy tale dude berkata...

Nak bawa masuk pelabur bukan sehari dua. Masa yang diambil untuk meyakinkan pelabur bukan sekejap. Jadi jangan perasan kata PAS bagus bila ianya hasil usaha kerajaan sebelumnya.

Hooliganism of DAP supporters

1 Melayu berkata...

ADUN Anak Bukit dok tengah mimpi macam Bosss dia juga,Boss dia Ustz Azizan AL Tiduri kata Daerah Yan bakal menjadi kawasan Perindustrian yang paling hebat dalam negeri Kedah ,kononnya pelabur dari Cina akan melabur RM 30 Bilion untuk membina sebuah kilang penapisan minyak didalam kawasan tersebut dan akan memberi peluang pekerjaan hampir 4,000 orang.

Dah lebih dua tahun habuk apa pun tarak ? memang sah MB Kedah dan EXCOnya kaki pembohong lagi gelembong.

wali berkata...

untuk makluman tarikh perasmian batu asas projek sulihh oleh kdymm tuanku sultan dah berapa kali diubah semenjak 2009. amiruddin senyap saja sampai tak nak bohong dah.

fantasia berkata...

apa hal dengan seltira.syer dgn khazanah milik glc kerajaan juga.selalu tukar menagment.depa tengelam timbul.kedah times cerita mai nak dengak pula.

fantasia berkata...

boleh tak kedah times tolong cerita kenapa kulim golf rugi hingga tersandar pada bank dan rumah kondo terbangkalai sekian lama semasa bn.semua ini dibawah khtp kulim.

Tanpa Nama berkata...

Fantasia,
hang tau mana kulim golf rugi dan kondo terbengkalai. Sejak bila kulim golf tu ada kondo? Hang jangan dok merapu sangat.

fantasia berkata...

tanpa nama.hangpa ngaji tak habis.aku ingat hang dok dalam gua mana aku tak pasti.cuba hang turun mai sendiri tengok.kemudian baru kata sapa merapu.sebab itu hujah hangpa pas kepak mudah sahaja.masa ada 2 tahun lebih.kena bagi smart.kalau nak menang pru 13 le.kalau dok lagu laa aku ingat tak tentu.

Tanpa Nama berkata...

Fantasia,
Apartment tu bukan Kulim Golf yang punya, sila semak dengan pengurusan depa sendiri. Setakat lalu tengok saja, tak cukup untuk buat anggapan. Toksah dok perasan bagus la.

Tapi memang hamPAS pun komen hang ni fantasia ooi.

Tanpa Nama berkata...

KT, pasai Amiruddin pemohong kata Indastri melabur lbih rm4b di Kedah semenjak 2008 yang KT highlight tuuu... kenapa dia tak jawab?.

Jika dia berpendapat kata KD yang dapat maklumat dari MIDA tu tak betul dia kena jawab laaaa... awat dia diam?. Dia kena jawab dengan fakta yang cukup lengkap.

Dalam hal ini, dia bagi kenyataan dalam Sinar 23/5. Cuba tengok. Orang ramai yang baca Sinar akan percaya, terutama puak2 PAS.

Ma'nanya ini dia, tokoh PAS yang betoi2 pemohong kapada rakyat.

Kita mahu dia jawab.

Tanpa Nama berkata...

Dengaq cegheta dalam masa terdekat ni KHTP nak buat penjelasan pasai rm4b yang palaburan asing masuk melabur di KHTP. Program tu nak buat di Holidy Villa, Alor Star.

Kita pi dengaq dan kita nak dapatkan ditailnya.

Tanpa Nama berkata...

ALOR SETAR, 17 Mei (Bernama) -- Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) menerima pelaburan lebih RM4.5 bilion sejak 2008 sehingga Februari 2010 dengan mewujudkan hampir 3,000 peluang pekerjaan.

Aku dok baca dekat 10X, kat mana Dato' Amirudin kata PAS yg bawa masuk pelabur. Tak faham B. Melayu pi belajag dkt Kit Siang atau Karpal Singh. Betullah tu semua pelaburan yg masuk sejak merdeka sampai lanie BN yg bawak. Lain drpd BN dan APCO; semua tak tau apa dan tak betoi belaka. Duit urus negara ni BN ambik dari yuran ahli Umno, bukan duit cukai yg kutip dari rakyat. Ambiklah nama kat hangpa sampai pru 13 nanti.. lepih tu pakat2 angkat bungkuih ikut Samy Vellu pi bawak diri kat Tamil Nadu bila BN kalah di Pusat.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 30 Mei 8:30pm.

Hang ni taktau baca yang tersirat langsung ka. Amiruddin tu nak habang pelaburan masuk tahun 2008 hingga 2010 tu maknanya nak habag masa pemerintahan PAS la. Tapi dia ingat rakyat semua bodoh macam hang, rakyat pun tau kata nak bawa masuk pelaburan, ambik masa lebih setahun.

Kalau hang kata Amiruddin nak habag kata kerajaan BN yang bawa masuk, hang pi cari la satu kenyataan dari Amiruddin puji kerja kerajaan BN.

Lagi pun, kalau dah kerajaan BN yang bawa masuk, apa amiruddin sibuk nak buat kenyataan, buat kenyataan hasil kerja pas sudah la.

Ex-LebaiKulup

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates