Rabu, 10 April 2013

Kulim Hi-Tech Park: Peleburan Langsung Wang Rakyat Kedah 2

Oleh: dukeofmontecristo

Kulim Hi-Tech Park adalah sebuah taman perindustrian yang ditubuhkan pada 1996. Ianya menjadi sebuah taman perindustrian yang sangat membanggakan Negeri Kedah suatu ketika dahulu kerana mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai anak-anak Kedah.

Selain itu, dengan kehadiran Kulim Hi-Tech Park, pertumbuhan ekonomi berkembang maju dan menghasilkan pulangan lumayan kepada Kerajaan Negeri Kedah. Impak ekonomi yang terhasil dari Kulim Hi-Tech Park telah menjadikannya sebagai salah sebuah kawasan perindusrian yang “elit” dan terkenal. 
Dilaporkan Kulim Hi-Tech Park telah menerima RM23 billion pelaburan sejak awal ditubuhkan dahulu. Beruntung sungguh Negeri Kedah kerana memiliki Kulim Hi-Tech Park yang diterajui oleh Dato’ Ahmad Syukri yang sangat berpengalaman dan berjaya mencuri masuk banyak projek-projek mega menerusi usaha mencari pelaburannya yang konsisten dan efektif. 

Namun, itu dulu. Kini, keadaanya sudah terbalik 360 darjah. Kulim Hi-Tech Park kini tidak ubah sebagai tapak untuk menghabiskan wang Kerajaan Negeri Kedah oleh beberapa pihak yang kurang bertanggungjawab. Setelah PAS berjaya menjajah negeri Kedah, prestasi Kulim Hi-Tech Park jatuh merudum dan suasana di taman perindustrian tersebut menjadi “padang jarak padang tekukur”. Serba serbi tidak kena dan KHTP yang dulunya gagah perkasa memacu ekonomi negeri Kedah telah kehilangan arah tujunya. Mengapa jadi begini? Di mana silapnya KHTP?

Setelah PAS menguasai Kerajaan Negeri Kedah, Azizan Razak telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk melantik “kroni”nya sendiri untuk mengetuai taman perindustrian yang berprestij itu. Tn. Hj. Muhammad Sobri selaku suami kepada sepupunya telah dilantik sebagai Presiden KHTP. Maka dengan itu, bermulalah episod malang untuk KHTP dan sekalian warganya.

Untuk menunjukkan bahawa PAS konon-kononnya tidak zalim untuk memberhentikan pengarah-pengarah yang dikatakan penyokong UMNO, maka tak siapa pun diberhentikan pada awal pengambil alihan kuasa di KHTP itu. Namun, isi perut pengurusan baru dari PAS itu dapat dihidu. Sketsa penyingkiran Dato’ Ahmad Syukri bermula dengan tekanan demi tekanan diberikan kepada bekas Ketua Eksekutif KHTP itu. Dato’ Ahmad Syukri yang sangat berjasa dan disayangi oleh warga KHTP telah ditekan dan dimalukan sewenang-wenangnya.

Yusrin, seorang lagi “kroni” Azizan Razak yang merupakan bekas menantu MB Kedah pernah menempelak pengarah-pengarah di dalam mesyuarat di KHTP, terutamanya Dato’ Syukri. Yusrin mengatakan adalah amat mudah untuk mengendalikan KHTP, hatta monyet pun mampu mengendalikannya! Kenyataan angkuh oleh Yusrin di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah itu jelas memperkecilkan usaha gigih Dato’ Ahmad Syukri sebelum ini. 

Pembaca mahu tahu atas apakah kehadiran Yusrin di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah itu? Status Yusrin ketika itu tidak lebih hanyalah sebagai “pemerhati” mesyuarat sahaja, namun lagaknya bagai CEO! Sedarkah Yusrin bahawa individu-individu yang di”sama”kan dengan monyet itulah yang menjadikan Kulim Hi-Tech begitu meraih dengan pelaburan dari dalam dan luar negara.

Episod penyingkiran Dato’ Ahmad Syukri tidak habis disitu. Konspirasi di Kulim Hi-Tech terhadap Dato’ Syukri semakin menjadi-jadi. Ini termasuklah beberapa sms dan surat layang yang dibuat bagi tujuan memburuk-burukkan Dato’ Syukri. Desas desus yang mengaitkan Dato’ Syukri dan penyalahgunaan kuasa serta korupsi sengaja dibuat-buat turut memburukkan keadaan. Fitnah yang mendesak dan menekan diri seakan telah membuatkan Dato’ Syukri sudah bosan dengan mainan “politik” busuk peneraju Kulim Hi-Tech Industrial Park  itu. 

Hakikat tuduhan fitnah penyalahgunaan kuasa dan korupsi oleh Dato’ Syukri itu tidak pernah dibuktikan. Mungkin atas sebab tidak mahu lagi diperbudak-budakkan oleh “budak-budak hingusan”, maka Dato’ Syukri meletakkan jawatannya di KHTP. Maka seronoklah sebentar si Sobri dan konco-konconya.

Berkelulusan ijazah “Elektronic Engineering” dan berlatar belakangkan Human Resource di bahagian “Training and Staff Development”, Sobri Osman sebenarnya tidak tahu langsung mentadbir sebuah taman industri berteknologi tinggi seperti KHTP. Dari itu, dia mula mencari “kaki-kaki” yang kononnya boleh diharap untuk membantunya. 

Setelah Dato’ Syukri berjaya disingkirkan, Tuan Haji ini mula mencari dan mengenal pasti mana-mana warga KHTP yang menyokong UMNO atau Barisan Nasional. Tuan Haji ini juga mula menggeledah dan cuba mencari mana-mana lubang dan ketempangan pengurusan KHTP ketika pengurusan dibawah Dato’ Sobri. Itu kerja yang difokus olehSobri pada 6 bulan pertamanya di KHTP.

Warga KHTP mula rimas dan tertekan dengan cara pentadbiran dan pengurusan “Tuan Haji Sobri dan Co.”. KHTP seakan hilang arah tuju dan mula goyah. Ramai warga-warga terlatih, mahir dan efisien, perlahan-lahan menyertai tindakah Dato’ Syukri meninggalkan KHTP. Begitu juga dengan para pelabur yang mula mengeluh akibat ketidak cekapan pengurusan KHTP yang baru ini. Menurut sumber dalaman, segala surat komplen atau memo yang diterima oleh KHTP selalunya akan ter”peram” di dalam pejabat Tuan Haji Sobri tanpa sebarang tindakan atau respon. Perkara ini begitu menggusarkan hati warga KHTP. Apatah lagi Tuan Haji ini juga dikhabarkan mempamerkan ke”gatal”annya terhadap beberapa staff KHTP. Sikap itu membuat warga KHTP semakin menyampah pada “sampah” KHTP itu.

Untuk membantu Tuan Haji Sobri “merosakkan” KHTP, maka dia telah melantik Annuar Mohd Safar sebagai orang kepercayaannya. Jawatan penting di dalam KHTP juga diberikan kepada kroni-kroni Sobri walaupun mereka ini tidak punya pengalaman dan tidak layak dengan “requirements” posisi penting itu. Jika layak sekalipun, individu yang dilantik itu tidak punya kreadibiliti. Sebagai contoh, Annaur yang dikenali sebagai penyokong kuat PKR pernah bertugas di Technology Park Malaysia, namun dia di”nasihat”kan berhenti atau dia akan diberhentikan. Sebabnya? Sebabnya dia disyaki terlibat dengan korupsi.

Namun, Annuar masih lagi tidak serik untuk mengulangi tabiat buruknya itu di KHTP apabila dibuktikan sebagai korup.  Surat tunjuk sebab telah dikeluarkan KHTP padanya dan siasatan itu dikendalikan sendiri oleh Tuan Haji Sobri. Dikhabarkan bahawa semua bukti dan saksi menunjukkan bahawa Annuar sebagai korup. Namun, mungkin atau dasar pilih kasih maka Annuar terlepas. Manakala pekerja-pekerja yang disyaki berpotensi untuk mengemukakan bukti Annuar korup atau membahayakan “rahsia sulit”nya, habis dibuang oleh Annuar. Atas dasar “orang kepercayaan”, maka Sobri hanya menurut kehendak Annuar. Sobri sendiri dilaporkan pernah dihubungi oleh pekerja teraniaya dan sayang pada KHTP untuk meminta Sobri berhati-hati dengan “musang berbulu ayam” itu. Tapi, tak tahulah sama ada Sobri menghargai nasihat dari bekas warga KHTP itu.

Sobri kemudian melantik seorang lagi “orang kepercayaan”nya di KHTP. Kali ini ialah seorang bekas “pegawai rendah Hong Leong Bank” yang bernama Awang Hashim sebagai Naib Presiden (Bahagian Kewangan). Bagaikan “kera dapat bunga”, maka ber”cempera”lah akaun kewangan KHTP. Awang dikatakan tidak tahu membaca akaun korporat dan buta tentang akaun pelaburan asing. Iyalah, apa yang dijangka dari seorang pegawai rendah bank? Mungkin itu dia hanya tahu tentang asas akaun bank sahaja. Manalah dia tahu selok belok perakaunan korporat tahap global. Tapi, satu perkara ini sememangnya Awang Hashim pandai, iaitu “memilih vendor dan kontraktor” secara “direct nego”. Mana tidaknya jika perkara itu mampu memberikannya “wang poket” yang lumayan!

KHTP semakin “lemah”. Pengurusannya begitu kucar kacir. Pentadbiran Tuan Haji Sobri membantutkan pertumbuhan pelaburan dan ekonomi KHTP. Motivasi warga KHTP merudum ke tahap paling bawah. Jika dahulu Dato’ Ahmad Syukri mampu membawa masuk 3 pelaburan setahun di KHTP, pengurusan Tuan Haji Sobri kita ini hanya membawa pulang buah tangan untuk anak isteri dan gambar-gambar melancong (ada yang melencong!). Jika dulu di zaman Dato’ Syukri KHTP berbelanja berpuluh ribu ringgit bersama MIDA ke luar negeri membawa balik pelaburan lumayan. Namun, KHTP di zaman Sobri berbelanja berpuluh ribu ringgit ke luar negeri dan lawatan mencari pelaburan itu lebih layak dipanggil “lawatan meleburkan duit KHTP dan rakyat” apabila membawa pulang “habuk” kepada negeri Kedah.

Walaupun prestasi KHTP jatuh menjunam berbanding ketika pentadbiran Dato’ Syukri, Tuan Haji Sobri tidak teragak-agak menaikkan gajinya kepada RM22,000 berbanding Dato’ Syukri dahulu yang  hanya bergaji RM15,000 sebulan. Begitu juga dengan kroni-kroninya yang  diberikan kenaikan gaji yang tinggi berbanding En. Zulkefli yang hanya dinaikkan RM1000 semata-mata hanya dia dikatakan “orang Dato’ Syukri” dan “orang UMNO”! Di sini, kita dapat melihat satu diskiriminasi politik dan sikap tidak professional dari “Tuan Haji” Sobri.
Jelas sekali, sikap kekampungan oleh Sobri ini tidak membawa untung apa-apa pada KHTP. Melalui blog-blog sahabat di utara, diberitakan bahawa para pelabur sedang mula menarik keluar pelaburan mereka dari KHTP. Mereka memendam rasa, terutamanya tentang pengalaman “air takdak” di KHTP tempohari yang mengakibatkan mereka dianggarkan kerugian Rm53 juta! Siapa yang tidak terkilan? Dilaporkan, inilah kali pertama KHTP dan Kerajaan Negeri Kedah disaman oleh pelabur-pelabur itu. Dalam pada itu, pelabur mula mengeluarkan pelaburan mereka di KHTP dengan alasan “memindahkan” aset dan operasi syarikat, padahal kita semua tahu itu hanyalah alasan perniagaan untuk menarik keluar pelaburan! Hanya Kerajaan Negeri Kedah sahaja yang masih “buta” dan cuba mengheret rakyat supaya “buta” bersama mereka. Azizan dan Sobri hanya mampu membohongi Kedah dengan angka bilangan ciptaan mereka yang tidak punya ada asas dan kreadibiliti, kononnya KHTP sedang rancak dengan kemajuan pelaburan berbanding di zaman BN! Mungkin mereka bermimpi di siang hari…

Kedah Times : Petikan dari blog Duke of UMNO. Mungkin benar apa yang ditulis. 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

KITA MAHU DAN MENDESAK SUPAYA PRESIDEN KHTP MENJAWAB KENYATAAN ARTIKAL INI DENGAN FAKTA-FAKTA YANG LENGKAP:

BERAPA JUMLAH PELABOR YANG MASIH BEROPRASI DI KHTP DAN ASET MEREKA YANG SEDIA ADA? BERAPA PELABUR YANG BARU DAN JUMLAH ASETNYA? BERAPA JUMLAH PEKERJA YANG ADA DI KHTP MENGIKUT KETEGERI? BERAPA PENDAPATAN KHTP PADA SABULAN DAN DENGAN PENDAPATAN YANG ADA MENCUKUPIKAH PERBELANJAAN SABULAN? BERAPAKAH JUMLAH DUIT PKNK YANG DI GUNAKAN UNTUK MENGURUS DAN PEMBANGUNAN KHTP? SUDAHKAH DIBAYAR BALIK?.

KITA TIDAK MAHU JAWAPAN INI DIBUAT OLEH MB ATAU EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH. SEBAB MEREKA MENJAWABNYA SECARA POLITIK NAK SEDAPKAN TELINGA RAKYAT.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates