Rabu, 10 April 2013

KERAJAAN SYAITAN KEDAH BELANDA

Di antara sifat asasi syaitan (bala tentera iblis) adalah memujuk rayu umat manusia untuk dilencongkan aqidah mereka. Pujuk rayu halus digunakan melalui pelbagai medium, hinggalah akhirnya manusia lemah lalu tunduk pada kemahuan syaitan tadi. Syaitan dan iblis adalah musuh manusia atau seteru yang nyata diperingatkan berulang kali dalam kitab suci Al-Quran.

Syaitan juga mengajak manusia untuk melakukan fitnah, mengumpat, mengeji, memecah belah umah, berlaku zalim, tidak adil, berangan-angan panjang dan tamak haloba. Pendek kata banyaklah sifat bobrok yang diajar syaitan kepada umat manusia dengan matlamat kemuncaknya agar manusia menjadi pengikut syaitan yang setia.

Lebih malang, apabila syaitan bertopengkan manusia. Susah untuk menanggapi sifat syaitan kerana secara lahiriah, golongan ini berserban, berjubah, bercakap ana, ente, kepala unta. Bila bercakap menukilkan hadis nabi, ayat suci al-quran, menceritakan sirah an-nabawi, merujuk kononya kitab ulama muktabar, walhal pandangan jumud mereka itu tidak lebih dari sekadar luahan emosi bersalut kepentingan politik.

Syaitan juga menerapkan sifat dan ciri munafik kepada umat manusia. Bila berjanji dimungkiri, bila bercakap bohong, bila diberi amanah dikhianati, apa yang syaitan buat betul dan manusia buat semuanya salah, jadi perlulah ikut apa yang syaitan kerjakan.

Dalam konteks KEDAH, kini cukup banyak menular syaitan-syaitan, sehinggakan puak ini berjaya menubuhkan kerajaan selepas PRU 2008. Syaitan ini sudah bergerak lama, menjadi agen perpecahan umat, mengutip dan memeras derma dari orang miskin atas nama tabung jihad.

Syaitan-syaitan ini juga sering menjadikan keadaan masyarakat tidak tenteram, saban malam jumaat dan malam tertentu mereka akan berceramah, berkokok, menjadi badut sarkas untuk membuka aib saudara seagama, menfitnah orang, mengumpat mengeji.
Syaitan -syaitan ini juga telah berjaya menghasut pengikutnya dengan pelbagai fatwa baru. Misalnya duit judi tidak haram, Allah mencarut, boleh berkawan dengn syaitan, boleh berkawan dengan kafir harbi, boleh mengizinkan musuh Islam masuk ke ruang dewan solat utama di dalam masjid dan banyaklah lagi ajaran baru yang tidak pernah pun diamal oleh para sahabat dan tabieen di zaman nabi.

Mereka ini juga pembawa bidaah besar, mengaku alim, menubuhkan persatuan ulama, mendakwa diri Tok Guru dan boleh mengeluarkan fatwa ikut suka mak bapak mereka.

Mereka tidak ada rasa malu, apa sahaja yang boleh datangkan keuntungan politik mereka sapu. Dari balak, pasir, kuari batu, bil air, cukai tanah, hasil pintu, sewa khemah buat karnival, komisyen projek sehinggalah bini orang. Standard mereka mesti berbini lebih dari satu, kerana ajaran occult puak syaitan ini gilakan sex dan akhirnya tidak tertunai amanah, lalu jadilah kes isteri pemimpin syaitan ini menuntut bayaran mutaah sehingga RM3 juta (rujuk kes ADUN PAS MELOR). PAS ADALAH SINGKATAN PARTI AJARAN SYAITAN

Pemimpin syaitan ini juga boleh menjadi ahli silap mata dengan menjampi air kolah bagi menjadikan umat islam kebal, dan pandai dalam pelajaran dengan tidak payah mentelaaah atau mengulangkaji.. anak-anak pemimpin syaitan ini pula berselindung di balik purdah tapi ramai yang berpurdah dan berjubah besar bukan dengan tuntutan menutup aurat tapi mahu melindungi kandungan haram yang kian membesar (nauzubillah hil min zalik).. banyak bukti kes berlaku. Kita tak payah sebut la nama disini.

Wahai pemimpin puak syaitan di Kedah terima kasih kerana telah berjaya membohongi umat dan rakyat Kedah.

Tarif air tak akan naik (pengakuan bapak syaitan Azizan dalam Sidang DUN Kedah) tetapi 1 oktober 2010 tarif air naik.

Hasil kerajaan negeri kedah naik 205% akan tetapi pengakuan Pegawai Kewangan Negeri sendiri Dato Fuad (sepupu azizan) duit perbendaharaan negeri bakal habis menjelang 2013.

Judi, rumah urut, disko, pub, karaoke HUKUMNYA melalaikan dan haram namun dibawah pentadbiran kerajaan syaitan belanda di kedah premis melalaikan giat bertambah dan kian meriah.

Bencana berlaku pelbagai, ada banjir lumpur, kemarau panjang, gerabak keretapi tergelincir, jenayah jalanan merata-rata, mati jatuh menara Aloq Staq, jenayah pelbagai, semuanya kerana pemimpin syaitan belanda sering mendoakan agar ditimpa musibbah kepada rakyatnya sendiri. Dah sikappun syaitan jadi semua apa yang syaitan gemari tentulah dituruti.

Sampah, WABAK KENCING TIKUS, jenayah, kekotoran kualiti air YANG berkeladak terus menjadi-jadi, ruang bakar lemang milik peniaga kecil di Sik, penjaja kecil di SP, Kulim dirobohkan tanpa belas ihsan.

Balak, hasil alam diragut, ditebang untuk kayakan poket bapak syaitan dan sekutunya.

Duit anak syarikat KHTP, PKNK, KUMPULAN LADANG, BDB habis diagihkan dikalangan kroni, kaum puak syaitan dan iblis.

DUHAI SYAITAN KEDAH BELANDA,

Perjuangan kami melawan kamu adalah jihad, kata-kata kami adalah jihad, menjadi kewajipan kami memusnahkan kamu semua kerana kamu menyesatkan umat manusia dengan peralatkan agama. DUHAI KERAJAAN SYAITAN BELANDA KEDAH.. Ingatlah, mati itu pasti, apa yang kamu tipu, bohong rakyat dengan slogan KEDAH SEJAHTERA.. POODAH SEMUANYA AUTA akan dihisab di Yau Mil MASYAR.
Ingatlah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang kamu lakukan dalam pentadbiran kerajaan syaitan kamu adalah haram dan berdosa(lupa..syaitan mana tau pahala, yang dia tau dosa sahaja).

WAHAI SYAITAN KEDAH BELANDA, insaflah, kembalilah kepangkal jalan, bertaubatlah dengan sesungguh taubat.. taubat nasuha.. jangan lagi kamu jual ayat-ayat Allah demi keuntungan dunia yang sedikit.

Jangan kamu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, ingatlah bila Izrail menjemput kamu segala bintang kebesaran, pingat, jawatan kamu sebagai MB kaki lena dan EXCO kaki auta tiada bergunanya lagi.

Sedarlah wahai kerajaan syaitan Kedah Belanda, syurga belum lagi terjamin dengan menyertai Parti Ajaran Syaitan. Syurga Allah hanya hakmilik orang yang bertaqwa, pemimpin yang adil dan tidak menzalimi rakyatnya..

Duhai kerajaan SYAITAN PAS BELANDA KEDAH.. Insaflah, kamu juga manusia biasa, bukan maksum, banyak salah silap dan dosa yang kamu lakukan. Syiar Islam dan hudud yang kamu laung-laungkan tidak pun mampu dilaksana. DAP yang anti Islam kamu jadikan sahabat sejati. Anwar al-autai kami angkat sebagai khalifah jadi penentu dalam setiap tindakan kamu.

Pandangan ahli-ahli kamu agar pimpinan kamu menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar kamu ketepikan... KAMU ANGKUH, BODOH SOMBONG dan belagak bijak, walhal kerja kamu wahai bapak syaitan Azizan lebih banyak tidur dari bekerja.

KAMU BIARKAN CUCU MENAKAN KAMU, BEKAS MENANTU KAMU, DAN SAHABAT BAIK KAMU MENUNGGAL hasil dan khazanah kekayaan negeri dan duit rakyat kami.. Sampai bila duit dengan jalan haram ini kamu akan terus angkut untuk masuk dalam poket sendiri? Ingat-ingatlah sama amalan untuk dibawa bila mati..

PAS ITU SYAITAN
SELAMATKAN KEDAH.. PELIHARA BANGSA, TEGAKKAN AGAMA

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

sgt menarik!
sebagai anak kedah, aku setuju dgn apa yg hang tulis ni.
kepada org2 kedah, lain kali jgn jd BANGANG sgt undi syaitan2 lahnat tu.
skrg, apa yg dikejar x dpt, yg dikendong berciciran.
lu pikir la sndiri.

Tanpa Nama berkata...

La hang tak tau ka UMNo dah tak dak teloq. Hang bagi kat Perkasam la isu ni. Aku nak tengok katak melompat

Tanpa Nama berkata...

setan memang tugasnya menyesatkan manusia...setan buat apapun pasti dia kata halallll.... masuk temolok dia halalunnnn...masuk temolok orang haromunnnn

siberangan berkata...

Haaa... ni baru betul. Balun depa cukup2. Bukan pakat2 bantai sama-sama sendiri, walau geram macam mana pun, yang kita misti balun ada musuh.

Is okyyyyy.....

La ni kita cakap PAS Pari Ajaran Sesat dan PKR Parti Keroni Rakyat niii... semia kita tahu bahawa ianya adalah parti buka macam PAS kata, undi PAS masuk syurga, undi UMNO masuk neraka. Sekarang, parti apa pun ianya adalah parti, yang mana semua rakyat samada di negara mana sekali pun, rakyat mengharapkan ianya akan membawa rakyat ka arah kebahgiaan.

Apakah dengan dalam PKR bergaduh sana sini dan dalam PAS nak tuntut hak orang punya adakah parti ini merupakan parti yang boleh di harap menentukan kebaikan rakyat pada masa akan yang amat panjang lagi untuk di lalui. Apa tah lagi orang Melayu yang sekarang ini, dalam bidang apa sekali pun baru takah kedudukan belum sampai 30% lagi. Sedangkan orang lain sudah hampir 70%. Terutamanya orang Cina.

Isu KHTP, isu Balak, isu tak selesai janji menifesto, isu duit modal melabur di Papua New Guine hilang, isu kutip duit ansuran perumahan rakyat guna bank, isu sampah sarap tak kutip dibelakang taman-taman perumahan (kutip depan rumah sahaja kerana Kerajaan dah 3 bulan) tak baya kapada kontrektor, isu SULLIH janji nak buat tak buat, isu Kerajaan Negeri bergaduh dengan Majlis Ugama Islam, isu pusat-pusat hiburan bersepah di bandar2 seluruh Kedah tak di pedulikan oleh Kerajaan Negeri termasuk karaoke yang di benarkan bersebelahan Mesjid di Pendang? Ini semua isu yang tidak pernah diselesaikan oleh Kerajaan PR/PAS hingga kini. Satu pun tidak diselesaikan. Tanya MB Ustaz Azizan dia cakap putar belit macam lidah bewak. Yang dia tak tahu apa, dia akan jawab "EH.. SAYA TAK TAHU SAYA TAK TAHU". Lepas tu dengan muka tak malu pi dok keghenyeh depan rakyat kata "KERAJAAN SEJAHTERA.....".

lA NI TIMBUL ISU YANG PALING SIRIOS, IALAH ISU KENAIKAN TERRIF ATAU HARGA AIR YANG NAIK SEKALI GANDA. RAKYAT SEDANG FIKIR BURUKNYA PEGHANGAI USTAZ AZIZAN NI, DIA KELENTONG GHAKYAT, KATA INI KERAJAAN PUSAT PUNYA HAL SEBAB MEESWASTAKAN AIR, DENGAN TERPAKSA BAYAR HUTANG, MAKA HARGA AIR TERPAKSA DI NAIKKAN. SEBAGAI KERAJAAN PR/PAS HANG SEBAGAI MB KENA TANGGUNGJAWABLAH...., PASAL APA NAK BEBANKAN RAKYAT.

RAKYAT TERMISIKIN SEKARANG TERPAKSA KENA BAYAR BEBANAN INI. BEBANAN KENA BAYAR SEKALI GANDA SATU HAL, HINGGA SEKARANG PUN MASALAH AIR KA KAMPONG2 MASIH BELUM SELESAI, MALAM ADA KAMPONG YANG TERPAKSA MINUM AIR PERIGI. PERIGI DULU BOLEH LAH, IANYA BERSIH TIADA PENGGUNAAN RACUN TANAMAN DAN SERENGGA. SEKARANG JIKA DIBIARKAN RAKYAT MINUM AIR BERACUN ITU, ITU LAH YANG KITA KATA KERAJAAN PR/PAS BETUL2 NAK BUNUH RAKYAT.

siri akan datang, berikut.

Tanpa Nama berkata...

Nak update sikit tentang photo iklan satu kedai kat Aman jaya, sungai petani ... dah di tukar dari gambar wanita seksi...

Tanpa Nama berkata...

Bro berangan,

Kedah Times bukan pencacai sapa-sapa, tetapi adalah wadah untuk rakyat menyuarakan pandangan dan meluahkan masaalah yang di hadapi sebagai laternatif kepada UMNO dan pas, setelah di lihat kedua-dua parti ini pemimpin-pemimoin mereka hilang arah tuju sehingga mengakibatkan Melayu Islam terasa, ya....amat terasa bakal kehilangan tempat bergantung kakau tak di goyang katil politik, terutamanya pemipmin umno yang masih lagi lena. GEJUT samapai la ni pun tak mangkit-mangkit lagi, Jangan dari tak mangkit tau tau dengaq dah MANGKAT sudah.....

Nak harap pada pas, kain lampinpun orang dok tolong salin, nak harap macam mana???

**PERCUSSIONIST PERKASA!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates