Isnin, 8 April 2013

Isu kecil pun kena Menteri selesaikan juga ka?

Pada 17 Mei 2009, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Ketua Eksekutif NCIA Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini, dan pegawai-pegawai pengurusan kanan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telah melawat Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di Kedah. Lawatan ini merupakan kunjungan pertama oleh Tan Sri Nor ke KHTP, dan yang kedua bagi Dato’ Seri Annuar.

Semasa lawatan pertama Dato' Seri Annuar pada Disember 2008, beberapa isu terutamanya yang melibatkan ciri-ciri keselamatan, telah dibangkitkan oleh para pelabur melalui Persatuan Penyewa Taman Industri Kulim (KITA). Dato' Seri Annuar telah mengambil tindakan segera untuk membawa perkara tersebut ke perhatian pejabat Perdana Menteri serta jawatankuasa pengurusan NCIA.

Tujuan lawatan pertama Tan Sri Nor ke KHTP ini adalah untuk menemui sendiri penyewa utama dan mengunjungi tapak syarikat seperti Intel, Infineon, Silterra dan Perbadanan Taman Teknologi Kulim (KTPC). Dalam persidangan meja bulat yang diadakan, beberapa isu telah dibincangkan seperti membangunkan prasarana bagi perkhidmatan bekalan elektrik dan pengagihan air yang mampan serta meningkatkan pembangunan modal insan.

Susulan daripada perbincangan tersebut, beberapa projek telah diluluskan dan beberapa resolusi telah dicapai, antaranya:

Membina sebuah stesen polis di Taman Teknologi Tinggi Kulim
Menubuhkan Jabatan Bomba HAZMAT (Bahan Berbahaya)
Menubuhkan Unit Pengendalian Kimia Hospital Kulim
Menambah peruntukan dan kakitangan polis, bomba dan perkhidmatan hospital

Secara keseluruhannya, lawatan berkenaan dianggap berjaya mencapai objektifnya di mana peserta berpuas hati dengan kemajuan pembangunan di KHTP, serta kerjasama yang ditunjukkan antara NCIA dan EPU dalam menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.

Yang menjadi persoalan kenapa isu-isu kecil sebegini tidak dapat diselesaikan oleh pengurusan KHTP selepas beberapa tahun mengambilalih secara kotor pengurusan dan Dato' Shukri? Bukankah Presiden baru adalah orang yang katanya amat berpengaman dengan syarikat Multinasional? Bagaimana puna dengan ketua kewangan yang katanya amat berpengalaman dengan bidang pengurusan bank?

Sebagai seorang yang dikatakan lebih baik dari Dato Shukri, maka isu-isu sekecil ini tidak perlulah KITA membawanya kepada seorang Menteri Penuh. Ianya boleh diselesaikan dalam perjumpaan KITA dengan pengurusan KHTP yang sentiasa diadakan. ATAU tiada perjumpaan diadakan antara KITA dengan pengurusan KHTP semenjak Presiden baru ambil alih?

Kita tidak dapat bayangkan bagaimana mereka dapat menguruskan isu-isu yang lebih besar sedangkan isu ciri-ciri keselamatan (isu tempatan) ini tidak dapat diuruskan.

Kita juga masih menunggu untuk mendengar berita gembira tentang kedatangan pelabur baru yang bernilai bilion ringgit datang ke KHTP. Tapi sehigga kini setelah 2 tahun menguruskan KHTP, tiada kedengaran pun.

Penyakit kelemahan pengurusan telah berjangkit sehingga ke KHTP. Baru-baru heboh tentang kegagaan pengurusan Pejabat MB dan SADA untuk menguruskan masalah kualiti serta tekanan air rendah dibeberapa kawasan. Dan tidak lupa masalah air ini berjangkit sehingga ke KHTP dimana PAM air yang tidak di 'urus' dengan baik telah mengakibatkan takongan air untuk KHTP telah kering. Begitu juga kualiti air yang amat teruk kerana didapati karbon yang berlebihan didalam air.

Nampaknya pengurusan tertinggi KTPC makan gaji buta. Yang ada cuma asyik menyalahkan pengurusan yang lalu. Ketua yang bijak tidak akan sesekali menyalahkan pengurusan yang alu sebaliknya memperbaiki serta menambahbaik apa yang perlu.

Sayang sekali KTPC bukanlah sebuah syarikat awam. Jika tidak kita boleh lah juga dengar berapa profit yang KTPC dapat pada hujung tahun atau setiap suku tahun.

Malang sekali KHTP mendapat Pengurusan yang hanya pandai bercakap dan pandai menyalahkan orang lain demi menutup kelemahan mereka.

Inilah sebenar sikap penyokong-penyokong PAS. Bapa borek anak rintik ..... MB Tidur, anak-anak pun tidur 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates