Rabu, 10 April 2013

Kejayaan Besar Presiden KHTP

1996 bermulalah KHTP sebagai sebuah Taman Industri Berteknologi Tinggi yang Pertama di Asean, mungkin juga di Asia. Ianya bermula dengan tanah keluasan 3,758 ekar.

Bertolak dari situlah pelaburang dari Intel, Fuji, Infineon, Celestica, Entegris, Silterra serta banyak lagi syarikat kecil mula menapak di KHTP. Hasil kemasukkan pelabur besar terkini iaitu First Solar, hampir keseluruhan kawasan yang dikhaskan untuk tapak industri telah tidak mencukupi untuk perkembangan First Solar yang dijadualkan mengikut Fasa-fasa tertentu.

First Solar, Inc. (Nasdaq:FSLR) announced that the Company had a ground breaking ceremony today on a new four-line solar module manufacturing plant in Kedah, Malaysia. Announced in Jan. 2007, the new plant will have an expected minimum annual nameplate capacity of 100MW.

The manufacturing plant will be located in Kulim Hi Tech Park located in Kedah, Malaysia and when fully ramped will employ approximately 500 people. Today's groundbreaking puts First Solar on track to complete plant construction by late 2007, with full volume production expected by the end of 2008.

Pada 2008 lapas maka pertambahan kawasan industri di gazetkan kepada KHTP selepas pengambilaliahan tanah dari Majlis Perbandaran Kulim berjaya hasil beberapa tahun dalam pemprosesan. Maka cananglah Mr Presiden yang pada 2008 keluasan KHTP bertambah dari 3,758 ekar kepada 4,883 ekar. Ini menunjukkan yang belabur berduyun-duyun memohon untuk datang ke KHTP. Walhal, keperluan penambahan tersebut adalah atas permintaan First Solar yang berkembang pesat yang memerlukan kawasan yang luas. Maka keseluruhan Fasa III adalah bakal dipenuhi dengan First Solar.

Memandangkan berduyun-duyun atau berpusu-pusu datang ke KHTP hasil 'tiada wang bawah meja' dan pimpinan Presiden Hj Sobri, tanah milik Majlis Perbandaran Kulim bakal diambil lagi oleh PBT KHTP dan Hj Sobri telah war-warkan keluasan KHTP akan bertambah menjadi 10,683 ekar. 

Wow luasnya. MNC manakan bakal datang ke KHTP hasil 'PEMASARAN HEBAT' Hj. Sobri dan team. ATAU semuanya hasil dari promosi MIDA?

Kini kerajaan pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak merasai satu kejutan apabila pelabur-pelabur asing menunjukkan minat yang luar biasa untuk melabur di negeri ini. Tiada kos ‘bawah meja’ dikatakan menjadi faktor utamanya.

Dalam perkembangan terbaru Kerajaan Negeri merancang menambah 450 ekar lagi kawasan pelaburan iaitu Fasa IV Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dengan nilai sebanyak RM100 juta, memandangkan fasa sedia ada tidak lagi mampu menampung kehendak pelabur yang membuat permohonan.

Sebuah syarikat semi konduktor terbesar Fuji Electric Semiconductor (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan akan membuat pelaburan sebanyak kira-kira RM 1.4 Bilion lagi untuk tujuan pembangunan dan memantapkan sistem operasinya di KHTP.

Sebelum itu, First Solar Incorporated mengumumkan pelaburan sebanyak AS$680 juta (RM2.2 Bilion) di kawasan yang sama. Ia dijangka akan mengwujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam bidang pengurusan, perakaunan, kejuruteraan, sumber manusia dan operasi kilang apabila keempat-empat kilangnya beroperasi sepenuhnya menjelang tahun hadapan. - Petikan dari Tranungkite

Jika menjadi kenyataan, maka KHTP bakal menjadi lebih luas dan MPK bakal mengecut. Tetapi apakah pengambilalihan ini adalah secara percuma atau dengan kos?

Jika dengan kos, dimanakah duit bakal diambil untuk membayar MPK?

Berapa banyak yang diperlukan untuk mendapatkan tanah tersebut?

Apakah Kerajaan negeri melalui PKNK atau KTPC atau PBT-KHTP mempunyai dana untuk tujuan pengambil alihan tanah tersebut?

Kedah Times sarankan agar semua pembaca pergi jumpa Mr Presiden, tanya duit nak ambil dari mana? Dari Kerajaan PAS ka atau Kerajaan BN?

Jika sesiapa ada jawapan, boleh email kepada KEdah Times.... 

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Aku agak berdasarkan apa yang aku tahu dari member-member aku di KHTP, duit tu mai dari EPU, Putrajaya. Dulu katanya Mr President aka Mat Romeo ni pernah kata depan Datuk Shukri bahawa "kita mesti keluar dari mentaliti bergantung kepada Kerajaan Pusat" pada mesyuarat November 2008. Ini pun adalah kawan aku nun di KHTP dok mai cerita. Alih-alih si mamat Anuar Safar & Awang & Fitri pi jugak mengadap EPU mintak geran, nak tukar pinjaman jadi geranlah dan macam-macam lagi. Tu la khabarnya saban minggu ada saja geng Hajees ni pi KL, dalam istilah depa 'pi ligan geran'. Tapi EPU bawah Tan Sri Nor akan hold sebab Mr Presiden tak perform. Jangan salahkan EPU kalau hangpa tak dapat geran. Dulu hampa halau Datuk Shukri dan kata yang dia suruh Kerajaan Pusat ambil alih KHTP. La ni tak malu mintak geran kat EPU. Jangan la dok kata yang itu hak hampa. Sebenaqnya lima duit pun bukan Kerajaan Negeri punya kerana KHTP dibiayai sepenuhnya pembangunan infrastruktur oleh Kerajaan Persekutuan

embro distana berkata...

Cerita KHTP ini dulu pun masa zaman Datuk Shukri pun lebih kurang sama.Cuma hari ini lebih teruk dari yang dulu.Itu lah melayu banyak sangat main politik dari berurusniaga.Aku sampai hari ini belum puas hati disetengah kilang hitech.Orang melayu masih belum ada tempat yg baik lagi.Melayu layak jadi operator yg banyak.Tender kentin pun melayu tak dapat.Dapat kat orang lain.Eloklah dizaman PAS perintah lagi teruk.Cakap lain buat lain.Cakap nak kencing.Rupanya bukan kencing dia berak terus.Aku tak pasti apa nak jadi......

Tanpa Nama berkata...

Semua ni adalah petunjuk Allah kepada kita agar jgn sesekali kita sombong mendabik dada mengatakan kita ni cukup hebat hanya kerana kita ingat kita ni cukup Islam dari orang lain dan yang lebih buruk lagi bila kita mengkafirkan orang Islam lain. Bila org HampPAS ingat depa lebih Islam dan Islamik daripada org UMNO atau org melayu lain, Allah uji depa dan kita lihat sendiri betapa rakusnya org PAS ni bila diberi kuasa sehingga harta syarikat dia buat macam harta sendiri. Tak caya tanyalah warga KHTC macam mana salah laku yang tak pernah dilihat sebelum ini...segala2nya dibuat tak ikut prosedur yg sediaada mengikut nafsu serakah mereka...ini baru Allah tunjuk di dunia di akhirat nanti Allahuwaalam!

Tanpa Nama berkata...

Brader embro distana, saya fikir apa yang cuba diketengahkan oleh Kedah Times ini adalah sebagai bukti bahawa masa BN pegang dan PAS adalah tidak sama dan jauh berbeza. Ini boleh kita tanya kepada staf KTPC sendiri. Hingga sekarang pun sudah lebihkurang 15 orang kakitangan yang telah berhenti/diberhentikan oleh Hj Sobri. Tapi adakah ianya membawa kepada perubahan yang lebih baik? Sudah tentu tidak kerana ramai lagi kakitangan yang bercadang untuk berhenti kerana sudah meluat kepada Sobri & Awang terutamanya yang tidak dapat memimpin KTPC ke arah pencapaian yang baik. Saya anggap ianya samalah seperti Pak Lah jadi PM dulu, Hj Sobri ni memerintah hanya secara 'auto pilot' sahaja dan membiarkan orang lain yang mendominasi pemerintahan sebenar KTPC iaitu Anuar Safar dan Fitri. Banyak kisah skandal mereka berdua ini yang saya harap dapat didedahkan oleh Kedah Times atau pun lain-lain blog kepada orang ramai termasuklah skandal seks. Jangan ingat hangpa dah ada title Hj cerita hangpa pi KL orang tak akan korek. Sebenarnya CCTV kat hiway tu ada rekod semasa buat bayaran tol atau pun lalu smartag atau touch n go muka sapa dan dengan siapa kita ada dalam kereta tu

Tanpa Nama berkata...

Aku asal dari Kulim dan menetap di Kulim. Cuma sekarang ni bekerja di Perai. Untuk komen, memang ada perbezaan antara zaman Syukri dgn Sobri. Pembangunan pesat di KHTP bukan kerana byk pelabur tetapi luas sesebuah syarikat itu beroperasi. Selain itu, kaum melayu masih lagi majoriti dalam kelas pertengahan kebawah dalam semua syarikat di KHTP. Sedih....hamba di bumi sendiri. Sebab apa, kita masih cuba menegakkan benang yang basah ....... Dan yang nama manusia .. bila kuasa di tangan... sedikit sebanyak akan lupa asal usul diri ...

Tanpa Nama berkata...

Melayu memang bodoh.......nak tau bodoh apa.......bodoh menipu......cina memang pandai.......pandai menipu .........tak semua melayu bodoh.......tak semua cina pandai.........

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates