Jumaat, 26 April 2013

Kalimah Allah

Isu penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian perlu diberi perhatian oleh semua umat Islam. Ramai orang Islam seperti Khalid Samad, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sendiri tidak kisah akan penggunaan ini. Harun Din secara rasmi mengatakan sesiapa yang membenarkan penggunaan nama Allah ini oleh orang kristian boleh menjadi kufur.

Seperti kata Ustaz Kazim, jika orang Hindu ingin pinjam sejadah tok imam kita untuk lapik perkahwinan di tokong hindu, adakah kita akan beri? Jika Paderi Kristian ingin pinjam mimbar masjid untuk tempat dia membaca sermon pada hari ahad, adakah kita akan beri pinjam? Jika kita sanggup mempertahankan sejadah dan mimbar dari dipinjam mereka, kenapa kita membiarkan mereka menggunakan Kalimah Allah? Mempertahankannya adalah wajib bagi kita semua.

Lihat negara yang membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh agama lain ... Indonesia, India dan sebagainya. Bala sentiasa turun.

Di Malaysia, Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Khalid Samad secara terang-terang membenarkan penggunaan Kalimah ini oleh orang Kristian. Yang lain-lain mungkin ada yang setuju tetapi secara diam-diam dan juga ada yang tidak setuju tetapi mendiamkan diri juga.

Kita masih menunggu suara rasmi Kerajaan Kedah pimpinan PAS mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian ini. Tapi sehingga hari masih diam senyap sunyi. Mungkin nak tutup dari rakyat bahawahan akan pendirian PAS sebenar (seperti kata Nik Aziz yang tiada masalah Kristian menggunakan klimah Allah).

Harapan kita agar MB serta YB-YB PAS yang digelar ustaz beri kata putus mengenai perkara ini. Jika tidak anda semua hanyalah pemain politik yang sanggup melakukan apa saja demi sedikit kuasa. Ingatlah Allah akan turunkan balanya jika kita tidak memelihara kesucian Nya.

Mari kita dengar serba sedikit kata-kata dari Ustaz Kazim berkaitan dengan Isu Kalimah Allah ini. Jangan kita jadi macam pemimpin PAS yang sanggup menggadaikannya hanya demi sedikit kuasa dunia.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates