Rabu, 24 April 2013

Kemana Halatuju Kedah - Siri 1

Setelah lebih 5 tahun Kerajaan PR mengambilalih pemerintahan negeri dari kerajaan Barisan Nasional, rakyat telah dapat menilai  pembaharuan yang telah dijanjikan untuk rakyat Kedah.

Rasuah
Jika dulu, rakyat diminta menukar kerajaan kerana kononnya terdapat amalan rasuah yang berleluasa, sehingga kini belum ada satu pun pihak yang didakwa terlibat dihukum akibat rasuah.

Masa yang diambil telah terlalu panjang, apatah lagi semasa PAS berada diluar kerajaan, banyak isu rasuah yang dikatakan wujud dan diketahui oleh PAS, maka kini, bila berada dalam kerajaan, dengan capaian kepada fail-fail dan dokumen kerajaan kini lebih memihak kepada PAS, apa lagi alasan yang hendak diberi kepada rakyat. Rakyat menuntut agar perasuah-perasuah yang kononnya begitu berleluasa di dakwa. Tapi kenapa PAS sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa.

Dengan tidak membuat sebarang laporan SPRM tentang rasuah yang dikatakan begitu hebat dan berleluasa dizaman BN, tapi kini satu pun tak jumpa, tentunya rakyat akan mula memikirkan bahawa dakwaan rasuah oleh PAS dahulu adalah merupakan satu fitnah. Adakah kerajaan Kedah sekarang ditubuhkan hasil Fitnah?

Islam
Jika dulu dikatakan pemerintahan BN tidak cukup Islamik, apa pula yang telah dibuat sepanjang5  tahun lebih pemerintahan PAS di Kedah. Kalau belum dilaksanakan sekalipun program-program dan polisi kearah Islam, tentunya rakyat ingin tahu apakah perancangan yang telah digariskan, tetapi sehingga kini, habuk pun tiada. Malah terdapat pub-pub baru yang diluluskan dengan tangan Ustaz Azizan sendiri bagi menambahkan lagi apa yang telah sedia ada dan sering dikritik oleh PAS sendiri.

Rakyat sudah muak untuk bertanya tentang hukum hudud kerana mereka kini sudah dapat buat kesimpulan sendiri pendirian PAS terhadap Hudud. Hudud hanya dijual untuk undi, bukan untuk dilaksanakan. Adakah Allah memerintahkan agar hudud dijual untuk undi? Rakyat sama-sama tahu jawapannya
Masa
Masa dan baru memerintah sering dijadikan alasan kenapa kerajaan PAS belum berbuat apa-apa di Kedah tentang perkara-perkaran yang dulu dilaungkan sendiri oleh parti itu. Tapi yang peliknya, mereka mempunyai cukup masa dan bertungkus lumus dan telah melaksanakan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan diri seperti dengan cepat melantik anak menantu dalam GLC-GLC, membuat perubahan dalam elauan-alaun kepengarahan dalam GLC-GLC yang nyata telah mereka nikmati seawal separuh tahun pertama pemerintahan.

Rakyat sedang melihat bagaimana mereka tiada masa untuk memikir dan bertindak untuk kepentingan rakyat, tetapi dalam hal-hal elaun dan kepentingan diri wakil-wakil rakyat dan kroni, semuanya telah dilulus dan dilaksanakan dengan begitu pantas. Jadi adalah salah jika rakyat menganggap kerajaan PAS tidak cekap, cuma mereka cekap dalam hal-hala "terntentu" sahaja.

Bila ditanya lagi, semua boleh mereka lakukan jika Putrajaya dibawah pemerintahan mereka. Mungkin jika selepas Putrajaya diambil alih, mereka kata mereka perlukan masa lagi. Tapi masa diperlukan untuk menggemukkan adik-beradik mereka tidak perlu masa yang panjang.

4 comments:

1 Melayu berkata...

PAS memang cekap lagi efisien dalam bidang pelingkup wang Rakyat,mengikut cerita Pegawai KCS,bila sampai hujung tahun ini, duit simpanan Kerajaan telah habis dibelanjakan dan nak bayar gaji kaki tangan pun dah tak ada lagi,tapi tak apa ALONG di Kedah banyak.Pinjam pada ALONG kalau tak boleh bayar gadai Negeri Kedah.

buluhperindu berkata...

jangan kita nafikan kebaikan orang.cuba mai tengok kat kuala ketil.projek insaniah.jadilah kerajaan negeri punya program.bukan umno yang penaik pas jadi kerajaan negeri.rakyat yang memberi peluang pas jadi kerajaan.lapas ini umno buat kerja ambil hati dan keyakinan rakyat.apakah persediaan umno untok hadapi rakyat pada pru 13.orang umno pun ada juga yang berbelah bagi bila dikertas undi nanti.kalau umno pun tak jaga ahli senidiri.carilah silap sendiri sama.sekarang bukan zaman baru merdeka,masa itu umno cukup kuat dan ampuh serta tiada perpecahan.hari dah terbalik.yang diatas menekan yang dibawah.yang dibawah dia akan membawa diri.yang dibawah lebih ramai dari yang diatas.rakyat tak berparti dia macam belut dan liar.kalau kita pun tak ingat jasa orang lain.kemudian kita suruh orang ingat jasa kita.susah lah umno nanti.maaflah kalau aku terlanjur demi umno.

nayan berkata...

peruntukan kewangan utk kampus insaniah telah lama diwujudkan. Cuma tapak saja yg belum ditetapkan. Mulanya nak buat di jeneri, sik. lepas tu katanyanya di Yan dan akhirnya di Alor setar. Tapi bila PAS ambil alih, depa p buat di Kuala Ketil. Buat apa yg telah dirancang saja.

Cuma pemimpin UMNO kena lebih bekerja kuat, bukan main politik kuat. Kalau nak menang pru12

hazimahwatinur berkata...

dalam umno pun jangan ada budaya sate.satu kumpulan kerja dia kerat dan penghancur.kemudian satu kumpulan lagi kerja cucok.seterusnya lepas cucok dia letak atas bara api.satu kumpulan lagi kerja dia kipas bagi menyala.budaya ini yang rosak umno dan bn.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates