Isnin, 8 April 2013

Fakta Pelaburan Di KHTP

YB Datuk Amiruddin Hamzah EXCO Kerajaan Negeri Kedah telah membuat kenyataan akhbar berkenaan pelaburan di KHTP,dan bunyinya macam Kerajaan PR yang membawa masuk semua pelaburan tersebut, Kedah Times telah menyemak dengan MIDA dan telah mendapat gambaran yang cukup jelas berkenaan siapa yang sebenarnya bertanggungjawab membawa masuk pelaburan ke KHTP.

Berikut ialah butir butir terperinci pelaburan domestik dan luar negara yang diperolehi :

1. 2004 = RM 4.6 Billion
2. 2005 = RM 1.23 B
3. 2006 = RM 1.55 B
4. 2007 = RM 2.93 B
5. 2008 = RM 2.07 B
6. 2009 = RM 961 Million
7. 2010 = RM 1.53 B
Jumlah = RM 14.871 B

Dari jumlah pelaburan yang tersebut diatas ianya telah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah dan juga rakyat dari negeri negeri lain dengan begitu banyak sekali, pechahan seperti berikut :

1. 2004 = 2090 orang
2. 2005 = 3193 orang
3. 2006 = 845 orang
4. 2007 = 1549 orang
5. 2008 = 599 orang
6. 2009 = 970 orang
7. 2010 = 1382 orang
Jumlah =10,628 orang
Semua Pelabur domestik atau Antarabangsa dibawa masuk ke KHTP oleh Kerajaan Barisan Nasional, pegawai dan kakitangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah bertungkus lumus dan bekerja dengan komited untuk meyakinkan pelabur untuk melabur di KHTP. Kerajaan PR hanya menumpang pada kejayaan Kerajaan Barisan Nasional dan yang jelas lagi nyata ialah Kerajaan PR tidak membuat apa-apa langsung untuk mencari pelabur baru.

Ini kes LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA

1Melayu

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Jadi, mulai 2008 hingga 2010 pelaburan yang masuk ka Kedah berjumlah 4.5B bukan lah Kerajaan PR/PAS. 2 tahun lebih hutan ditebas tebang oleh Kerajaan BN, lepas 2 tahun Kerajaan PR/PAS mengaku depa yang usaha bawa masuk.

Sedangkan usaha bertungkus lumus oleh Pegawa MIDA, belum tentu lagi hasilnya. Runding demi rundng paling cepat hampir 3 tahun akan selesai dan pelabur asing masuk memulakan oprasi pembinaan klang dsbnya untuk dapat pula beroprasi pengeluarannya.

Ini ceita proses kemasukan pelabur asing.

Amiruddin, awat hang ingat orang lain bodoh ka, yang hang nak cerita kata sejak PR/PAS perintah, menghasilkan kemasukan indastri di KHTP sampai 4Bilion lebih.

Hang pi cakap dengan berok2 bodoh yang sokong hang di Anak Bukit boleh lah. Yang sokong BN dalam kawasan hang, walau di Padang Hang pun, sampai mampoih pun depa tak akan percaya. Awat, inngat hang Insinyor semua orang boleh percaya kat han ka?

Tanpa Nama berkata...

Mulai sekarang elok kita mulakan siasatan Kedah Copration GLC di bawah MBI yang melesapkan rm4juta wang rakyat dan melabur di PNG atas urusan membalak, maca Kikdefela siasat menantu Nik Aziz di Kelantan.

Dengan cerita Ustaz Azizan ada tandatangan perjanjian (bukan MOU) dengan sabuah syarikat untuk urusan perniagaan ini. Kerana tidak berhasil, CEO KCB hilang tak tahu kemana dan KCB katanya dah gulung tikaq.

Jom pi siasat.....!!!!

Tanpa Nama berkata...

Orang yang benar-benar bertanggung jawab membawa masuk pelaburan asing itu rasanya ialah TDM. Kerajaan BN sebelum ini pun tak sebanyak mana peranannya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates