Isnin, 15 April 2013

KHTP vs UPEN

Kisah sedih kehilangan projek Nano Malaysia oleh KHTP kepada SHTP menarik perhatian Kedah Times. DKS menulis dengan terperinci isu ini.

Itulah perbezaan CEO yang dilantik atas kapasiti kebolehan serta pengalamannya berbanding CEO yang dilantik atas dasar parti dan dasar adik beradik.  

Sesuatu yang menarik ialah kenapa KHTP tidak cadangkan saja kepada Persekutuan yang mereka akan dirikan sendiri Pusat Tersebut menggunakan duit dari kerajaan negeri, maklumlah hasil balak meningkat 200%. Bukan KHTP milik kerajaan negeri? Maka buatlah apa yang patut untuk memajukan KHTP. Jangan dok harap nak minta geran dari persekutuan.

Buatlah apa saja untuk kemajuan KHTP seperti mana juak-juak Hj Sobri dok buat diperingkat dalaman KHTP.

Bukan aku nak kata….. Dlm artikel aku yg lepas “UPEN Kedah VS KTPC Kedah” ada aku cerita pasal projek2 yg dicadangkan utk pembangunan KTPC dgn peruntukan yg diminta kpd Federal oleh KTPC nampak gaya tak jalan juga. Kalau dilihat plan tu memang hebat tapi sejauh mana usaha kearah tu yg diambil oleh KTPC.

Bagi aku ternyata task yg pertama telah gagal. Aku difahamkan ramai kroni Hj2 dlm tu dok menggelabah dan tengah kalut mencari jln memenuhkan poket masing2. Apa tidaknya, keyakinan Hj2 dan kroni kurang yakin PAS akan bertahan di Kedah. So, utk menyelamatkan kantong masing2, time ni utk usaha mendapatkan pelaburan baru mahupun menjaga infrastruktur KHTP kurang sesuai.

Apa tidaknya…..

Sudahlah la ni KHTP dilaporkan mengalami sindrom kekurangan pelaburan, sebuah pusat kecemerlangan (centre of excellence) untuk Malaysia juga sudah akan dibina di sebuah taman teknologi yg baru, dan bukan di KHTP.  Mengikut sumber yg dipercayai, KHTP juga ada menghantar permohonan cadangan penubuhan pusat kecemerlangan ni, tapi sebuah taman teknologi yang baru ditubuhkan di selatan tanahair telah berjaya menambat hati pegawai atasan di MOSTI dengan cadangan yang lebih mantap dan canggih.  Ini membuktikan bahawa sesebuah pengurusan bukanlah terletak pada nama, tetapi pada orang yang menguruskannya.  Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kalah di tangan Senai Hi-Tech Park (SHTP). 

Sebagai bukti bahawa KTPC juga telah mencadangkan Pusat Nano Malaysia di KHTP, disertakan kat bawah ni satu dokumen yang berkaitan semasa permohonan untuk Rancangan Malaysia ke 10 baru2 ni kpd EPU.  Juga boleh rujuk artikel aku yg lepas “UPEN Kedah VS KTPC Kedah”.

FORMAT SENARAI PROJEK/PROGRAM RM Ke-10


NAMA PROJEK/PROGRAM
SKOP
Nano Technology Research Center, Kulim Hi-Tech Park
(Projek Baru)
Usahasama dengan pihak MIGHT untuk membangunkan sebuah bangunan berserta prasarana infrastruktur dan makmal kajian untuk Nano teknologi

Anggaran kos : RM50,000,000.00
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah Darul Aman
Aras 3, Block ‘B’, Wisma Darul Aman, Alor Setar
Tel: 04-730xxxx / Fax: 04-733xxxx

Keputusan ni adalah berdasarkan permohonan cadangan yang dikemukakan kepada MOSTI dan panel penilainya yang terdiri dari golongan yang betul-betul profesional, dan bukannya golongan profesional versi PAS seperti Mat Sabu dan Mahfuz.

Kita sama2 ikuti Petikan Berita di bawah:



KUALA LUMPUR 15 Jun - Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND) akan menubuhkan kompleks Pusat NanoMalaysia (NMC) yang bernilai RM200 juta di Taman HiTech Senai, Johor bagi meningkatkan lagi perkembangan teknologi di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, pusat tersebut merupakan projek pertama di Malaysia yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Projek itu akan siap dalam tempoh 12 bulan dari sekarang dan kita bakal menempatkan pusat pentadbiran dan inkubasi yang akan menjadi pusat sehenti untuk aktiviti nano sains dan teknologi antara makmal dan pasaran di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo NanoMalaysia 2011 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Katanya, kewujudan pusat itu merupakan sebahagian Hala Tuju Program NanoMalaysia yang bertujuan memudah dan menyediakan platform pengkomersialan, termasuk kemudahan inkubator teknologi kepada syarikat baru berasaskan nanoteknologi.

"Malaysia menyasarkan teknologi itu menyumbang satu peratus daripada Pendapatan Negara Kasar iaitu RM1.7 trilion menjelang 2020," katanya.




KUALA LUMPUR: The National Nanotechnology Directorate (NND), a unit under the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), will set up a RM200 million NanoMalaysia Centre complex at Senai High Tech Park, Johor.

Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, said the project, under the 10th Malaysia Plan, would be the first of its kind in Malaysia to further drive the development of nanotechnology.

"The centre is expected to be completed within 12 months with administration and incubation centres," he told reporters after officiating the NanoMalaysia Summit and Expo 2011 here today.
It will act as a one-stop centre for nano science and technology activities and provide the missing link between laboratory and market.

The centre will be developed by Senai High Tech Park Sdn Bhd via private-public partnership concept.

It will be managed by NND with the incorporation of NanoMalaysia Bhd as commercial vehicle.
The development of the centre is part of the NanoMalaysia Programme Roadmap to facilitate and provide commercialisation platforms, including technology incubator facilities.

Ongkili said the centre aimed to create the critical mass of entrepreneurs and to facilitate the creation of new nanotechnology-based firms.

"It will also provide the infrastructure and facilities with conducive environment for translational and downstream nano research activities, as well as a workplace for nanotechnologists and scientists," he said.

Under the 10-year NanoMalaysia Programme Master Plan for 2010-2020, it is expected to increase talents with high knowledge in nano science and technology and to commercialise three local products namely, aerogel, carbon nano tube and nanocatalyst in 2012/2013.

The programme also aims to generate between RM100 million and RM150 million in business in 2012/2013 and RM300 million in 2015.

At the event, MOSTI also recognised five research and development centres of excellence out of 17 nationwide to further contribute towards achieving Malaysia's nano aspiration.

They are Centre of Innovative Nanostructures and Nanodevices at Universiti Teknologi Petronas; Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies at Universiti Teknologi Malaysia; Institute of Microengineering and Nanoelectronics at Universiti Kebangsaan Malaysia; Institute of Nano Electronic Engineering at Universiti Malaysia Perlis; and, Mimos Nanoelectronics. – BERNAMA


Persoalannya mengapakah permohonan KHTP ditolak oleh EPU dan MOSTI…..? Adakah tak cukup proses melobinya…..? Sedangkan pengurusan KHTP dilaporkan setiap minggu berada di KL untuk ‘meligan’ geran…..? Juga difahamkan, kertas kerja yg cadangkan oleh KHTP setaraf tingkatan 5 punya. AMAT MEMALUKAN…..

Aku rasa jawapan dia ialah pengurusan tertinggi KHTP la ni  dilihat oleh Kerajaan Pusat sebagai tak berminat utk menjalankan projek tersebut disebabkan perkara berikut:

1.       Permohonan yg dikemukakan tak lengkap dan tak jelas halatuju dan aspirasinya.

2.       Pelaburan iaitu FDI dan DDI ke KHTP telah berkurang dgn mendadak sejak tahun lepas.

3. Pengalaman pengurusan dlm menguruskan Pusat Tekno (Techno Centre) di KHTP juga tak memberangsangkan.  Mesin dan peralatan di situ tak digunakan sepenuhnya, sebaliknya utk kegunaan syarikat ‘dummy’ yang ditubuhkan oleh mereka yg menjaganya (Kulim Technology Management Sdn Bhd).

4.    Pengurusan KHTP juga dilihat tak cekap utk menguruskan dana/geran kerajaan persekutuan.  Banyak geran digunakan utk program ‘makan angin ‘ saja.  Hingga sempat membawa anak bersama ke luar negara menggunakan geran kerajaan (nanti aku keluarkan sapa org tu).  Misi pelaburan ke luar negara tdk digunakan utk menarik pelaburan.

Aku tak tau la kalau2 pembaca tak setuju dgn pendapat aku ni. Sebaliknya di SHTP, penubuhan Pusat NanoMalaysia ni dilihat sebagai pemangkin utk pelaburan FDI dan DDI.

Sekalung tahniah kita ucapkan kepada pengurusan SHTP yg mana tiga org penerajunya adalah terdiri dari bekas pengurusan KTPC (mantan yang menguruskan KHTP), kerana telah berjaya menempatkan sebuah pusat kecemerlangan bernilai RM200 juta ke sana. Aku tengah ambil maklumat BOSS SHTP vs BOSS KHTP….. sabar…..

Apa EXCO Perindustrian Kedah dan BOSS KHTP fikir pun aku tak tau..... Ustat Jijan tu kena letak sebelah sebab tunggu masa saja geng Mat Sabu nak terajang.....


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates