Selasa, 9 April 2013

KHTP - hanya 0.1% dari keseluruhan Pelaburan

Seperti dikatakan, selain First Solar yang mana pelaburan telah dibawa masuk oleh pentadbiran lama, dimana pentadbiran baru tanpa malu mendakwa usaha mereka, pelaburan baru semenjak beberapa tahun lepas hanyalah bernilai RM35 juta, iaitu sebuah kilang kecil milik LMA Company.

Presiden KTPC
Nilai RM35 juta bagi KHTP dengan pelaburan total RM23,000,000 (RM23 Billion) secara perbandingan seperti malukut ditepi gantang. Boleh dianggap tiada pelaburan. Hanya 0.1% dalam masa beberapa tahun memerintah, 99.9% selebihnya semasa pemerintahan dulu, iaitu 12 tahun.




PASTI ada yang tidak kena apabila bekas Timbalan Pengerusi Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Datuk Chong Itt Chew menyanggah kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah kononnya pelaburan di taman industri itu terus meningkat dan tiada kilang di situ ditutup sejak pakatan pembangkang mengambil alih Kedah.



Yang pasti, Itt Chew menyatakan antara pelabur utama di KHTP, Fuji Electric, telah pun memindahkan operasinya di situ menyebabkan 2,000 orang hilang kerja.



Malah, katanya, jika mengambil kira penambahan pelaburan First Solar Inc. di situ, ia sebenarnya komitmen syarikat itu yang dibuat semasa BN memerintah lagi. Oleh itu Amiruddin bertanggungjawab memperjelaskan kekeliruan tersebut - siapa yang silap cakap?

Bagi Awang, tidak semua perkara boleh dipolitikkan lebih-lebih lagi apabila perkara yang disentuh itu bersandarkan fakta dan perangkaan.



Setahu Awang, negeri-negeri lain yang diperintah oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan peningkatan pelaburan yang memberangsangkan. Ironinya, usaha meningkatkan pelaburan adalah antara bunyi gendang yang mereka palu semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Masa sekarang adalah masa bagi mengotakan janji untuk membawa kemakmuran. Ingatlah, tidak semua perkara boleh dipolitikkan untuk mengaburi mata pengundi supaya mereka tidak menagih janji.



Awang - Masa menilai.

2 comments:

siberangan berkata...

Apa pun yang diberi komen, walau oleh sesiapa pun Kerajaan PR/PAS bongok ni tak akan jawab. Depa kira apa yang depa kata mengenai KHTP tu benar belaka.

Sabenarnya kenyataan Exco PR/PAS tu tidak berdasarkan fakta dan kenyataan. Kita tahu Amiruddin pernah ka Australia, kononnya nak bawa balik pelaburan. Mana ada pelabur Australia datang. Dia ke sana, makan angin habiskan wang rakyat, mungkin.

Kenyataan beliau mengenai KHTP di sanggah oleh banyak pihak bahawa kenyataannya itu tidak betul, beliau diam.

Ini namanya Wakil Rakyat/Exco yang tidak bertanggung jawab namanya.

mat sempoi berkata...

dikhtp pun ramai juga anak teruna,dara dari kelantan yang bekerja cari makan disitu.aku ingat pelan-pelan kot balik cari makan kat kelantan pula.tok guru depa loyar buruk.rakyat berselerak cari makan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates