Selasa, 23 April 2013

Kembalikan Kedah kepada BN


Tugas kita jentera dan rakyat Kedah yang inginkan kemajuan dan kesejahteraan sebenar ialah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN pada PRU13 nanti.

Manifesto telah dikeluarkan dan merangkumi dunia dan akhirat. Cuma perlukan mandat untuk perlaksanaannya sahaja.

KedahTimes sekali lagi menyeru supaya teruskan perjuangan. Kita kembalilah Kedah kepada BN dan arus perdana kemajuan.

Muhyiddin: BN nak ambil alih Kedah kerana PAS gagal

“Kita mahu ambil balik pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kembali dari PAS kerana mereka lemah, gagal, tidak cekap mentadbir, boros, tidak membawa pembangunan dan tidak menepati janji”.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berucap semasa Majlis Pelancaran Pusat Sukan Jerlun.

“Kalau kita bagi markah, ‘E Minus’ lah. Apa makna ‘E Minus’ itu? Gagallah!
PAS di Kedah ini gagal!”

Beliau menjelas bahawa BN mampu meneruskan agenda Pembangunan yang mengutamakan rakyat. BN telah terbukti menyediakan infrastruktur yang baik, asas pembangunan bagi menjana sosio-ekonomi yang kukuh dan inisiatif untuk merancakkan ekonomi agar pertumbuhan yang dijangka terus berlaku.

“Lima tahun akan datang ini amat genting. Kita perlu kembali bertungkus lumus untuk laksana dasar Visi 2020, bagi mencapai taraf negara maju. Rekod pencapaian kita membuktikan kita mampu laksana apa yang kita rancang dan menepati semua janji janji kita”.

Timbalan Presiden UMNO itu menjelaskan BN amat serious untuk mendapatkan mandat dari rakyat dan bertanding disemua kerusi Parlimen (kecuali Pasir Mas, dimana calon BN tidak menghantar borang pencalonan disaat akhir) dan kerusi Dewan Undangan Negeri. Mandat ini akan dijadikan modal kuasa untuk menentukan perancangan dimantapkan semula dan meneruskan agenda pembangunan dan transformasi.

“Mana dia ‘Membangun Bersama Islam’ dia? Nak tubuh ‘Kerajaan Islam’ tapi bila DAP kata ‘Langkah mayat aku dulu’, berubah pula kepada ‘Negara Berkebajikan’.”

Tan Sri Muhyiddin menyelar PAS yang dahulu dahulunya ingin menubuh ‘Kerajaan Islam berlandaskan Al Quran dan Hadiths’, kini tergamak berkerjasama dengan DAP yang terbukti bersifat anti-Islam.

“PAS ini cuba menyesatkan orang Islam. Kini Nik Aziz mengatakan amalan orang UMNO tidak mendapat pahala. Siapa dia untuk menentukan soal ganjaran pahala ini? Ini bertentangan dengan syariat Islam”

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates