Rabu, 10 April 2013

Kulim Hitech Park - semakin cerah atau Malap?

Petikan ini Kedah Times ambil dari Blog Dulu Kini dan Selamanya .Terimakasih.

Setelah PAS mengambil alih pengurusan KHTP sejak May 2008, mari kita buat sedikit analisis mengenai konsep kepimpinan dan pengurusan KHTP dahulu (BN) dan sekarang (PAS).

Kajian ini berkait rapat dengan pelaburan langsung asing kerana tampuk pemerintahan ini ditranslasikan melalui kejayaan dalam membawa pelaburan langsung iaitu Foreign Direct Investment (FDI) dan Domestic Direct Investment (DDI).

Sejak ianya ditubuhkan seawal tahun 1993 di Alor Setar bermula di bawah satu Unit di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), KHTP telah berkembang pesat menjadi kawasan perindustrian yang terkenal di dunia dengan nilai pelaburan anggaran sebanyak RM24 billion (2010).

Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri pada masa itu telah berjaya menarik Intel untuk melabur, dan selanjutnya ianya amat mudah dipasarkan kerana nama Intel sudah cukup untuk menarik pelabur antarabangsa yang lain ke KHTP. Pelabur lain yang tidak asing ialah Infineon, Silterra, Fuji Electric dan terbaru sekali First Solar.

Nama syarikat yang menguruskan KHTP ialah Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC).

Melalui pelaburan-pelaburan yang masuk ini, maka wujudlah salah faham sewaktu BN dahulu dan juga PAS sekarang bahawa KHTP adalah ‘lubuk emas’. Berpaksikan ini jugalah ramai ahli politik UMNO dahulu dan PAS sekarang yang berlumba-lumba melobi untuk berada di KHTP baik diperingkat Ahli Lembaga Pengarah atau peringkat pengurusan. Semuanya mahu berada di KHTP. Ramai yang beranggapan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi CEO atau Presiden di KHTP mahupun KTPC.

Walau pun UMNO juga cuba untuk berada di dalam pengurusan KTPC, ini tidak dilakukan sewaktu kepimpinan empat Menteri Besar UMNO iaitu Osman Aroff, Sanusi Junid, Syed Razak dan Mahdzir Khalid. Pada waktu itu, orang politik atau ‘political appointment’ hanyalah di peringkat Ahli Lembaga Pengarah sahaja.

Tuan Hj Mohammad Sobri Osman
Presiden Kulim HITECH Park (sebenarnya Presiden KTPC)
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani
Pengarah Majlis Tindakan DUN Bakar Arang
AJK PAS Negeri (Lantikan)
Peringkat pengurusan dibiarkan kepada golongan professional, di mana waktu itu, Y.Bhg Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin dan pasukan profesionalnya yang mana antara kriteria pada waktu itu memerlukan akauntan bertauliah menjadi GM, Pengurus Kanan atau Ketua untuk Bahagian Kewangan. Malah Dato Shukri juga adalah jurusan ‘accountancy’ dan memiliki pengalaman luas dalam menguruskan syarikat GLC negeri dan juga ‘science park management company’. Maka inilah yang dikatakan pengurusan yang professional.

Justeru itu, apabila PAS mengambil alih pengurusan KTPC secara rasmi pada September 2008, maka kaedah  ‘professional appointment’ ini telah ditukar menjadikan pasukan pengurusan dari kalangan ‘political appointment’.

1. Haji Muhammad Sobri Osman yang mempunyai MBA (kelulusan tinggi juga) telah dilantik oleh Ustaz Azizan menjadi Presiden KTPC (bukan KHTP), hanyalah merupakan Pengurus Kanan HR di Hitachi Metals (sekarang Renesas) di Kulim dan Pulau Pinang. Kalau kita bekerja di kilang, jika kita engineer dan ada MBA pulak tu , berada di HR, maka ini merupakan taktik ‘cold storage’ kilang tersebut. Mungkin kepakaran beliau hanyalah dalam sistem 5S sahaja (6S kalau tambah nama dia sekali), dan tiada pengalaman dalam pengurusan GLC negeri.

Hj Awang Hashim
Bergaya di samping mesin untuk KTPC dalam lawatan ke Jerman
(tarikh seperti di gambar).
Dulu dok di bank mana nak merasa pi tempat-tempat macam ni.
2. Pelantikan Hj Awang Hashim (Mr Broken English) yang merupakan bekas Pegawai Bank di Hong Leong Bank menjadi Naib Presiden/Vice President iaitu orang yang menjaga perihal Kewangan KTPC. Perlu diingatkan bahawa kerja di bank tidak sama dengan menguruskan KTPC yang menjadi syarikat mengurus dan membangunkan KHTP.

Bayangkan standard KTPC dahulu, untuk menjadi Ketua Bahagian Kewangan, iaitu yang memerlukan keahlian ACCA dan kelulusan akauntan sudah ditukar oleh PAS kepada hanya pengalaman bekerja di bank dalam satu tempoh yang lama.

Maka hilanglah profesionalisma pengurusan yang sekian lama telah menjadi tunjang kekuatan KHTP iaitu memiliki pasukan pengurusan berpengalaman dan berkelulusan tinggi dalam bidang masing-masing di KTPC.

Tidak dinafikan bahawa sewaktu zaman UMNO pun terdapat cubaan untuk melakukan ‘political appointment’ tetapi ianya tidak dijalankan, dan ini sebenarnya adalah ‘rahsia kejayaan’ sewaktu pimpinan Dato’ Shukri dan juga orang kanannya pada waktu itu, tak lain dan tak bukan Encik Azaham Abidin. Mereka juga dibantu oleh pengurusan kanan yang berpengalaman dan bersefahaman dan kurangnya kaki ampu pada masa itu (yang ada kaki ampu cuma dua orang saja masa tu).

Walau pun PAS menyatakan kerajaan dan pengurusan terdahulu mengamalkan rasuah, tetapi pada masa inilah rekod pelaburan tertinggi di KHTP telah dicapai. Malah masalah infrastruktur seperti elektrik dan air juga adalah minimal. Sebenarnya semua cerita rasuah ini digembar-gemburkan dalam ceramah PAS sahaja dan kemudiannya mereka sendiri terpengaruh dengan dongeng mereka sendiri. Sila tanya kepada MIDA Kedah di Alor Setar untuk maklumat lanjut.

Pelaburan Yang Di Terima di KHTP (1996 – 2010)

Tahun            Jumlah Pelaburan
1996              RM1.03 billion
1997              RM926 juta
1998              RM1.144 billion
1999              RM2.785 billion
2000              RM115 juta
2001              RM6.217 billion
2002              0 (Kegawatan Ekonomi_
2003              0 (Kegawatan Ekonomi)

2004              RM5.27 billion
2005              RM1.3 billion
2006              RM566 juta

2007              RM2.084 billion
2008              RM1.440 billion
2009              RM134 juta
2010              RM1.295 billion

Jumlah           RM24.306 billion
(Biru=BN; Hijau=PAS). Untul pengetahuan pelaburan 1.4 dan 1.3 bilion adalah penambahan pelaburan sedia ada oleh First Solar dan Fuju. Jadi yang tinggal atas usaha Hj Sobri dan gang hanyalah 134 juta saja.

Apa yang ingin ditekankan disini ialah ‘give credit where it is due’, dan kerajaan PAS sekarang perlu memberi ‘credit’ kepada kerajaan BN yang mentadbir KHTP melalui KTPC secara yang betul dan mengikut teori pengurusan yang betul, dan hasilnya ialah pencapaian FDI yang memberangsangkan seperti di atas. Malah untuk mencapai FDI di atas ini, hanya sejumlah RM2 billion telah dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur di KHTP oleh Kerajaan Persekutuan.

Janganlah menuduh secara melulu dan berusaha mengeluarkan beberapa individu secara paksa dan ‘cold storage’ dari KTPC, sedangkan Kerajaan Negeri sekarang mengamalkan pengurusan ‘nepotisme’ iaitu Presiden KTPC ada pertalian saudara dengan Menteri Besar Kedah melalui isteri beliau.

Ada ura-ura mengatakan pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), syarikat yang menguruskan Northern Corridor (Koridor Utara) yang juga merupakan agensi Kerajaan Persekutuan sudah pun diberikan mandat untuk menjalankan kajian kesesuaian (feasibility study) untuk mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri Kedah.

Ironinya disini ialah Hj Sobri, Presiden KTPC menjadi teramat marah kepada mantan CEO KTPC dan kuncu-kuncunya apabila bila mengetahui bahawa satu cadangan iaitu Kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan KTPC dicadangkan oleh Dato Shukri kepada Kabinet Malaysia pada tahun 2008.

Malah dilaporkan kini Hj Sobri juga berada dalam Jawatankuasa kajian tersebut. Punca utama cadangan untuk NCIA mengambil alih pengurusan KHTP adalah disebabkan oleh ketidakcekapan Presiden KTPC sekarang dalam menangani krisis ketiadaan air di KHTP yang menyebabkan penutupan beberapa kilang di KHTP (yang belum pernah terjadi dalam sejarah penubuhan KHTP).

Ternyatalah pengurusan di bawah Kerajaan PAS adalah pengurusan yang mengikut emosi sahaja. Malah VP Kewangan, Hj Awang juga dilaporkan selalu tidak berada di pejabat. Inilah padahnya menukar pasukan pengurusan berdasarkan 'professional appointment' kepada ‘political appointment’.

PAS dan juga BN buatlah kesimpulan sendiri dan bertanya adakah Hj Sobri, Hj Awang dan kuncu-kuncunya (Hj Anuar, Hj Fitri, Hj Shahiran, Hj Patrick, Hj Zaidi dan Hajah Laili) masih sesuai untuk berada di KTPC untuk mengurus KHTP secara professional atau mereka ini perlu diganti dengan mereka yang lebih mantap dan dari kalangan anti bodek…….?

Mungkinkah Dato Redza Rafiq, Ketua Eksekutif NCIA ada jawapannya. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Semoga padah melantik orang politik ke jawatan tinggi di KTPC tidak berulang lagi di masa hadapan (secara logik pun, orang politik tiada masa untuk mentadbir urus KTPC) dan tinggi harapan agar KTPC menjadi agensi persekutuan dan tidak berada di peringkat negeri kerana KHTP adalah projek nasional dan telah dibangunkan sepenuhnya dan jayanya oleh Kerajaan Persekutuan.

10 comments:

baju merah berkata...

apa nak buattttt.Bila bini yang canti comel dapat pada orang lain yang hudoh perangai nya.telan air lior lah sahaja bila bini cantik itu jadi mainan orang lain.Sama lah dengan KHTPC ini.Masa BN perintah dulu pun ada juga sosek sosek sana sini.Katanya one man show sahaja yg dimain oleh Dato Shukri sendiri.Waktu itu pun KHTPC ada juga banyak masaalah/Jangan kata Dato Shukri hebat sangat.Dia pun ada juga jongkang jongkit.Hasilnya melayu jadi CEO sama ada BN ke PAS ke melayu yang pelece melayu.Apakah KHTPC memerlukan cina atau india atau celonis.Melayu main politik ber;lebihan.Eloklah di kilang hitech pun melayu bangga jadi operetor sahaja.Makan kuah.Isi orang lain punya.Serupa sahaja BN/UMNo/Pas.Bila dapat kuasa lupa diri dan rakyat.

nayan berkata...

Kepada Baju Merah: Apa yg kita harapkan apabila CEO atau Presiden dilantik? Sudah tentu ingin melihat KHTP menjadi tempat pilihan pelabur HiTech. Bila pelabur ini datang, org melayu diharap dapat bersedia dan bersungguh2 mencari peluang untuk menjadi sebahagian dari syarikat tersebut. Tetapi apa dah jadi dgn anak-anak Melayu? Pembangkang merosakkan jiwa mereka dgn lebih menanamkan semnagat benci dan memberontak. Sebab itu mereka hanya layak menjadi operator. Bangsa lain diajar supaya mencari ilmu dan pengalaman untuk menempuh era modem.
Cuba lihat hasil zaman dato shukri berbanding hasil zaman presiden baru ini. Yg billion tu adalah hasil dari zaman datuk shukri ... first Solar.
Mereka hanya berpolitik dlm KTPC, bukannya utk memajukan KHTP

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah ada figure investment, ini adalah KPI pencapaian pengurusan yang mengurus KHTP, jadi artikel ini cuba menunjukkan bahawa masa BN jaga KHTP, keadaanya adalah baik, dan Datuk Shukri ada bersamanya team yang profesional. Sekarang Hj Sobri hanya ramai Hj yang kaki bodek dan kaki 'berjalan' sahaja, bukannya buat kerja. Itu sahaja, tiada isu mengenai kena perlu ambil bukan Melayu. Wahai 'Baju Merah', jangan perkecilkan anak Melayu, ada ramai engineer dan Melayu dalam R&D di KHTP tu. Cuma yang kita perlu tukar sekarang ialah HJ Sobri tu yang tak tau buat kerja. PAS boleh cari pemain import dari negeri lain yang ada penaglaman mentadbir sesebuah kawasan industri, bukannya yang ada pengalaman kerja di kilang macam Hj Sobri tu. Memang KHTP ada masalah, tetapi ianya ditadbir dengan baik masa BN, dan sekarang sahaja agak suram di bawah naungan PAS Kedah Sejahtera ni. Artikel ini analisis yang baik lengkap dengan statistik. Kalau tuduh BN dulu rasuah, macam mana banyak FDI dan sekarang PAS tiada rasuah kurang FDI dan berlakunya masalah tiada air di KHTP, yang tidak pernah terjadi sebelum ini sampai kilang di KHTP rugi RM50 juta lebih? Baju Merah, tolong jawap sat.

letih dahhh berkata...

jgn dok layan la si BAJU MERAH tu. dia pun serupa dok makan hasil PAS lanie..

Tk kisahlah la.. tk kisah sapa pun jadi presiden.. cuma kami harap semua orang dapat dok sekali bincang elok elok.. buat keje.. bukan buat keje untuk perut sendiri.. "sikit-sikit tn haji suruh.. sikit sikit tn haji suruh.. " apa la.. tk dk langsung tokoh pemimpin gy disegani

Masalah utama di KTPC ini ialah sifat presiden dan org presiden yg ada sifat ego dan tidak mahu mendengar pendapat org lain. Tapi kalau pendapat itu datang dari orang mereka sendiri ( yg depa rasa satu kepala ), depa akan consider. Kalau pendapat itu dari orang yg depa rasa tk leh masuk geng, confirm depa akan fikir seratus kali. Bukan org tu tk mau masuk geng tapi dah tk leh gi ( kate org kelate) dk nengok perangai hipokrit .
Ditambah lagi dengan orang-orang yg sentiasa ada direct contact dengan presiden.. macam admin mgr cum com sec yg sepatutnya menasihat presiden , hj awang bukanya ikut sahaja..tk reti nak bangkang takutt miss sorruuu..
Ingatlah kalau kita rasa kita tu hebat, ada lagi orang yang lebih hebat dari kita.. kalau kita rasa kita tu sekarang dah tinggi pangkat dan pengaruh sehinggakan kita rasa kita boleh tutup rezeki periuk nasi orang,tikam orang dari belakang, tunggulah satu hari nanti, periuk nasi rezeki kita pun akan ditutup sama oleh orang lain pulak.

ana pesan saja. dont angry me.

Tanpa Nama berkata...

Wowww, banyak tu rugi air, sapa nak bayar, HJ atau Ustad, dengaq habaq surat dari KITA dah lama terperap dalam bilik MB, nasib la SePol pun dah resign. Memang patut di catat dalam 'Hari Ini Dalam Sejarah' kisah tragedi KHTP ketiadaan air sedangkan kawasan ini adalah kedua paling banyak menerima hujan selepas Taiping. Tapi apa yang Tuan Haji kita kena? Tak kena apa pun, malah kontrak disambung untuk 2 tahun lagi. Alahai PAS, Ustad & Amiruddin, macam mana hangpa ni pilih calon yang cakap saja lebih, kerja tak buat. Masuk angin keluaq asap. Jalan-jalan pi oversea. Macam mana Hj Anuar & Hj Awang dah balik ka dari Las Vegas? Apa investment yang depa bawak balik? Ada souvenir saja kot bawak balik? Aku ingat depa ni bawak balik key chain saja

Tanpa Nama berkata...

Tu lah aku pun dok heran ustaz azizan marah kt pemberita " Nak buat kerja buat cara Islam". Tapi hakikatnya tiap2 insan PAS yg aku jumpak selama ni tak buat kerja macam Islam pun. Usah cakap lah pasai sahsiah dan keperibadian... penuh dgn hipokrit dan plastik. Depa kata PAS=Islam tpi hakikatnya PAS tu hanyalah ideologi politik sahaja yg bersifat chameleon dan tidak berpendirian, maka jadilah pak turut DAP/PKR. Kini terserlah sudah. Terimalah hakikat Malaysia ni berbilang bangsa dan mimpilah PAS utk memperjuangkan agenda jumud dan lapuknya tu. Bagi mereka di KHTPC tu yg tak sedaq diri tu, enjoylah sepuas2nya sehingga ia berakhir mcam cakap org puteh What goes round comes around. Ingat Allah tu maha adil!

Tanpa Nama berkata...

Baru baru ni dengaq cita, sekurang-kurangnya lebih 14 staf KTPC ("termasuk yg berkelayakan profesional") dah meletak jawatan dalam tempoh masa 12 bulan (2010) dan dengaq kata ada pulak sorang lagi (yg berkelayakan progfesional gak) akan menaiki "cruise" yg sama gak.Tidak pernah dalam sejarah KTPC perletakan jawatan beramai2 terjadi. Ikut logiknya, mesti ada yang tak kena dengan pucuk pimpinan Hj Sobri ni! Lu pikirlah sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Saya tengok banyak komen yang bernas disini, jadi saya boleh simpulkan disini ialah hasil kejayaan PAS di KHTP ialah ketiadaan air dan kadar yang agak tinggi untuk apa yang dipanggil 'staff turnover rate'. Memang nampak cara pengurusan KHTP ni agak tidak bermaya sekarang. Cuma persoalannya sekarang ialah apa yang kakitangan HJ Sobri pi buat di Las Vegas tu, bukan ka tempat tu casino yang banyak, mana ada syarikat gergasi di situ, yang ada di Silicon Valley. Ni nampak gaya melencong. Apa nak buat. Dengar khabar yang pi tu ialah VP Kewangan, VP Industri dan juga Pengurus PR, Hj Patrick (Mabrur). Sedangkan Pengurus Pemasaran kena dok di ofis. Ini semua ada kaitan dengan PAS dan juga konsep pilih bulu untuk bawa pi makan angin oversea. Sapa sokong boleh pi jalan oversea, sapa tak sokong dok la di ofis, buat cadangan untuk 5S, ha ha ha .......(betoi dak Hj Shahiran?)

Ana Nak Tolon berkata...

ana dapat tahu dari satu sumber .. mr vp finance khtp jadik tenggelam punca.. habis semua staff kat khtp tu nak ditanya.. pasal kes gambar dia tgh posing ada dalam blog ni..ish tk payah penat-penat le mr vp .. biaq ana tolon.
Cuba Ingat Kepada Siapa Ente Bagi Gambaq Tu..mesti bagi kat geng sekapal/setaman/semeja makan/semasa makan angin/semasa ceramah kan, jadi..hehehe tanya puak-puak tu udah le.. tapi ana rasa ana tau le macam mana depa dapat gambaq tu.. huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Laa pasai apa dia kecut pulak gambaq dia dalam blog. Dia kan pi makan angin pakai duit syarikat atas alasan nak dapatkan investor. Itu hujah yang kuat tu. Ya lah masa kerja bank dulu nak pi Siam pun kena kira bajet cukup tak cukup. La ni apa lagi Isketambola, Turkmenistan, Constantinapol, Las Vegas dan sbagainya boleh pi. Aku pun heran Investor jenih apa yg ada kat sana.....Hai berseronok la perabih kan apa yg ada di KHTC ni tengah dok ada kuasa ni......Tunggu Allah kalih balik baru dia nak tobat!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates