Khamis, 11 April 2013

Honda Boon Siew

Kali ini Kedah Times nak lagi sikit dari ehwal politik. tetapi nak cerita sikit pasal seorang yang pernah diceritakan oleh Kedah Times berkaitan dengan lawatan ke luar negara, pembelian water jet di KHTP dan beberapa isu yang dipaparkan disini. Ianya juga ada ditulis disini.

Pada satu masa beliau sibuk membawa isu berkaitan dengan sebuah syarikat dari Jepun yang sangat berminat untuk datang melabur di KHTP. Katanya sudah 4 kali syarikat otomotif tersebut datang merayu untuk membina kilang di KHTP. Syarikat ini katanya ingin membeli 65 ekar tapak untuk pembinaan kilang barunya di KHTP. Jadi beliau pun membawa isu kepada Exco Industri dan Pelaburan untuk diberi perhatian. 

Mungkin agaknya nak tunjuk beliaulah membawa syarikat ini untuk melabur atau syarikat ini datang merayu kepada beliau untuk melabur di KHTP.

Waduh waduh Tuan Haji Anuar Safar. Terus terang Kedah Times katakan janganlah nak bodek sangat exco tu sehingga sebuah syarikat yang tidak layak untuk masuk ke KHTP pun nak diminta supaya di'consider' untuk diluluskan melabur di taman hitech ini.

Mai sikit Kedah Times cerita apa sebenarnya yang berlaku.

Syarikat yang tuan Haji maksudkan itu ialah sebuah syarikat pembuatan motosikal. Nama asalnya HONDA BOO SIEW. Kilang pemasangan ini berada di Penang. 

Selepas kematian Boon Siew, kilang ini telah diambilalih sepenuhnya oleh Honda Jepun. Ianya tiada kaitan lagi dengan Boon Siew. Maksudnya sahama ahli keluarga Boon Siew tiada lagi dalam syarikat ini.

Diwaktu pemerintahan kerajaan BN, CEO Hicom-Honda Sg Petani telah diminta untuk mencari satu tapak baru untuk tapak baru kilang ini. Penang berminat untuk Honda ini terus berada di Penang, tetapi Honda Jepun lebih percaya kepada CEO Hicom-Honda Sg Petani untuk uruskan mendapat tapak baru.

Hasil perbincangan, tapak yang sesuai yang agak luas ialah di Gurun kerana Gurun merupakan pusat otomotif Kedah. Walaubagaimanapun keluasan yang diperlukan memerlukan PKNK membeli tanah milik Sime Darby yang bersebelahan dengan Pusat Otomotof Gurun ini. Masa yang diperlukan untuk ambilalih agak lama dan juga memerlukan kos yang tinggi.

Sehingga kini syarikat ini masih mencari tapak sesuai. Mungkin jika kerajaan negeri sekarang dapat mencari tapak sesuai berhampiran Honda Sg Petani atau Modenas Gurun, syarikat ini mungkin akan datang ke Kedah. Tetapi untuk memasuki KHTP adalah amat tidak tepat kerana KHTP hanya untuk Hi Tech Industry, bukannya untuk pelaburan pemasangan motor. Jika hendak juga di Kulim, mungkin boleh dicadangkan bersebelahan INOKOM di kawasan perusahaan Pdg Meha, Kulim.

Tapi dek mungkin kerana nak nama, maka Si Tuan Haji ini cadang juga untuk kepada Kerajaan negeri untuk diberi kelonggaran masuk KHTP. 

Tuan Haji, sudah bertahun tuan haji cari makan di kawasan ini, masih tak faham lagi ka yang Kulim Hitech hanya untuk yang berteknologi Tinggi, bukan hanya untuk pemasangan semata-mata. 

Tuan Haji dan Mr Presiden KHTP bijak, bawa la masuk pelaburan baru bernilai bilion ringgit yang betul-betul berteknologi tinggi. Mungkin AMD, APPLE, IBM atau mana-mana syarikat Biotek yang hebat dari India atau Silicon valley. Tak usah dok jaja sayrikat pemasangan yang sudah lama berminat untuk datang ke Kedah tetapi tidak ada tapak sesuai; sebaliknya Tuan Haji nak bawa masuk ke KHTP.


Lagi satu laa, malu juga saya kalau asyik dok tunjuk pelaburan tambahan FSM saja yang berjumlah billion tu. Mana dia hasil lobby tuan Presiden and Group yang datang dan melabur berbillion di KHTP. pembesaran kawasan KHTP sepatutnya datang dengan pelaburan baru. Bukannya berbangga dengan pertambahan keluasan kawasan KHTP fasa 4 tu.

Kedah Times masih menunggu satu pelaburan high impact yang datang ke KHTP hasil dari usaha Tuan Presiden dan orang kuat Hj Anuar. Itupun kalau Mr Presiden tak malu nak pergi jumpa Mustapa Mohamed atau Mukhriz.

Selamat berseronok dengan angka la tuan Presiden ....

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tn Hj Anuar Mohd Safar dulu tak guna pun title masa dgn Datuk Shukri, la ni tiba-tiba guna THAMS pulak. Abang ipar dia kamceng dengan Amirudin, tu la dia action sikit. Dia ada banyak kroni di KTPC & KTMSB. Cuba selidik nama Mokhtar, Shaliza, Shiraz, Alfa, Hj Zaidi CREST. Ada banyak cerita dia, tapi tak diendahkan oleh Hj Sobri sebab THAMS sokong THMSO. Dulu pun Anuar Safar ni guna Sabrina Ketua PU3 Kulim utk kaih Datuk Shukri, tapi tak berjaya kerana Datuk Shukri pun ada survival skill yang tinggi jugak. Hj Sobri tak tau la apa skill yg dia ada utk tahan cubaan ni?

orekuatabenuar berkata...

aku nie tk berapa setuju hampa bedal abang aku nie haji anuar. dia baguih. aku tau la aku dah lama ikut follow dia , dia ajak makan kat VS aku follow, dia ajak pi Bawai Goreng aku follow, dia ajak pi EQ, aku follow dia mmg suka makan so kami yg memang dok support dia nie tk dak masalah, ikut saja janji boleh makan sambillayan dia borak, kalau dia pi oversea,kami ada jugak chance dapat buahtangan. kami sokong dia so dia pun sokong kami kalau kami nak minta naik gaji ka, minta jadi permanent staff ka, minta pi jalan oversea ka. at least kalau kami buat silap ada jugak top boss cover kami.. tak gitu abe Anuar.. kawe sini sokong mu abe nuarr..tapi esok bila abe nuar dah lingkup.. kawe sokong ore len pulak.. huhuhu.. kawe nie kan lalangg..lalalalala

Tanpa Nama berkata...

'Untuk Mr Presiden KHTP pula, Kedah Times tahu siapa di MMU yang tuan Presiden selalu hubungi untuk adakan JV. Dulu di MIDA senangla dapat maklumat pelaburan luar yang bakal masuk, tapi kini tiada lagi. Sumber dalamn sudah berada di MMU . . . boleh la kot buat JV berkaitan Pendidikan!'

Woi, ni sapa pulak yang abang Tn Hj dok contact ni? Tolong la bagi tau kat kami. Kedah Times ni nak buat saspen pulak. Lagi satu JV ni kalau satu sama satu boleh ka, laki dgn pompuan?

Tanpa Nama berkata...

Aku tak heran pasai THAMS ni sebab dari keperibadiannya dia ni memang mengejar ganjaran untuk diri sendiri tak kiralah dari segi kedudukan, wang ringgit, harta benda, nikmat dunia sperti melancong, makan yang mewah2 dan keduniaan. Dia akan buat apa saja demi kepentingan dirinya. Jgn terkejut pulak dia buang gelaran TH (Tuan Haji) bila kalih Kedah ke BN nanti. Tapi kalu BN menang segala onar dan tingkah lakunya akan ditelanjangkan bulat2 bagi menampakkan betapa badannya yang nampak gebu tu sebenarnya penuh dgn kurap dan kudis dosa-dosanya selama ini!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya Melayu balik pulau sangat sedih dengan kerajaan dap yg bersungguh2 melambakkn rumah mewah di seluruh Penang bagi menghalau Melayu sambil kampung Melayu ditarah.
Francis Light tidak pernah memenuhi syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah yang ditandatangani antara kedua-dua pihak pada tahun 1876. Setelah tidak berhasil mendapatkan Pulau Pinang, Sultan Kedah telah dipaksa untuk menandatangani satu lagi perjanjian pada tahun 1791 yang telah menyaksikan pengambilan secara rasmi Pulau Pinang oleh British. Perjanjian yg sudah lama terbatal. British tidak pernah mempertahankan kedah dari serangan Siam seperti dijanjikan. Sudah sampai masa kedah menuntut kembali Penang.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates