Isnin, 8 April 2013

Kedah Sejahtera, nikmat untuk semua

Setelah meronda seluruh Kedah memerhati jika terdapat apa-apa projek atau program-program impak besar ke atas kehidupan dan kesejehtaraan rakyat Kedah, pihak Kedah Times mendapat tiada apa yang boleh dibanggakan setelah 4 tahun lebih PAS/PR memerintah.

Langkawi : Masih sama seperti dulu. Jika dulu PAS janji nak memerintah secara Islam, sehingga kini tiada apa perubahan di Langkawi. Nak kata penjualan arak dan tempat hiburan diharamkan, ianya masih wujud siang dan malam. Dari segi pembangunan, semuanya masih mewarisi apa yang telah wujud dari dulu.
Utara Kedah: Tiada pembaharuan kalau dilihat di Bukit Kayu Hitam. UUM adalah harta yang diwarisi. Begitu juga dengan CIQ Durian Burung dan Highway Durian Burung ke Sik dan Baling. Projek ini adalah warisan kerajaan dulu. Jitra seperti dulu juga walaupun Darulaman Realty sudah memulakan projek perumahan high class nya di sebelah Tasik Jitra. Tapi ini adalah perancangan dari dulu lagi. Tiada pertambahan kilang atau pelaburan jutaan ringgit di Bukit kayu Hitam, Kawasan Industri Jitra atau sekitarnya.

DI Alor Setar dan Yan: Semuanya masih suram. Masalah sampah hanya selesai selepas Kementerian Kerajaan Tempatan masuk campur. SULIHH masih samar-samar. Kini hanya dua pelabur saja yang katanya beriya-iya melabur. StarGate masih tertangguh seehingga kini belum selesai apa masalah sebenarnya. TESCO Extra yang katanya bakal di bina di StarGate masih belum timbul. Tiada Hotel-Hotel besar timbul walaupun ada sedikit promosi Visit Kedah dilancarkan.

Di Sg Petani: Kerancakan pembangunan dan pelaburan agak perlahan. Tiada pelaburan baru atau penambahan pembesaran pelaburan wujud. Industri yang memberi peluang kerja yang banyak rakyat Kedah tidak berkembang seperti yang dijanjikan masa berceramah. Lihat saja kawasan Industri Bakar Arang, MIEL Taman Ria, serta Tikam Batu. Semuanya adalah pelabur-pelabur lama. Jika nak dibanggakan pun tentang projek perumahan, ianya bukannya di rancang setahun dua ini. Tapi ianya adalah hasil perancangan bertahun-tahun lamanya.

DI Kulim: Prestasi KHTP dua tahun ini amat menyedihkan. Tiada pelaburan baru masuk kecuali komitmen lama oleh First Solar, Fuji serta Schanker. Nampaknya tiada usaha-usaha pemasaran agresif dilakukan pihak pengurusan anak beranak untuk membawa pelabur baru. Siapa nak datang kalau kita sendiripun tidak pergi memperkenalkan diri. Yang ada hanyalah harapan agar pihak MIDA bantu. Dulu boleh lah pasang kaki kat
MIDA untuk dapatkan maklumat tapi kini apa dah jadi bila pegawai berkaitan telah tiada. Intel secara rasmi telah mengumumkan untuk menutup R&D nya. Tidak ada kedengaran usaha-usaha dilakukan untuk memujuk Intel dari menutup pusat tersebut. Impak melibatkan pekerja professional serta supplier-supplier yang berurusan dengan Intel. Begitu juga pembekal servis kepada Intel. Ada angin terbaru mengatakan bakal ada pelabur lain yang bakal menutup operasi mereka di KHTP. Yang hilang tak berganti, yang rugi rakyat juga.

Di SIk dan Baling: Daerah suram yang kelihatannya akan terus mundur. Kalau ada projek K-Keli di Sik pun, apalah sangat impaknya kepada rakyat Sik. Mungkin impak semangat atau slogan itu saja yang boleh dibanggakan. Yang ada hanya bukit-bukit yang kelihatan merah hasil dari tebangan pokok kayu untuk balak. Dengan konsesai balak yang dibuka dengan banyaknya, berbanggalah kerajaan negeri kerana penambahan pendapatan katanya.

Seperti biasa jika ditanya kepada penyokong PAS/PR, mereka akan menuding jari kepada kerajaan dulu. TAPI ingatlah, dulu PAS/PR kata mereka boleh melakukan yang lebih baik tetapi nampaknya PAS/PR hanyalah bercakap kosong. Apa pun tidak dibuat, janji hanya janji kosong. Tanam tebu di tepi bibir. Professional yang PAS/PR katanya memang banyak dalam kumpulan mereka hanyalah professional dalam bercakap.

Program kerohanian pun tidak kelihatan. Hanya program biasa yang sering dilakukan PAS di markaz, bukan di Masjid. Dari dulu pun benda yang sama kelihatan, dan kini tiada ada yang baru diwujudkan. Jgn nak berbangga dengan Insaniah dan Maktab Mahmud! Sepatutnya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh kerajaan PAS/PR.

Yang ada hanyalah bercakran sesama sendiri.

8 comments:

dap berkata...

PAS tidak mahu umat islam di kedah terlalu mengejar keduniaan yang tidak sampai kemana, biar kita nampak macam susah harta, tetapi sebanarnya kita kaya aqidah, harta yang bakal di bawa ke akhirat kelak. Kekayaan dan kemwahan adalah daki dunia yang melalaikan, oleh itu tidak perlulah nak tuduh pas tidak pandai tadbir negeri sebagi emerintah, Pas nampak yang tersirat bukan seperti umno, dunia di utamakan akhirat di ktepikan..

pelentong sungai muda berkata...

hamoa dok kira kedah sejahtera anjuran pas.boleh jahanam lah dia punya sejahtera tu.tengok dan semak balik kerja buat kita.sibu dah terbalik walaupun majoriti tipis.undi kaum cina sudah lari.untuk sejahtera umno pula bashah,rozai,nawawi hampa jangan dok buat cerita lawak banyak sangat bagi orang gelak.zaman itu dah habis.aku nampak berat kalau hampa dok lagu hari ini.kalau terend kaum cina tolak bn.alamat kedah selatan termasuk merbok sp petani boo lioow.pak ali yahya hang jangan perasan sangat sp petani pun tak selamat.tajul kat merbok kesian aku duit yang hang tabor dulu dah dapat ke pulangan balik.pada dato najib dan shafie afdal jangan percaya sangat laporan puak ketua bahagian.semua elok belaka.sejahtera untuk depa.semalam aku tak lena bila bn kalah di sibu.bimbang menjalar ke kedah pula.

Tanpa Nama berkata...

amno.dah kalah sudah lah.dok merapu apa.ada lagi ke orang yang nak keluak pas dgn pkr.

MrRembia berkata...

Ramai lagi yang nak keluar dari pakatan rakyat. melePAS dok ketag dagu la ni.

mat sanglang berkata...

hangpa pi tengok kat kota siputeh sana.pas dok hurung sana pula katanya.abu hasan juga kr jadi calon bn .kalau dia juga mampuih jenoh letih.

CucuTokJasin berkata...

dap : hang nak pi akhirat kena lalu dunia dulu... kalau kat dunia kosong.. bekal apa hang nak bawak pi akhirat??? kat dunia ni Allah suruh berusaha agar berubah/berjaya.. jangan siang malam dok mesjid/surau berdoa saja.. Allah suruh berusaha sama... apa hang kata.. "biar kita nampak macam susah harta" ???? hang kena ingat.. kemiskinan boleh membawa kita kepada kekufuran!!!

CucuTokJasin berkata...

kepada Kedah Times.. sepatutnya tajuk ditulis begini... Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua KRONI...

siberangan berkata...

Kedah Times, nanti kita melawat di Tiap2 Daerah dan kita wawancara YDP Kerajaan Tempatan. Mcamana depa nak cerita?.

Peghasan bila kita nak jumpa dan tanaya depa, depa tak akan jawab macam Ustaz Azizan jawab laaaahhhh.... kita tahu depa akan jawab betul punya.

Kita tanya macam niii...

- Berapa banyak Kerajaan Negeri bantu MDKT atau Bandarraya atau Majlis Perbandaran untuk pembangunan dan pentadbiran?

- Berapa banyak Kerajaan Pusat bagi bantuan pembangunan? mcam di Alor Star, projek eskiletr Pekan Rabu?

Saya rasa YDP akan jawab dengan jujur.

Lepas tuuuu.... kita melawat Pejabat-pejabat Daerah dan kita wawancara dengan semua Pegawai Daerah;

- Apakah jenis pembangunan yang di biaya oleh Kerajaan Negeri di Daerah untuk kepentingan rakyat dalam masa 2 tahun ini?

- Apakah pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat dari ekonomi, pelajaran, ugama dan sosial dan berapa banyak peruntukannya didalam Daerah tuan?

Kita tahu, bila kita tanya Menteri Besar, takut dia nanti kata di "TAK TAU, TAK TAU.....".

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates