Jumaat, 12 April 2013

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN)

Jika kita kaji secara terperinci, sejak 2008 sehingga kini tiada impak secara terus perancangan dan perlaksanaan ekonomi kerajaan negeri ke atas rakyat. Hanya projek-projek dari persekutuan yang nampak dilaksanakan. Projek kerajaan negeri lebih kepada projek politik mereka.

Kita lihat pelan tindakan ekonomi mereka begitu bergantung kepada plan koridor wilayah utara. 

Industri : Lihat apa berlaku di KHTP. Kerajaan negeri hanya canang pelaburan First SOlar yang masuk pada 2007.

Pelancongan : Hanya bergantung kepada Langkawi yang telah diwujudkan dari dulu lagi. Hampir 50% pengurangan pelancong ke Alor Setar.

Pertanian : Apakah Keli-K yang menjadi ukuran? Kedah Agro masih teraba-raba mencari projek pertanian untuk dilaksana. Menariknya projek bela keli tapi hasilnya balak dan pasir!

Teknologi maklumat dan komunikasi : Tiada apa yang dapat dibanggakan kerana SKMM dan kerajaan persekutuan yang letak sasaran capaian internet dan sebagainya. Pelaksana ialah syarikat korporat. Malah Kedah IT Sdn Bhd hanya ditubuhkan untuk letak kroni-kroni PAS makan gaji buta. Aktiviti audit menara telekomunikasi sahaja.

Modal Insan : Masih ramai anak-anak orang PAS merempit dan menjadi samseng politik. ILBAS yang baru dilancarkan dijadikan tempat untuk dokrin fahaman PAS, buka pusat untuk keluarkan belia berkualiti.

First Solar merupakan syarikat yang disebutkan melabur RM1.5 Bilion. Ini adalah pertambahan kepada perancangan sediada yang dimulakan pada 2007. Sebenarnya tiada pelaburan baru yang dibawa masuk kerajaan negeri sekarang. Mungkin ada satu dua yang masuk kerana mereka merupakan industri sokongan kepada First Solar atau Syarikat MNC utama lain seperti Intel atau Infineon. Tetapi tiada anchor company yang dibawa masuk oleh kerajaan negeri. Yang kita nampak MIDA sahaja yang cuba menbawa masuk!

Ini apa yang sering dicanang oleh Kerajaan negeri.

EKONOMI

a) Menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Kedah yang realistic dan mengambil kira perancangan Wilayah Ekonomi Utara tajaan Kerajaan Pusat.

Keterangan:

Telah dilancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010 – 2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

b) Mewujudkan suasana ‘mesra pelabur’ dengan mengurangkan karenah birokrasi dan pengurusan sifar rasuah di semua peringkat pentadbiran.

Keterangan:

Sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kerajaan telah berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan .

Sehingga awal 2010, pelaburan di Kulim Hi-Tech berjumlah RM 1.529 bilion

Kedah merupakan negeri ke-5 nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia sebaris negeri-negeri maju selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates