Rabu, 3 April 2013

HARAKAH: Suara Pembohong

KedahTimes sudah berkali-kali menceritakan tentang KUIN. Apa tujuan KUIN ditubuhkan. 

Nampaknya PAS tidak mahu belajar atau sekurang-kurangnya dengar apa orang kata. Tetapi beginilah PAS, media arus perdana mereka tak baca, berita di TV tidak ditonton, blog pro kerajaan tidak disentuh sebaliknya asyik memberi komen yang sama saja .... bohong, konspirasi, tipu dan sebagainya.

Akibatnya, bila menjawab, mereka merapu, tiada fakta dan bakal digelakkan oleh pihak lawan.  Dan terkini dengan amat jijik sekali Harakah menegakkan perkara yang tidak benar sekali. Berbohong dengan pembaca mereka sendiri.

KUIN: Artikel Harakah disanggah

INSAN TULIS@JAZAN
Alor Setar, Kedah.

ARTIKEL berkenaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di dalam edisi Harakah (bercetak) edisi 22-24 Mac 2013 di bawah tajuk Bukti salah urus Kedah di bawah BN adalah disanggah sama sekali.

Di dalam artikel tersebut, penulis secara melulu telah menyenaraikan tujuh perkara berkenaan KUIN yang boleh menimbulkan persoalan demi persoalan.

Berikut disenaraikan semula tujuh perkara yang telah ditulis oleh akhbar propembangkang tersebut beserta tujuh jawapan agar para pembaca boleh menilai sejauh mana KUIN telah berjaya menjadi sebuah universiti Islam terunggul di Malaysia di bawah pakatan rakyat.

1. Tidak pernah diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan UMNO- BN dahulu.

Jawapan: Kolej Universiti Insaniah merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan hasil penat lelah para pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Negeri Kedah. Sudah tentulah kerajaan yang telah menubuhkan institusi ini akan memberi sepenuh perhatian kerana yakin bahawa KUIN akan menjadi sebuah institusi Islam terunggul di seluruh dunia. Mungkin penulis tersebut lupa bahawa KUIN telah dinaik taraf sebagai sebuah Kolej Universiti pada zaman kerajaan UMNO-BN pada tahun 2006. Adakah ini yang dikatakan tidak diberi perhatian yang sewajarnya? Mengapa sejarah tersebut cuba dipadamkan oleh pimpinan Pas?

2. Sejak ditubuhkan 1994 hingga 2008, kekal dengan tujuh program pengajian.

Perkara inilah yang sentiasa didendang oleh kepemimpinan Pas bahawa mereka telah menubuhkan sehingga 48 program selepas mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi KUIN.

Asas penubuhan KUIN adalah program yang berteraskan Islam seperti Al-Quran, Bahasa Arab, Syariah dan Usulluddin. Ketiga-tiga program ini telah mencatatkan peningkatan jumlah kemasukan pelajar yang tinggi berbanding program yang baru ditubuhkan. Ditambah pula, program-program baru tersebut tidak mempunyai pelajar langsung ataupun jumlah pelajar yang terlalu sedikit. Sudah tentulah KUIN akan terbeban dengan masalah kewangan dari segi penyediaan kemudahan dan pembayaran gaji para pensyarah.

3. Malah pernah beberapa kali ura-ura untuk ditutup atau diserah kepada pihak lain.

Kenyataan yang pelik dan hairan ini sebenarnya menunjukkan tahap kedunguan penulis berkenaan KUIN. Janganlah tulis tanpa bersandarkan maklumat yang kukuh dan jelas. Tanyalah kepada para kakitangan yang telah berkhidmat lama dengan KUIN bahawa tiada satu ayat pun menyatakan bahawa KUIN akan ditutup pada pemerintahan BN. Sebenarnya isu penjualan ini timbul pada masa pemerintahan sekarang apabila salah seorang usahawan Malaysia dari Turki (rakan baik MB Azizan) berhasrat untuk membeli KUIN setelah menyedari bahawa universiti ini sedang bergelut dengan masalah kewangan yang sangat meruncing. Tidak perlu untuk mangalih isu yang sudah diketahui umum.

4. Bangunan kampus di Mergong kekal disewa.



Bangunan ini tidak disewa daripada mana-mana syarikat. Kempat-empat blok bangunan di Mergong adalah milik KUIN hasil daripada kebijaksanaan pemimpin terdahulu untuk melihat keselesaan pelajar dan pensyarah menimba ilmu di sini.

5. Di bawah pakatan rakyat, KUIN diberi nafas bertenaga, program pengajian ditambah sehingga kini 47 program dari asasi hingga doktor falsafah.

Benarkah KUIN diberi nafas baru dengan pertambahan program baru sehingga mencapai 47 program. Berapa banyakkah jumlah pelajar yang memasuki KUIN untuk 47 program baru tersebut? Hakikatnya pertambahan ini bukanlah sesuatu yang indah tetapi menyusahkan banyak pihak termasuklah kakitangan, para pelajar dan ibu bapa. Tanyalah kepada warga KUIN, adakah mereka berpuas hati dengan pertambahan program tersebut? Senaraikan statistik terbaru kemasukan pelajar berkenaan program tersebut agar masyarakat tahu sejauh mana hebatnya KUIN ketika ditadbir oleh pakatan rakyat yang kononnya telah diberi nafas baru.

6. Kampus tetap baru dibina di Kuala Ketil, kos RM330 juta menerusi pinjaman bank.

Terlalu banyak masalah yang berkaitan Kampus Baru Kuala Ketil untuk diperbincangkan. Cukuplah sekadar menyatakan bahawa perpindahan ke Kuala Ketil telah dibuat secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira keperluan pelajar dan staf. Ketiadaan asrama, perumahan staf dan masjid menjadikan kampus ini hanya gah di luar tetapi kosong di dalamnya.

7. Kacau-ganggu diteruskan terhadap KUIN sehingga hari ini.


Adakah potongan gaji melalui majikan yang tidak sampai kepada pihak ketiga seperti KWSP, insurans dan segala bentuk pinjaman ditafsirkan kacau-ganggu terhadap KUIN?

Persoalannya, mengapakah apabila kakitangan menuntut hak ditafsir negatif oleh pakatan rakyat? Percayalah bahawa sekiranya hak ini tidak diganggu, sudah tentulah perjalanan KUIN akan lancar tanpa ada sebarang masalah. Sudahlah 13 peratus yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan kepada kakitangan awam tidak dibayar, bonus pula tidak kedengaran langsung menyebabkan kakitangan berasa menyesal menyokong pakatan rakyat.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates