Jumaat, 26 April 2013

Khawarij kah PAS?

Antara tanda-tanda orang bid’ah – seperti Khawarij – ialah suka mencerca pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seseorang muslim memaki hamun, mencerca, menfitnah, memburuk-buruk, mengumpat, menggunakan kalimah yang kesat, keji, mencarut dan kalimah yang kotor – dengan berbagai gelaran – terhadap orang Islam yang lain, terutama pemimpin sebuah negara yang beragama Islam.

Didalam al-Quran yang setiap hari kita baca, Allah mengajar dan meminta kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar senantiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun kepada manusia yang sekeji Firaun yang terkenal sebagai taghut, zalim dan kafir. Allah berfirman:

“Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. Berbahasalah kamu berdua kepadanya dengan bahasa yang lemah dan lembut, mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut.” Surah Thaha (20) ayat 44.

Nah kalau kepada kepada Firaun disuruh berbahasa yang lemah lembut, pastinya kepada seorang pemimpin kaum muslimin malah lebih dituntut untuk berlaku lebih baik dan bersopan santun dan baik-baik. Oleh itu, adalah diharam, atau haram hukumnya bagi mereka yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat untuk memaki hamun, mencerca, mencari-cari kesalahan dan menfitnah pemimpin Islam.

Menurut penafsiran Imam Qurthubi rhm tentang ayat diatas. “Dengan yang demikian, ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa. Sila lihat Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an – Qurthubi. Jld. 11, m/s. 199.

Allah memerintahkan kepada setiap orang Islam, atau yang mengakui bahawa dianya Islam agar menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam sahaja.

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata-kata dengan baik atau diam. H/R. Imam Bukhari (10/445)Al-Fath, dan Muslim (1/68).

Nas-nas yang ringkas diatas merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman atau yang mengakui dirinya beriman. Menyeru agar mereka senantiasa berbudi bahasa, bersopan santun dan menggunakan bahasa yang baik kepada semua orang, tak kira apa pangkat dan kedudukannya.

Allah mengajar kepada kita selanjutnya. “Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.” Al-Baqarah (2) 83.

Ibnu Kathir rahimahullah menerangkan maksud ayat ini sebagaimana berikut:

“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia maksudnya “Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan santun dengan lemah lembut (bukan dengan keras, kasar dan maki hamun serta penuh cercaan). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah segala kemungkaran.”Lihat Tafsir Ibnu Kathir. Jld.1, m/s. 169.

Salah satu tanda-tanda ahlul bid’ah, yakni pengikut hawa nafsu seperti Khawarijj ialah mereka suka mencaci maki para ulamak ahli sunnah wal Jamaah dan para pemimpin kaum muslimin.


Nabi kita yang mulia juga mengingatkan kepada kita semua agar menjadi orang Islam yang baik dengan katanya “Islam yang baik ialah barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya”. H.R. Bukhari dan Muslim.

So kalau kita perhatikan disekeliling kita dewasa ini, apakah tidak ada ciri-ciri Khawarij ini sudah berjaya menular ke dalam masyarakat kita, kususnya kepada orang-orang yang kononnya mahu memperjuangkan Islam?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates