Rabu, 10 April 2013

KHTP - CITY OF THE FUTURE?

KHTP atau Kulim HiTech Park adalah satu projek yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir semasa pemerintahannya bagi merancakkan limpahan ekonomi Pulau Pinang ke Kedah. KHTP adalah satu-satunya 'High Tech Park' yang wujud di kalau tidak pun di Asia, tetapi di ASEAN.

Ianya menjadi kebanggaan Malaysia amnya dan Kedah khasnya. Pelaburan dari syarikat Hitech menjadi kebanggaan rakyat disamping mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah dan Malaysia. Peluang-peluang pekerjaan adalah dalam bidang yang berteknologi tinggi seperti teknologi wafer, teknologi solar dan pelbagai lagi.
Silteraa dan Infineon dengan teknologi tinggi wafer nya. First Solar dengan teknoloji terkini solar panelnya. Begitu juga dengan Fuji, Schenker, Entegris, Celestica dan Intel.

Semenjak KHTP diterajui oleh seorang yang tidak dikenali tetapi dikenali kerana menjadi adik-beradik kepada MB Kedah, KHTP amat suram sekali. Tiada ada pelaburan baru yang boleh membanggakan. Cuma yang dilaungkan oleh mereka ialah pelaburan FDI RM1.6 billion yang diambil dari pelaburan First Solar.  Mereka war-warkan seolah-olah mereka yang membawa Frist Solar ke KHTP.

Untuk pengetahun semua First Solar dibawa masuk semasa era pemerintahan BN yang telah berjaya mengalahkan beberapa tawaran dari negara lain. First Solar melabur dalam beberapa fasa yang telahpun bermula masa pemerintahan BN. Keseluruhan Fasa 4 kawasan KHTP telah diambil oleh First Solar untuk 'expansion' kepada fasa berikutnya. Maka setiap kali pembentangan budget, maka akan dimasukkan jumlah FDI oleh First Solar ini sebagai kemasukkan FDI baru. Padahal ianya adalah expansion plan atau pembinaan fasa berikutnya. Begitulah pembohongan kerajaan negeri berkenaan FDI.

Kembali kita kepada Presiden KHTP yang telah disambung kontrak sehingga 2013 kerana cemerlang dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Kedah Times tidak tahu tahap mana kecermelangan Presiden KHTP ini. Tetapi tiada satupun pelabur baru memasuki KHTP dalam era Presiden ini. Malahan, krisis air yang berlaku pun beliau tidak dapat menyelesaikannya dengan baik.

Mungkin kecemerlangan beliau dalam membodek MB yang membolehkan beliau disambung kontrak. Kita tidak tahu! Tetapi jika diukur KHTP sebagai pusat industri berteknoloi tinggi dimana tugas beliau adalah membawa syarikat-syarikat berteknologi tinggi ke KHTP, nampaknya Presiden GAGAL sama sekali.

Malah untuk memujuk syarikat sedia ada untuk mengembangkan operasi merekapun dikira GAGAL jika dilihat Intel yang mengecilkan operasi RnD nya di KHTP. Begitu juga Infineon, Silterra dan Fuji. First Solar masih dalam proses pembinaan kelengkapan plan mereka.

Malah difahamkan yang Presiden KHTP (mungkin kerana terlalu tinggi pangkatnya ... Presiden... macam Presiden The United of America) tidak melayan panggilan Pengarah salah sebuah syarikat besar di KHTP. Pengarah ini berulangkali selama 2 minggu cuba menghubungi Mr Presiden tetapi tiada jawapan. Mungkin kerana tinggi pangkat Presiden, maka hanya PA presiden saja yang layak untuk menalipon dan bercakap dengan Pengarah tersebut.

Jika inilah kehebatan Presiden KHTP yang asalnya hanya bekerja di Kilang di Penang, maka suramlah nampaknya KHTP jika kehadiran Mr Preseiden masih di situ. Tiada pelaburan baru masuk, tiada pengembangan dalam operasi syarikat dan tiada tanda-tanda KHTP dapat mengekalkan "TAMAN BERTEKNOLOGI TINGGI KULIM' serta ' CITY OF THE FUTURE'.

Inilah akibatnya jika meletakkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Yang mereka tahu hanya menonjolkan sikap ego, mereka lebih tahu serta tidak lupa sifat membaling fail yang terbawa-bawa kerana tidak pernah merasa kedudukan yang tinggi selama ini.

Kulim Hi Tech Park ... amat malang rakyat negeri Kedah dan malu kita kepada pengasas dan pemberi ideanya .. Tun Dr Mahathir Mohamad.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Apa yang nak dibanggakan dengan Hi tech.Apakah anak melayu layak jadi perator sahaja kah.Peluang nak berniaga disitu pun susah.PAS cakap kosong sahaja.Indah habak dari rupa.Kroni lagi terok dan dahsyat lagi.Orang luar dan bukan melayu yang nikmati dobawak kerajaan PAS.PAS tipu oarang ramai.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates