Khamis, 11 April 2013

Jangan biar anjing menggigit tangan pemberi makan!


Tulisan Kedah Times berkaitan pertambahan saiz KHTP dari 3 ribu ekar kepada 10 ribu ekar mendapat satu komen menarik. Pembesar-pembesar KTPC kini menjilat semula ludah yang mereka hamburkan satu masa dulu. Semua yang kerajaan buat tak betul. Mereka lebih hebat dari CEO KTPC yang ada dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...
Aku agak berdasarkan apa yang aku tahu dari member-member aku di KHTP, duit tu mai dari EPU, Putrajaya. Dulu katanya Mr President aka Mat Romeo ni pernah kata depan Datuk Shukri bahawa "kita mesti keluar dari mentaliti bergantung kepada Kerajaan Pusat" pada mesyuarat November 2008. Ini pun adalah kawan aku nun di KHTP dok mai cerita. Alih-alih si mamat Anuar Safar, Awang dan Fitri pi jugak mengadap EPU mintak geran, nak tukar pinjaman jadi geranlah dan macam-macam lagi. Tu la khabarnya saban minggu ada saja geng Hajees ni pi KL, dalam istilah depa 'pi ligan geran'. Tapi EPU bawah Tan Sri Nor akan hold sebab Mr Presiden tak perform. Jangan salahkan EPU kalau hangpa tak dapat geran. Dulu hampa halau Datuk Shukri dan kata yang dia suruh Kerajaan Pusat ambil alih KHTP. La ni tak malu mintak geran kat EPU. Jangan la dok kata yang itu hak hampa. Sebenaqnya lima duit pun bukan Kerajaan Negeri punya kerana KHTP dibiayai sepenuhnya pembangunan infrastruktur oleh Kerajaan Persekutuan


Komen ini serba sedikit memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Kedah Times. Dimana nak dapat duit untuk proses pengambilalihan tanah tersebut dari MPK? Adakah kerajaan negeri ada duit yang cukup? Apakah PKNK yang disebut tidak pernah rugi sejak 2008 mempunyai dana untuk tujuan tersebut?

Ataupun ada GLC lain seperti BDB atau Kedah Sato atau Seri Temim atau KTPC sendiri mempunyai dana yang diperlukan? 

Berapakah jumlah sebenar yang diperlukan untuk pengambil-alihan tersebut.

Sebelum itu, Tuan Haji Sobri, Kedah Times mempunyai banyak maklumat tentang KHTP. Yang confirmnya Kedah Times tidak terlibatpun dengan sesiapa di KTPC. Staf di KTPC adalah professional. Mereka tiada kaitan dengan Kedah Times.

Maka tak perlulah mengeluarkan memo larangan tersebut. Yang asyik membocorkan rahsia dalam syarikat ini selalunya pengikut PAS sendiri. Jadi tengok-tengoklah totok PAS yang berada dalam KTPC tu sama.

Kembali kepada komen pembaca berkaitan dimana duit akan diperolehi, maka pemberi adalah tepat dalam dalam menamakan pemberi dana. Ianya semestinya dari EPU atau Kerajaan Persekutuan. Kerajaan yang sangat dimarahi oleh Haji Sobri.

KTPC memohon peruntukan pembiayaan melalui PKNK dari kerajaan negeri dan difahamkan sebanyak 120Juta telah diterima oleh kerajaan negeri untuk tujuan tersebut. Kalau nak harapkan duit kerajaan negeri, maka tunggulah sehingga PAS kalah! Duit ini adalah dari belanjawan RMK 9. Lagi satu 120 Juta ini adalah banyak, tertanya-tanya pulak dimana duit itu sekarang kerana proses belum siap lagi?

120 Juta hanyalah untuk pengambilalihan tanah, ini tidak termasuk penyediaan infrastruktur.

Maka Haj Sobri, Presiden KTPC yang pernah berhasrat untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir dan juga berhasrat utnuk bertanya Tun Dr Mahathir soalan ' kenapa Tun Dr Mahathir tubuh KHTP', terpaksa melutut kepada kerajaan BN sekali lagi.

Inilah Presiden yang muka berkulit biawak yang satu ketika menghentam kerajaan persekutuan di ceramah-ceramah atau program PAS, tetapi bila masuk kawasan KHTP terpaska melutut kepada kerajaan persekutuan untuk dapatkan duit. Jika marah sangat kepada kerajaan persekutuan, mintalah duit balak yang banyak ditebang di Teloi, Pedu dan Gunung Inas yang saban hari diangkut ke Kuala Nerang atau Sg Petani. Tak payah dok melutut kepada EPU aka Kerajaan Persekutuan.

Untuk infrastruktur Fasa 4 saja dijangkakan sebanyak RM107 Juta diperlukan. 

Kedah Times menyarankan agar EPU atau Kerajaan Persekutuan memberi kontrak-kontrak infrastruktur ini kepada kontraktor-kontraktor berwibawa yang dipilih oleh kerajaan pusat. Kerana pada pendapat Kedah Times, duit ini akan digunakan untuk menjamu kontraktor-kontraktor PAS yang satu hari bakal menggunakan duit tersebut untuk menghantam kerajaan BN.

Sudah sampai masanya kerajaan Pusat menguruskan sendiri semua projek atau kemudahan KHTP. Jangan terlalu berlembut dengan hanya menyalurkan saja duit tanpa mengetahui kepada siapa projek atau kontrak diberi.

Kedah Times tidak membantah pembangunan di Kedah tetapi ianya mestilah selari dengan aspirasi kerajaan persekutuan. Kita tidak mahu anjing diberi makan menggigit tangan tuan di belakang hari.

Kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan..

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul kata Kedah Times ni. Tengok kes drebar Hj Sobri yang sapu duit tu, orang PAS totok jugak, teman surau Haji jugak. Yang lagi hebat di CREST, Tuan Hj Zaidi dok hebat songlap duit cara ambil projek guna mesin company lagi la dok buat kerja dah lama dah. Jadi, kobocoran ni adalah dari orang mereka sendir yang masa mulanya menaruh harapan melangit bahawa PAS akan membuat perubahan ke arah kebaikan dari sebelumnya di bawah kepimpinan rasyuah BN/UMNO. Tetapi apabila berlaku sebaliknya, puak-puak PAS totoklah ni la yang membocorkan info kepada awam kerana kalau cerita pun orang akan kata mustahil Presiden dari PAS Kaw Sg Petani boleh buat macam tu. Inilah yang dikatakan persepsi. Semua yang salah BN/UMNO, semua yang betul PAS?PKR?. Sila baca dengan hati yang terbuka, jangan anggap apa yang anda di sini fitnah, malah pi lah siasat di KHTP tu, pi la tanya kar Security Guard kat bawah tu, macam mana Hj Awang & Hj Sobri ni. Mai ofis pun jarang-jarang. Staf lain semua depa monitor mai ofis pukul berapa, tapi depa tak mai terus. Apa pun maklumat bocor ni dulu pun ada jugak, susah nak sekat kalau ada pihak yang tidak berpuas hati. Tapi kalau kita amalkan pemerintahan yang baik, akan kuranglah komplen atau pun perasaan tidak puas hati ni

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Nampaknya pemimpin PAS kini begitu rakus mengaut harta kekayaan dan hakmilik rakyat Kedah. Kerakusan mereka terlalu ketara kerana setengahnya terlalu ligat bahkan tidak dapat diterima akal kerakusan dan ketamakan mereka ini. Seperti contoh CEO Seri Temin Haji Redzuan Ilias yang tak sampai 3 bulan menjawat jawatan boleh memiliki Kereta BMW baru.

Nak kata apa kalau dahulu mereka maki hamun pemimpin BN dan menuduh perasuah dan zalim. Kini terbukti bahawa PAS mengamalkan budaya rasuah yang terlalu ketara dan menjijikkan. Budaya PAS ini amat jijik apabila sanggup bersektu dengan rejim DAP yang yang terang-terangan memusuhi Islam dan ideologi DAP secara sah berfahaman Yahudi dan Komunisma yang sangat dikatuki akibat kekejaman mereka tanpa belas ehsan.

Pemimpin PAS Kedah amat jelik dan keji kerana mereka tanpa segan silu peralatkan serta perbodohkan rakyat Kedah terang-terangan. Mereka tanpa perasaan segan silu merompak harta rakyat dan tak cukup dengan itu mengenakan tindakan kekerasan menaikkan harga air dan memberhentikan perkhidmatan POS dalam memberi perkhidmatan menguti bayaran air.

Pemberhentian ini memberi impak besar dan menambah lagi bebanan kewangan rakyat yang terpaksa mengeluarkan kos lebihan tambang dan masa semata-mata hendak membayar bil air.

Apapun fikirlah dan tidak perlu mengulas terperinci ketamakan serta kerakusan dan kezaliman Kerajaan PAS kepada kepada rakyatnya yang semakin menjadi-jadi dewasa ini.

Tanpa Nama berkata...

Dato Redza NCIA dan Dato Seri Idris Jala dah lawat KHTP. Dulu pun Mustapha Mohamad, MITI dan Tan Sri Nor EPU dah mai melawat (bukan meliwat) KHTP. Saya berpendapat sedikit masa lagi Kerajaan Negeri Kedah akan melepaskan pengurusan KHTP kepada sebuah agensi persekutuan kerana gagal memenuhi permintaan pelabur dan gagal menangani pelbagai isu antaranya ketiadaan air (2009), ramai kakitangan KTPC sudah pun berhenti (lebih dari 15 orang) sejak kedatangan Tn HJ Sobri, terbaru seperti di blog DKS, KHTP akan kehilangan satu-satunya sekolah antarabangsa (ELC) di KHTP 2011. Yang hairannya dalam Ahli Lembaga Pengarah KTPC ada DG MIDA, Dato Jalilah yang memang power, tapi apa nak buat, lain-lain Ahli Lembaga Pengarah ialah Gobala (mungkin dah resign kot) dan geng totok PAS Kulim, tiada langsung input dari kalangan yang betul-betul profesional. Maklumat 'intelligence' dari sumber yang boleh dipercayai ada mengatakan bahawa orang yang telah dibuang oleh PAS ini akan kembali menggegar gelanggang KTPC dan KHTP. Orang ni pun memang telah 'standby' lama dah dan juga berada dekat dengan kawasan Kulim, malah berada dalam kawasan Parlimen Tan Sri Nor. Awas puak PAS dan geng yang simpati dengan PAS di KTPC mungkin akan terpaksa menanggung akibat dari perbuatan mereka ini sewaktu awal pemerintahan mereka apabila bertindak melakukan proses pembersihan BN/UMNO di KTPC. Mungkin akan berlaku satu operasi pembersihan untuk PAS/PKR secara besar-besaran pula apabila KTPC berada dalam jagaan Kerajaan Pusat dan individu ini dibawa balik untuk mengembalikan kegemilangan KHTP dalam persaingan global untuk menarik FDI ke Malaysia. Jangkamasa yang diberi oleh Kerajaan Pusat ialah dalam masa 6 hingga 9 bulan untuk melakukan kajian terperinci pengambilan semula KTPC. Fikir-fikirkanlah secara mendalam wahai Tn Hj & company, di manakah anda ketika keputusan itu dicapai kelak secara persetujuan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri. Jangan harap anda akan mendapat simpati jika ada individu lain yang dipilih untuk menggantikan Presiden anda sekarang. Hj Anuar boleh mula melobi sekarang, tapi ingat fail SPRM beliau telah dibuka di Sg Petani, Alor Setar dan Putrajaya. Kalau saya, mulai sekarang saya dah start update resume dan register di Jobstreet.

Tanpa Nama berkata...

Bro, benda yang hang tulih kat atas ni memang ada kesahihannya. Aku agak bro yang tulih kat atas ni mesti ada connection dgn SB atau political high power. Malah aku terdengar dari MIO pun benda yang lebih kurang sama juga ceritanya seperti di atas. Kita sama-sama doakan agar ianya akan berlaku dalam jangkamasa yang disebutkan itu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa KHTP adalah satu komponen penting Koridor Utara dan pihak Kerajaan Pusat tidak akan berdiam diri membiarkan salah satu projek ilham Tun Dr Mahathir iaitu KHTP yang setanding dengan MSC ini musnah ditangan orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berminat untuk membawa KHTP ke persada dunia.

Tanpa Nama berkata...

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak melata, tak pecaya pi la usyar kat sana

Tanpa Nama berkata...

Setuju..org PAS pasti kata ini adalah fitnah dan tohmahan. Pi lah usyar kat dua tokoh korporat yg PAS lantik tu...pi tengok depa wat apa. pi tengok apa ada kat meja hj sobri dan hj awang tu. Hat no. satu tu mungkin samada tak dak langsung sebab semua memo dan surat yg masuk kena buang tong sampah ataupun bertambun2 sbb dah 2 tahun setengah terperap tak ambik tindakan. Hat yg hj awang tu bersih tak dak langsung kalu ada pun quotations / tender kerja geng2 dia dari sg petani atau tender nak juai kereta dan quotation beli kereta/ipad/notebook. Kehadiran hj awang ni pun boleh kira la dlm seminggu.Tanya pengurus pentadbiran kalu tak percaya (tapi dia dah diberi amaran agar tutup mulut nanti kena DI) Tup2 jumpa la kat concord kl atau mana2 hotel kt kl tu dgn family dia. Kata dia nak ligan geran..Tiap2 minggu ligan geran..suka hati hang la labu...HMMM.Kedah Sejahtera....LINGKUP!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates