Khamis, 11 April 2013

KTPC Pengurus Taman bertaraf Antarabangsa

Kedah Times dulu memang berminat juga untuk bekerja dengan KTPC, pengurus KHTP. Itu di zaman Dato' Shukri dulu. 

KHTP adalah satu-satunya taman berteknologi tinggi  di Malaysia dan Asia Tenggara yang amat berjaya menarik pelabur-pelabur berteknologi tinggi datang membuka kilang  atau pusat RnD mereka. Intel, Infineon, Silterra, Fuji Electric, First Solar, Entegris, Celestica dan beberapa lagi syarikat bertaraf teknologi tinggi.

Pernah ada ura-ura KHTP disenarai pendek untuk menjadi tempat salah satu syarikat IT/Pembekal Maklumat terbesar didunia, tetapi disebabkan ketidakbijaksanaan Pak Lah, maka syarikat tersebut membatalkannya disaat-saat terakhir.

Kini KTPC menjadi sarang tempat orang-orang kuat PAS bertapak. Yang dulu hanya berjawatan pengurus HR di MNC, kini menjadi orang besar KTPC. Kalau dulu hanya seorang bank officer, kita berjawatan Pegawai kanan di KTPC.

Kalau dulu 'kerja adalah ibadah' tetapi kini kerja adalah tempah membuat duit dan bermegah-megah dengan segala keistimewaan atas kapasiti jawatan tinggi.

Jika kita pergi buat sedikit penyiasatan di PBT KHTP atau Pejabat Tanah untuk lihat ada tak pelabur baru datang ke KHTP, sudah tentu tiada apa yang kita perolehi. Yang orang atas dok bangga sehingga kini ialah First Solar. Itupun bukan hasil usaha mereka tetapi di zaman BN dulu lagi mereka sudah masuk. 

Jika nak bangga dengan syarikat 'support' yang datang menyewa pejabat di KHTP Business Center, itu bukanlah ukuran sebenar. Mereka datang atas kapasiti sebagai vendor atau supplier kepada principal. Ini bukan FDI tetapi FII (Indirect Investment). Tiada kilang dibuka tetapi hanya berbelanja menyewa pejabat KTPC. Amat sedikit income KTPC jika diharapakan kepada sewa seperti ini.

Maka sering kedengaran Presiden KTPC asyik mengadap EPU kerana memohon geran dan sebagainya. Kenapa? Mungkin kantong sudah kering maka geran diperlukan. 

Inilah akibat jika tiada pelabur baru masuk. Infrastruktur asas sudah dibelanjakan, tanah baru sudah diambilalih tetapi tiada REVENUE boleh di generate dari semua ini. Pelabur-pelabur lama mungkin sudah langsaikan semua harga premium tanah dan sebagainya.

Maka disinilah letaknya kebijaksanaan pengurusan atasan KTPC. Mereka perlu membuat lebih promosi untuk pelaburan baru dan boleh menambah pendapatan KTPC. Ini dapat mengurangkan penggantungan kepada Persekutuan untuk kos operasi KTPC.

Sebaliknya pengurusan atasan hanya bermain wayang dengan lebih memfokuskan aktiviti 5S, KPI dan pelbagai program yang tidak menjana pendapatan kepada KTPC.

MOU dengan University Multimedia. Kita tidak tahu apa perancangan yang bakal dilakukan oleh MMU dan KTPC, mungkin Mr Presiden boleh dedahkan senarai MOU yang ditandatangani. 
Atau ini hanya program syok sendiri?  Boleh terangkan sikit, kami rakyat nak tahu juga. Kini MOU tersebut hanya tinggal MOU. Tiada apa yang berlaku

Suasana pejabat KTPC sudah tidak seperti dulu lagi. Kalau dulu sering kita lihat orang-orang asing berkunjung ke Tingkat 3 Business Center untuk mendengar taklimat atau mengadakan interview dengan pelbagai agensi, tapi kini tiada apa yang boleh dibanggakan. Robert Bosch pun lari ke Penang.  Yang ada mungkin program dan perjumpaan syok sendiri .... minta presiden bagi sikit penerangan ..

Kedah Times tertanya-tanya juga bagaimana dengan suasana kerja antara staf-staf disana? Apakah mereka sekarang ini 'happy'? Atau mereka ada keluh kesah yang mungkin nak bagitau tapi apakan daya .. tempat mencari rezeki .. takkan nak masukkan pasir dalam periuk sendiri.

Tetapi ada juga dengar cerita yang pegawai atasan di KTPC sudah ada yang seperti KERA MENDAPAT BUNGA. Maklum lah dulu hanya pegawai biasa sahaja, tapi kini sudah menjadi pengurusan kanan.  Kalau tidak ada sekelumit perasaan ego tu, mungkin mohong la kot. heheh.

Tetapi KTPC adalah pengurus sebuah taman berteknologi tinggi yang dikenali seluruh dunia. Maka jika apa yang berlaku seperti yang dituliskan, maka amat malanglah rakyat Kedah. Peluang pekerjaan baru tidak bertambah, sebaliknya imej KHTP sudah jatuh ke tahap tiada pelabur baru sudi datang bertanya khabar.

Kedah Times nak rayu kepada Pengerusi KTPC supaya jenguk-jenguk lah selalu ke KHTP. Tekanlah Presiden tu supaya banyakkan program marketing dan promotion supaya pelabur baru datang. Harapkan THAMS yang asyik keluar negara saja tapi tiada apa yang dibawa baliknya. Masuk angin keluar asap kalau diharapkan sangat kepada THAMS. Presiden dan Pengerusi kenalah mainkan peranan yang lebih.

Ataua Kedah Times sarankan supaya dilantik saja mereka yang professional untuk menerajui KTPC. Biar mereka buat kerja secara professional. Bukannya dapat jawatan atas kapasiti politik. Sesekali kita kena mengakulah yang kita gagal dan biarkan professional lakukan untuk kita.

Apa kata Tuan Pengerusi? 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tutup sja KTPC tuuuuu. Buat perabih duit saja, bukan ada faedah apa pun.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates