Rabu, 3 April 2013

Daulat Islam cara PAS


Tidak terlewat untuk KedahTimes ulas isu 'Islam terdaulat' dalam buku sayangi kedah Sejahtera, bila melihat keperlbagaian jawaban yang diberikan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam Kerajaan negeri kedah sekarang, maka ingin Kedah memberi serba sedikit maklumat berkaitan agar mereka-mereka yang berada di pejabat Penerangan PAS Kedah tida terus menerus berbohong kepada rakyat.

Yang menariknya MB atau exco yang berkaitan tidak berani mengeluarkan sepatahpun komen berkaitan tajuk 'Islam Berdaulat' dalam buku sayangi Kedah Sejahtera.  Hanya yang menjawab adalah mereka dari penerangan PAS sahaja. Mungkin ketua-ketua mereka ini tidak tahu tentang isu ini atau mereka telah ditipu oleh pihak-pihak yang mengeluarkan maklumat tersebut.

Jadi menjawablah hangpa. Cuma KedahTimes hanya terseyum sinis apabila semua jawaban yang diberikan hanya ibarat melepaskan anjing tersepit.

Dalam buku, kata 12 masjid dibina dibawah pemerintahan PAS. Lepas itu apabila digasak, keluarlah masjid-masjid tersebut dibina atas sumbangan individu, zakat, kerajaan negeri, persekutuan dan sebagainya. Bila digasak lagi, maka keluarlah jawapan 'tak payahlah bising-bising apabila membina masjid, kan itu untuk kebajikan'.

Peliknya mereka bising seluruh Kedah mengatakan yang mereka mendaulatkan Islam dengan menunjukkan 12 senari masjid yang dibina. Walhal satu sen pun tak keluar duit, tapi hebah seluruh KEdah yang inilah usaha mereka.

Berbohong dan memutarbelitkan fakta adalah kerja PAS. Setahu KedahTimes, PAS meruntuhkan madrasah ada laa. Membina tiada.

Inilah cara Islam didaulatkan di Kedah oleh PAS. Daulat dengan hanya bercakap tetapi yang sedihnya cakappun berbohong.

Dasar munafik ...

" SAVEKEDAH " - SELAMATKAN KEDAH

Isu dakwaan Kerajaan PAS membina 12 buah mesjid masih belum reda dan Editor Buletin 'SAYANGI KEDAH SEJAHTERA' saudara Zulkifli Yahaya masih mempertahankan penulisannya dan kali ini dia kata wang rakyat dan para dermawan serta Kerajaan Negeri yang memberi sumbangan untuk membina mesjid mesjid tersebut. Kita sertakan rekod Jabatan Pembangunan Negeri majoriti wang adalah dari peruntukan Kerajaan Persekutuan,pecahan seperti berikut:

1.Mesjid Bandar Laguna RM 1.8 Juta.
2.Mesjid Kg Sungkup RM 1.8 Juta
3.Mesjid Taman Mutiara RM 2 Juta
4.Mesjid Taman Bersatu RM 1.5 Juta
5.Mesjid Taman Peruda RM 2.5 Juta
6.Mesjid Bandar Puteri Jaya RM 2.25 Juta
7.Mesjid Telaga Batu RM 1.5 Juta
8.Mesjid Bandar Baru RM 5 Juta
9.Mesjid Kg Nawa,Pokok Sena RM 1.8 Juta
10.Mesjid Kg Batu Belachan RM 1.3 Juta
11.Mesjid Batu 8 ,Sik sumbangan seorang dermawan

Disamping memberi peruntukan sebanyak RM 100 Juta bagi membina 22 buah mesjid Kerajaan Persekutuan juga memberi peruntukan sabanyak RM 50 Juta setahun untuk bayar elaun Imam imam mesjid dan guru guru KAFA.

Saudara Zulkifli Yahaya mohon nyatakan berapa banyak sumbangan Kerajaan Negeri Kedah untuk membina mesjid dan membayar elaun Imam dan guru KAFA.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates