Isnin, 15 April 2013

KHTP ... KHTP .. KHTP.. Apa nak jadi!

Kedah Times petik dari laman DKS. Kedah Times tak mau komen apa-apa. Pelawat bacalah sendiri. Jika masih ragu-ragu, boleh lawat KHTP dan borak-boraklah dengan staf disana. Kedah Times pernah ke sana dan berborak dengan beberapa staf. Cerita yang sama ...

Sorotan Di KHTP Dari Kacamata Seorang Pemberita Sambilan.

Tarikh Liputan/Wawancara: Khamis, 22 Disember 2011

Disiarkan di bawah satu kesah benar yang dihantar ke DKS pada bulan lepas sebagai tatapan dan bacaan kita semua.

Pagi tadi aku sempat ikut Datuk Mukhriz ke KHTP, yang belum pernah aku lawati atau aku jejakkan kaki.  Pada program anjuran Malaysian Productivity Centre (MPC) ni, aku sempat berjumpa dengan beberapa kakitangan KHTP.

Berikut adalah serba sedikit maklumat hasil ‘interview’ dengan kakitangan tersebut yang dapat aku rangkumi setelah hampir empat tahun KHTP berada dalam tampuk pengurusan oleh Presiden, Hj Muhamad Sobri Osman yang dilantik oleh kerajaan negeri Kedah dari kalangan parti politik, iaitu Timbalan Presiden PAS Kawasan Sg Petani.

Rata2 kakitangan KHTP sudah muak, meluat dan tidak menyokong cara pengurusan yang cuba diterapkan oleh PAS.  Lebih2 lagi cara pengurusan seorang lagi lantikan politik, iaitu Hj Awang Hashim, Naib Presiden Kewangan KHTP.  Beliau juga sering dilabel ‘lebih sudu dari kuah’ oleh mereka yang aku dah interview.

Memang terdapat banyak yang Datuk Mukhriz sentuh mengenai KHTP semasa ucapan beliau yang banyak menempelak pengurusan tertinggi KHTP sekarang.  Tapi yang lebih menarik lagi ialah ‘inside story’ dari mereka yang masih bekerja di situ yang aku senaraikan di bawah sebagai tatapan.

Difahamkan terdapat berbagai masalah, malapetaka dan bencana dan tidak ketinggalan tragedi yang telah dihadapi sejak pengurusan KHTP diambil alih oleh PAS aka Kedah Sejahtera.  Disiarkan senarai masalah/bencana yang dihadapi oleh KHTP sejak 2008 hingga 2011 dengan bantuan staf KHTP:

1. Ketiadaan bekalan air pada hujung tahun 2009 (Oktober) sehingga menyebabkan kerugian sehingga RM53 juta kepada kilang2 di KHTP disebabkan kegagalan ‘maintenance’ Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) untuk loji air di Pinang Tunggal dan pengurusan KHTP yang kurang pengalaman gagal menangani kemelut ini, walau pun terdapat Cybercity Guidelines yang boleh diguna pakai untuk menangani krisis ini sewaktu kecemasan

2. Gangguan bekalan elektrik di MIMOS (syarikat kaitan kerajaan yg beroperasi di KHTP)

3. Pembelian mesin yang masih tidak boleh digunakan hingga sekarang (water jet CNC); belum diselesaikan isu ini, puncanya dari kegagalan Naib Presiden Tn Hj Anuar Safar meletakkan budget untuk bekalan air (‘DI/de-ionised water‘ untuk mesin tersebut).  Patutnya dia & semua staf/engineer terlibat juga dikenakan DI (domestic inquiry)

4. Naib Presiden Kewangan yang tidak berkelayakan sebagai akauntan, tidak mempunyai kelayakan hanya pengalaman sebagai seorang pegawai bank (current account) di Hong Leong Bank

5. Pemberian kontrak kepada kroni PAS, termasuklah catering, maintenance, repair bumbung bocor, cuci bangunan, supply mesin dll

6. Presiden yang miang2 keladi (mat romeo & syok kat bini orang)

7. Ramai kakitangan yang berhenti & diberhentikan termasuk dari anak syarikat

8. Ramai kakitangan yang diberhentikan dan tidak disambung kontrak masing2 walau pun tiada masalah disiplin

9. Ketiadaan pelaburan besar yang masuk, hanyalah pelaburan yang menyokong pelaburan besar

10. Kemarahan kilang2 di KHTP apabila tarif air dinaikkan tanpa mengira kelulusan tarif istimewa mereka yang diberikan oleh kerajaan negeri terdahulu

11. Lawatan ke luar negara diadakan tapi tidak membuahkan hasil kerana tidak berjaya membawa masuk pelaburan

12. Naib Presiden Pembangunan Industri yang terlampau sehingga menghabiskan wang peruntukan kerajaan untuk melawat luar negara

13. Sikap Presiden yang tidak mesra pelabur & menyebabkan sekolah antarabangsa ELC yang dibuka waktu BN perintah, sekarang terpaksa ditutup akibat tiada sokongan dari KHTP sendiri

14. Ramai kakitangan yang tidak disukai oleh Presiden dikenakan surat tunjuk sebab tanpa sebarang sebab & usul periksa

15. Terdapat kilang yang tidak mengembangkan operasi di KHTP, sebaliknya pergi ke Perak, walau pun masih mempunyai tanah di KHTP

16. Kehilangan kereta syarikat KHTP, Toyota Camry, sampai kini belum ditemui, walau pun KHTP mempunyai sistem CCTV yang canggih, tapi gagal merekod sebarang bukti kecurian di tempat parking yang dikhaskan untuk bos2 KHTP

17. Memberi zakat kepada YIKED yang bukan merupakan penerima wang zakat.  Zakat sepatutnya diserahkan kepada Pejabat Zakat Kulim.  YIKED ini dipimpin oleh Yusrin (ex menantu MB Kedah)

Demikianlah sedikit sebanyak yang patut semua orang Kedah & daerah Kulim/Bandar Baharu tahu sebelum PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini belum lagi dimasukkan dalam senarai masalah / bencana / skandal peringkat negeri, terutamanya isu penyelewengan tabung Memali, isu bangunan KUIN yang mungkin boleh roboh, pergaduhan merebut jawatan MB Kedah dan MB Kedah yang sentiasa cakap ‘saya tak tau’.

Itulah Kedah Sejahtera, yang hanya gah pada slogan, tapi nyata tidak mampu dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri mahu pun pengurusan KHTP.

Hasil Nukilan & Coretan:
Pemberita Sambilan dari Ipoh & Peminat Setia Laman DKS

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Minta siasat pembinaan komplek Majlis Perbandaran Sungai petani. Denagr cerita ada banyak massalah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates