Isnin, 8 April 2013

Ikrar : Bila calon PR nak tandatangan?


Tahniah Kedahtimes ucapkan kepada Datu Mukhriz kerana orang pertama selepas PM menandatangani ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.

Ini sebagai contoh bahawa calon BN menerimapakai apa saja cadangan untuk kebaikan pilihanraya kita.

Cuma kita nak tengok puak-puak pembangkang, adakah mereka sanggup tandatangani Ikrar ini? Yang bercakap berdegar-degar tentang integriti ialah mereka. Jadi kenapa tak berlumba-lumba untuk tandatangan ikrar ini?

Walk the talk la puak-puak PR. Ikut cara Datuk Mukhriz dan PM. Awal-awal lagi mereka tandatangan ikrar ini.

So hangpa bila pulak?

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjadi menteri pertama menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Tranparency International selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menyifatkan aku janji ketelusan pilihan raya itu sebagai sesuatu yang penting kerana setiap warga Malaysia inginkan proses pilihan raya yang berjalan lancar, bebas daripada sebarang unsur-unsur salah guna kuasa dan rasuah.

"Bukan niat saya untuk menandatangani ikrar ini agar saya boleh menawarkan diri sebagai calon tetapi kerana saya rasa ia adalah sesuatu yang penting. Tidak ada masalah jika nama saya tiba-tiba digugurkan," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Mukhriz berkata beliau melihat aku janji itu sebagai satu usaha yang seiring dengan kepercayaannya selama ini, dan berpendapat integriti adalah nilai murni yang perlu diutamakan dalam segala aspek kehidupan, lebih-lebih lagi proses demokrasi.

Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata manifesto negeri itu sudah 95 peratus siap dengan fokus pertama ialah ekonomi.

"Kita mahu ekonomi Kedah melonjak ke tahap yang lebih membanggakan dan memberi lebih banyak peluang kepada rakyatnya," katanya.

Beliau juga berkata BN Kedah akan memastikan tumpuan diberi kepada kehendak atau keperluan setiap segmen masyarakat seperti belia, peniaga, wanita dan orang kelainan upaya.

"Kita telah banyak berjumpa dengan kumpulan ini untuk mendapat maklum balas daripada mereka, dan mereka telah banyak mengemukakan idea yang bernas, yang mana kita telah masukkan ke dalam manifesto kita," katanya.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata BN Kedah akan memastikan tiada pertindihan intipati manifesto negeri dengan yang di peringkat nasional.

-- BERNAMA--

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates