Selasa, 23 April 2013

Kalimah Allah Perkara Kecil? Dengar Sini

Selepas Lim Guan Eng meminta agar Kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu, Parti PAS tanpa kajian yang mendalam dan atas dasar kebencian kepada Umno terus membuat kenyataan menyokong Guan Eng.

Sokongan ini jelas hanyalah demi mendapatkan kembali sokongan politik puak  chauvinis yang PAS harap dapat membawa mereka ke Putrajaya.

Bermacam-macam hujah yang dibawa, antara yang paling popular ialah kononnya Allah itu adalah tuhan bagi semua makhluk, maka tiada salahnya orang kafir menggunakan kalimah Allah. Ustaz ustaz pro-pas dalam ceramah mereka sanggup menjadi bodoh seketika, dan berpura-pura tidak faham fakta bahawa yang mahu dicetak didalam bible itu  adalah Allah yang punya anak, ALLAH dalam bentuk ketigaan (trinity).

Memang benar, dizaman Nabi SAW dahulu, orang orang kristian menggunakan kalimah Allah sebagai tuhan mereka, tetapi mereka  lupa bahawa turunnya nabi-nabi dan rasul-rasul adalah untuk memperbetulkn penyelewengan itu,  dan bukan mengangguk kepada rahib-rahib sesat kaum mereka.

Inilah jadinya, bila akal  dipengaruhi nafsu, ustaz-ustaz Pas sanggup mengambil sirah secara separuh untuk membawa ajaran yang bertentangan sama sekali dengan apa yang dibawa Rasulullah SAW.

Tidakkah mereka sedar bahawa sahabat Rasulullah, Bilal bin Rabah diseksa dan menggadai nyawa hanya untuk berkata "Allah. .ahad" (Allah itu satu), iaitu akidah yang tiada yang ada galang gantinya, waima tawaran Putrajaya.

Prinsip asas Islam yang wajib dipegang adalah Allah itu Esa, dan barang siapa yang meredakan samada dengan hati, perbuatan atau kata-kata, maka tergelincirlah aqidahnya. Dan dalam Islam soal Aqidah dan talak, tidak ada alasan samada hanya lakonan atau sebagai  strategi ke Putrajaya. Ia tetap terpakai, sekali seseorang itu  bersetuju bahawa  Allah itu boleh disekutukan walaupun oleh pihak lain, maka disitulah berakhirnya syahadah.

Sebagai seorang Islam, ada ketikanya kita mungkin tidak berdaya menghalang kafir menyekutukan Allah, tetapi kita tidak boleh sama sekali meenyetujui atau cuba menghalalkan perbuatan mereka.

Apabila terbatal syahadah, maka terbatallah semuanya amalan kita samada solat, haji, zakat apatah lagi perjuangan ke Putrajaya yang tiada nilainya disisi Allah.

Masa itu, tiada Nik Aziz, tiada Haji Hadi dan apatah lagi Mat Sabu yang dapat menolong kita, malah mereka sendiri pun akan diadili Allah yang SATU.

HINDARKAN DIRI DARI MENYOKONG PENYEKUTU KALIMAH ALLAH

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates